url stringlengths 26 141 | headline stringlengths 10 121 | content list |
|---|---|---|
https://ikram.org.my/membandingkan-anak-kesan-emosi-dan-peranan-ibu-bapa/ | Membandingkan Anak: Kesan Emosi dan Peranan Ibu Bapa | [
"“Tuhan menitipkan anak yang sempurna kepada kita, kitalah yang lalu melabel anak dengan sebutan bodoh, kitalah yang melabel mereka dengan sebutan nakal.”",
"“Percayalah, tidak ada produk Tuhan yang gagal. Kitalah yang perlu berusaha memahami mereka. Bukan anak kita yang harus diganti, cara-cara kita memperlakuka... |
https://ikram.org.my/kemelut-sudan/ | Rampasan kuasa Sudan: Kemelut semakin larut | [
"Jawatankuasa penentangan Sudan menzahirkan keraguan terhadap inisiatif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ingin mencari penyelesaian terhadap krisis politik di negara itu.",
"“Sebarang inisiatif yang tidak termasuk penyingkiran tentera daripada kuasa adalah tidak dialu-alukan,” kata Jurucakap jawatankua... |
https://ikram.org.my/usaha-tangguh-pembentangan-ruu-kawalan-tembakau-diselar/ | Usaha Tangguh Pembentangan RUU Kawalan Tembakau Diselar | [
"SERI KEMBANGAN – Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) menyelar tindakan mana-mana pihak yang ingin menangguhkan lagi pembentangan dan kelulusan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok serta pelaksanaan Generasi",
"Penamat Rokok (GEG) sehingga ke sidang Parlimen yang berikutnya."... |
https://ikram.org.my/trend-syarikat-vape-taja-sukan-amat-merisaukan/ | Trend Syarikat Vape Taja Sukan Amat Merisaukan | [
"Baru-baru ini tular lagi isu penajaan pasukan sukan oleh syarikat berkaitan merokok alaf baru atau dikenali sebagai vape. ",
"Apa yang mengecewakan lagi adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan turut hadir dalam majlis perasmian jersi sebuah pasukan bola sepak liga amatur negara.",
"Walhal menurut Liga Bolasepa... |
https://ikram.org.my/jadilah-wanita-yang-melakar-perubahan/ | Jadilah wanita yang melakar perubahan | [
"Ramai yang berpandangan bahawa prinsip utama dan yang terpenting daripada demokrasi adalah kebebasan bagi setiap individu untuk bertindak dan memilih. Hal ini berkembang dari perdebatan awal falsafah antara realisme dan nominalisme pada akhir abad pertengahan di Eropah.",
"Demokrasi berasal daripada perkataan Gr... |
https://ikram.org.my/manhaj-rabbani-ummah-berkualiti/ | Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti | [
"Islam yang diwariskan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah agama dan sistem hidup yang sempurna, lengkap dan menyeluruh, bersumber daripada Allah SWT, Tuhan Pencipta Alam.",
"“…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku te... |
https://ikram.org.my/mangsa-banjir-alami-masalah-berlipat-ganda-dinsuhaimi/ | Mangsa banjir alami masalah berlipat ganda – Dinsuhaimi | [
"“Banyak lagi tempat yang kekurangan perkara asas seperti air dan eletrik dan telah berlanjutan lebih daripada seminggu,” jelas beliau.",
"Beliau memohon kepada pihak yang bertanggungjawab dan masyarakat amnya supaya menyedari masalah utama ini yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir khususnya di tempat-tempat se... |
https://ikram.org.my/rasuah-apabila-pemimpin-no-1-negara-dihukum/ | Rasuah: Apabila Pemimpin No. 1 Negara Dihukum | [
"Kempen, pendidikan mahupun peringatan secara berterusan perlulah dilakukan oleh kita semua bagi membanteras gejala rasuah.",
"Bukan sedikit waktu yang diperlukan apalagi bukan sesuatu yang mudah untuk direalisasi jika semua pihak tidak bergandingan melaksanakan peranan bagi mencapai tujuan itu.",
"Perjalanan a... |
https://ikram.org.my/wbg-tekad-teruskan-misi-pecah-kepungan-gaza/ | WBG tekad teruskan misi pecah kepungan Gaza | [
"Membincangkan post-mortem misi WBG 2016 yang lalu, mesyuarat itu turut dihadiri Dr Fauziah Mohd Hasan beserta Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE. ",
"Usaha memecahkan kepungan Gaza melalui jalan laut ini dikoordinasikan di bawah Freedom Flotilla Coalition yang terdiri daripada organi... |
https://ikram.org.my/guru-ditindas/ | Benarkah guru sering ditindas? | [
"Isu berkaitan guru kebelakangan ini sangat ketara memenuhi ruang-ruang media sosial. Ada yang berani menyuarakan secara telus dan benar. Seterusnya, kerana keberanian itu, mereka perlu ‘mengadap’ Unit Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).",
"Tidak terkecuali sebaliknya, ada yang memendam sendiri berik... |
https://ikram.org.my/pti-2018-bersama-membina-malaysia-baharu/ | PTI 2018: Bersama Membina Malaysia Baharu | [
"Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengadakan Perhimpunan Tahunan IKRAM 2018 (PTI 2018) di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari ini, Sabtu, 17 November 2018.",
"Perhimpunan ini dihadiri lebih 3,000 orang yang terdiri daripada tetamu serta pemimpin, ahli dan penyokong IKRAM dari ... |
https://ikram.org.my/ikram-johor-sasar-jahit-4000-ppe/ | IKRAM Johor sasar jahit 4,000 PPE | [
"SKUDAI – Projek Personal Protective Equipment (PPE) IKRAM Johor 2.0 yang memulakan operasinya pada 9 Jun lalu di Kompleks IKRAM Johor telah berjaya menghasilkan sebanyak 900 helai gaun PPE sehingga 22 Jun lalu.",
"“Pasukan Jahit PPE IKRAM Johor yang diketuai oleh Dr Murniati dengan kekuatan tenaga sukarelawan be... |
https://ikram.org.my/hukuman-mati-mandatori-dimansuhkan-jangan-keliru/ | Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan, Jangan Keliru | [
"SERI KEMBANGAN – Pemansuhan hukuman mati mandatori bukan bermakna hukuman mati sudah tiada lagi dan dihapuskan dalam undang-undang jenayah di Malaysia, kata Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Haji Badlishah Sham Baharin.",
"“Tetapi apa yang dimaksudkan dengan pemansuhan hukuman mati mandatori ialah mahk... |
https://ikram.org.my/sumbang-pengukur-pelitup-muka-untuk-barisan-hadapan/ | Sumbang pengukur pelitup muka untuk barisan hadapan | [
"Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Ikram Malaysia kerana menghulurkan alatan tersebut yang sangat diperlukan bagi mengukur saiz muka untuk membuat pelitup muka khas bagi barisan hadapan yang mengendalikan kes Covid-19, selain ia menepati standard antarabangsa.",
"Selepas serahan, Encik ... |
https://ikram.org.my/krisis-syria-dunia-harus-bertindak/ | Krisis Syria: Dunia Harus Bertindak | [
"Menurut pentadbiran Obama, hasil maklumat perisikan yang boleh dipercayai mendakwa rejim Bashar melancarkan serangan kimia yang meragut 1,429 nyawa termasuk sekurang-kurangnya 426 kanak-kanak.",
"Namun, fakta yang lebih menyayat hati adalah lebih daripada 100,000 orang telah terkorban sejak konflik di Syria mele... |
https://ikram.org.my/kembalikan-kehebatan-malaysia-di-mata-dunia/ | Kembalikan Kehebatan Malaysia Di Mata Dunia | [
"Untuk membersihkan sesuatu yang kotor amatlah memakan waktu daripada mengotorkannya semula, demikianlah sesuatu yang boleh ditamsilkan terhadap situasi kepimpinan negara ketika ini.",
"Walau segalanya memerlukan waktu yang panjang dan lama, ia perlu dilakukan agar negara dapat diselamatkan dan menjadi lebih baik... |
https://ikram.org.my/ziarah-rahmah-ramadan-100-terima-bantuan-di-kuching/ | Ziarah Rahmah Ramadan: 100 Terima Bantuan di Kuching | [
"SERI KEMBANGAN – Yayasan Ikram Malaysia telah mengadakan program Ziarah Rahmah Ramadan dengan kerjasama IKRAM Negeri Sarawak di Kampung Seri Maimunah, Kuching pada 22 Mac lalu.",
"Melalui program ini, pek sumbangan diagihkan kepada 100 orang penerima yang berasal dari beberapa buah kampung dan perumahan pekerja ... |
https://ikram.org.my/kerjasama-ikram-k-komm-semarak-bulan-kebangsaan/ | Kerjasama IKRAM, K-KOMM Semarak Bulan Kebangsaan | [
"SERI KEMBANGAN – Bagi menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK 2022), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dari aspek hebahan dan publisiti.",
"“Alhamdulillah, kita telah mengadakan perbincangan semalam secara maya berkaitan perkara tersebut deng... |
https://ikram.org.my/bajet-2023-pertingkat-sumber-manusia-di-sektor-kesihatan/ | Bajet 2023: Pertingkat Sumber Manusia di Sektor Kesihatan | [
"KUALA LUMPUR – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berharap peruntukan lebih berkesan akan diberikan kepada sektor kesihatan negara dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan 24 Februari ini, dengan penekanan terhadap mempertingkat sumber manusia penjagaan kesihatan. ",
"“Hasil tinjauan yang diterbitkan laman web be... |
https://ikram.org.my/ikram-sokong-icgpa-tidak-diwajibkan-penjajaran-konstruktif-diteruskan/ | IKRAM sokong iCGPA tidak diwajibkan, penjajaran konstruktif diteruskan | [
"Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengalu-alukan saranan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dr Maszlee Malik untuk memberikan pilihan kepada universiti untuk meneruskan atau memberhentikan pelaksanaan Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu (iCGPA) di Universiti Awam (UA).",
"Ini selaras dengan standard amalan t... |
https://ikram.org.my/malaysia-masuki-fasa-pemulihan-laksana-kriteria-who/ | Malaysia masuki fasa pemulihan, laksana kriteria WHO | [
"“Momentum tersebut perlu dikekalkan bagi memastikan kes positif akibat COVID-19 dapat dikawal dan dikurangkan dari masa ke masa,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.",
"Jelas beliau, kadar kebolehjangkitan COVID-19 dalam komuniti turut mencatatkan pengurangan daripada RO 3.55 kepada kura... |
https://ikram.org.my/pusat-sokongan-santunan-harmoni-manfaat-besar-untuk-wanita/ | Pusat Sokongan Santunan Harmoni manfaat besar untuk wanita | [
"Kunjungan yang diketuai Ketua Wanita IKRAM Selangor, Prof Dr. Hanim Salleh bersama beberapa orang Ahli Jawatankuasanya bertujuan untuk berdiskusi, melakukan pembentangan dan menyerahkan kertas cadangan untuk mewujudkan Pusat Sokongan Santunan Harmoni. ",
"“Ini adalah sebagai salah satu usaha kerjasama bersama ke... |
https://ikram.org.my/ikram-hulu-selangor-agih-rm43-000-kepada-fakir-miskin/ | IKRAM Hulu Selangor agih RM43,000 kepada fakir miskin | [
"Sebelum pelancaran IKRAM, sumbangan aidilfitri yang merupakan acara tahunan daerah dikendalikan oleh JIM Hulu Selangor. Pada tahun lepas, sebanyak RM28,000 telah diagih-agihkan dan jumlah tersebut merupakan yang tertinggi sejak tahun 2002.",
"Kali ini, IKRAM Hulu Selangor berjaya mengumpulkan sumbangan yang berl... |
https://ikram.org.my/prn-kempen-bentang-pencapaian-vs-serang-lawan/ | PRN: Kempen Bentang Pencapaian vs Serang Lawan | [
"Menghitung hari ke tarikh hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam ngeri, semakin rancak kempen yang menghangatkan suasana.",
"Malangnya, di sana-sini kempen bersifat melampau keras, berbaur penghinaan dan saling merendahkan lebih kerap disajikan oleh ahli-ahli politik dan para penyokong. Lemparan kat... |
https://ikram.org.my/malaysia-perlu-indeks-isu-perkauman/ | Malaysia perlu indeks isu perkauman | [
"SERI KEMBANGAN – Meskipun negara ini dilihat indah dalam pelbagai aspek, namun di sisi yang lain ia dilihat amat rapuh terutamanya dalam isu perkauman, menurut Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari.",
"“Pada dasarnya, kita melihat negara ini yang indah-indah sahaja. Umpama bunga yang bu... |
https://ikram.org.my/selamat-berkhidmat-tun-dr-mahathir/ | Selamat Berkhidmat Tun Dr Mahathir | [
"Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 semalam.",
"IKRAM percaya kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Mahathir akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan... |
https://ikram.org.my/cabaran-tangani-kos-sara-hidup-dan-kewangan-rakyat/ | Cabaran Tangani Kos Sara Hidup dan Kewangan Rakyat | [
"Kos sara hidup menjadi isu yang semakin kritikal dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara mendadak mutakhir ini yang sangat mengesani golongan berpendapatan rendah dan sederhana.",
"Oleh itu, rakyat menyambut baik usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat melalui kawalan harga barang dan pengekal... |
https://ikram.org.my/china-solomon/ | Perjanjian China-Kepulauan Solomon cemaskan Australia? | [
"Kepulauan Solomon mengesahkan bahawa ia sedang merangka pakatan keselamatan dengan China, satu langkah yang membimbangkan Australia dan sekutu Barat lain di kawasan kejiranan Indo-Pasifiknya.",
"Dokumen yang bocor menunjukkan bahawa pangkalan tentera China mungkin ditubuhkan di Kepulauan Solomon, yang terletak d... |
https://ikram.org.my/lepasan-spm-tidak-sambung-belajar-apa-solusinya/ | Lepasan SPM Tidak Sambung Belajar: Apa Solusinya? | [
"Riuh satu Malaysia apabila Jabatan Perangkaan Malaysia mendedahkan 71.2 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mahu menyambung pelajaran.",
"Data kajian 2019 ini membabitkan 560,000 calon SPM yang mengambil peperiksaan, yang juga menunjukkan hanya 170,000 memilih untuk menyambung pengajian. ",
"Dal... |
https://ikram.org.my/anak-atau-gajet/ | Anak atau gajet? | [
"Abad ini, gajet telah mendominasi kehidupan manusia. Baik anak muda mahupun golongan orang tua, gajet sudah menjadi keperluan penting bagi mereka. Sememangnya kita tidak dapat menyangkal begitu banyak faedah yang kita ambil melalui penggunaan peranti ini.",
"Walau bagaimanapun, penangan gajet mampu merenggangkan... |
https://ikram.org.my/amal-ramadan-kerana-pahala-atau-reda-allah/ | Amal Ramadan kerana pahala atau reda Allah? | [
"Apabila datangnya bulan Ramadan, kita akan dapat melihat betapa ramainya manusia boleh hidup dalam disiplin beragama.",
"Bermula dari seawal pagi sebelum masuknya waktu subuh, kita dituntut untuk bersahur meskipun dengan hanya seteguk air sahaja. Sebelum itu, ada juga yang berkesempatan mendirikan solat dua raka... |
https://ikram.org.my/merungkai-salah-tanggapan-terhadap-islam-melalui-teater/ | Merungkai salah tanggapan terhadap Islam melalui teater | [
"Teater yang dipentaskan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac) itu ditaja oleh Hidayah Centre dan Pertubuhan IKRAM Malaysia dan dipersembahkan dengan hasrat agar orang Islam mendapat pedoman bagaimana menghapuskan prasangka yang tidak berasas terhadap Islam dan seterusnya meredakan ketakutan mereka terhada... |
https://ikram.org.my/mpgbsim-sambut-baik-projek-perpaduan-sosial/ | MPGBSIM sambut baik Projek Perpaduan Sosial | [
"Ini berikutan perbincangan Bahagian Projek Kepelbagaian Kaum dan Budaya NGO itu dengan pihak Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM) pada 29 Mac lalu, di sini.",
"“Sebagai langkah awal dalam kerjasama ini, pihak Dong Zong menjemput semua sekolah menengah rangkaian dan rakan IKRAM MUSLEH untuk... |
https://ikram.org.my/tabung-kemanusiaan-migran-syria-dilancarkan/ | Tabung Kemanusiaan Migran Syria dilancarkan | [
"Majlis pelancaran tabung ini telah dihadiri oleh Pengerusi Gabungan NGO Kemanusiaan Syria, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor yang juga Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan disaksikan oleh Duta Besar Lubnan, Ali Daher. ",
"Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar dan ... |
https://ikram.org.my/sympathy-for-the-people-and-government-of-japan/ | Sympathy for the People and Government of Japan | [
"Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), a Malaysian Islamic organisation involved in Islamic call, welfare and educational activities, expresses its condolences to the people and government of Japan.",
"IKRAM will participate with the people and the government of Malaysia in extending assistance to the people of Japa... |
https://ikram.org.my/agar-palestin-sentiasa-di-hati-para-du-at/ | Agar Palestin sentiasa di hati para du’at | [
"Ramadan lalu, kita sekali lagi dikejutkan dengan peristiwa berdarah di bumi Israk Mikraj yang berlaku pada 7 Mei 2021 bermula dengan pencerobohan polis Israel di Masjid al-Aqsa.",
"Kemudiannya tindakan pendatang Yahudi merampas rumah penduduk Palestin di penempatan Sheikh Jarrah seterusnya pengeboman tentera Isr... |
https://ikram.org.my/pendakwah-program-realiti-yang-mencemar-islam-yang-murni/ | Pendakwah program realiti yang mencemar Islam yang murni | [
"Baru-baru ini kita dikejutkan dengan seorang pendakwah program realiti Da’i ditahan polis kerana didakwa merogol seorang wanita pada tahun lalu. Kita mengharapkan keadilan antara beliau dan wanita yang mendakwa itu serta hukuman yang setimpal jika beliau didapati bersalah.",
"Teringat pula satu demi satu insiden... |
https://ikram.org.my/formula-snake-buah-tangan-mhi/ | Formula SNAKE buah tangan MHI | [
"Alhamdulillah, pelayaran bahtera MHI selama 42 hari telah tiba di pelabuhan dengan jayanya. Pelayaran kali ini dilengkapi pelbagai ilmu yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran mahupun perubahan sikap. Kesemua ini disemai dengan baik demi melahirkan generasi muda yang mampu membangunkan diri, agama, bangsa dan... |
https://ikram.org.my/memperkasakan-oku-dengan-rahmah/ | Memperkasakan OKU dengan rahmah | [
"Dianjurkan oleh Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM (i-Bantu), seminar setengah hari ini diadakan di Dewan Perdana, Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi bertujuan untuk menyantuni aspek rohani peserta OKU Muslim.",
"Antara objektif program ini adalah untuk mengasah serta mengukuhkan akidah pa... |
https://ikram.org.my/tolak-sikap-prejudis-yang-menghancurkan-negara/ | Tolak Sikap Prejudis Yang Menghancurkan Negara | [
"Membina sesebuah ketamadunan sangatlah susah dan memerlukan pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya.",
"Namun, untuk meruntuhkannya cukuplah dengan sikap prejudis yang boleh menjadi duri dalam daging memusnahkan segalanya dengan sekelip mata. ",
"Justeru, kita sama sekali tidak boleh memandang en... |
https://ikram.org.my/unlearning-racial-biases-and-prejudices-in-malaysia/ | Unlearning racial biases and prejudices in Malaysia | [
"On 13th May 1969, the peaceful streets of Malaysia were tainted with the stench of massacre and blood. As if possessed by demons, citizens were brutally assaulted simply for the fact that they were from different races.",
"More than three decades later, Kampung Medan witnessed a repeat of the previous racial rio... |
https://ikram.org.my/pandemik-membarah-di-negara-bollywood/ | Pandemik membarah di negara Bollywood | [
"Tragedi yang mengerikan dilaporkan di India sungguh menyentak seantero dunia ketika negara ini mengalami peningkatan mendadak dalam jumlah kes pandemik Covid-19 yang melanda.",
"Penularan di negara Bollywood ini sangat drastik dan jumlah kematian serta yang dirawat meningkat dengan ketara. Bukan hanya krisis dom... |
https://ikram.org.my/tppa-adakah-amerika-akan-menjajah-malaysia/ | TPPA: Adakah Amerika akan menjajah Malaysia? | [
"Cadangan perlaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang dibahaskan di Parlimen selama dua hari akhirnya telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 26 Januari 2016. Reaksi susulan yang diterima daripada pelbagai pihak di negara ini dilihat berbeza-beza.",
"Ada pihak yang berasa gembira kerana merasakan ... |
https://ikram.org.my/lebih-51000-mangsa-banjir-dua-negeri-pulih/ | Lebih 51,000 Mangsa Banjir, Dua Negeri Pulih | [
"SERI KEMBANGAN – Seramai 51,285 orang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan tiga negeri setakat 6 pagi hari ini, menurun 2,920 berbanding 54,205 pada jam 8 malam tadi.",
"Sementara itu, keadaan banjir di Selangor dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya. Johor terus mencatatkan jumlah mangsa... |
https://ikram.org.my/berlemah-lembut-dalam-mendidik-anak/ | Berlemah Lembut Dalam Mendidik Anak | [
"Saban hari, masyarakat terus diledakkan dengan berita kejadian-kejadian menyayat hati yang dimuat naik di laman sosial berkaitan sikap ibu bapa yang kelihatan begitu ekstrem mendidik anak.",
"Anak yang terlalu nakal dihukum secara keterlaluan seperti dipukul sehingga lebam. Bukan sekadar itu, bayi yang masih dah... |
https://ikram.org.my/smi-hidayah-jb-johan-rc-game-development-challenge/ | SMI Hidayah JB Johan RC Game Development Challenge | [
"KUALA LUMPUR – Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH), Johor Bahru telah dinobatkan sebagai johan pertandingan membangunkan aplikasi permainan, RC Game Development Challenge di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).",
"Pertandingan anjuran RunCloud Education yang telah berlangsung pada 22 Oktober lalu bertuju... |
https://ikram.org.my/strok-haba-tanda-simptom-dan-cara-pencegahan/ | Strok Haba: Tanda, Simptom dan Cara Pencegahan | [
"Dehidrasi dan strok haba adalah dua penyakit berkaitan haba yang biasa tetapi boleh mengancam nyawa sekiranya tidak dirawat.",
"Setakat Ahad lepas, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 14 kes strok haba akibat cuaca panas.",
"Terdapat satu kes kematian strok haba di Kelantan yang melibatkan... |
https://ikram.org.my/tangani-isu-kemiskinan-dengan-lebih-menyeluruh/ | Tangani isu kemiskinan dengan lebih menyeluruh | [
"Di peringkat antarabangsa, isu kemiskinan merupakan salah satu daripada matlamat yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam Sustainable Development Goals (SDG). Matlamat pertama SDG ialah untuk menghapuskan kemiskinan dalam segala bentuk di semua tempat (end poverty in all its forms everywhe... |
https://ikram.org.my/raih-takwa-dengan-norma-baharu/ | Raih takwa dengan norma baharu | [
"Kami daripada keluarga warga kakitangan Ibu Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia mengucapkan:",
"تقبل الله منا ومنكم من العائدين والفائزين",
"“Semoga Allah menerima (ibadah Ramadan) daripada kami dan daripada kamu, (semoga kita) dalam golongan yang kembali (fitrah) dan beruntung”",
"buat semua ahli dan tampuk k... |
https://ikram.org.my/perginya-bj-habibie-perintis-kestabilan-indonesia/ | Perginya BJ Habibie, pelopor perubahan demokrasi Indonesia | [
"Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada kerajaan Indonesia dan rakyatnya atas pemergian Presiden Indonesia ketiga, Bacharudin Jusuf Habibie atau BJ Habibie, 83, pada petang Rabu, 11 September 2019.",
"Beliau meninggal dunia di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat (RSP... |
https://ikram.org.my/kenaikan-harga-minyak-petanda-kerajaan-tidak-peka-kesempitan-hidup-rakyat-ikram/ | Kenaikan Harga Minyak Petanda Kerajaan Tidak Peka Kesempitan Hidup Rakyat – IKRAM | [
"Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melahirkan rasa kecewa dengan kenaikan harga minyak sebanyak RM0.20 sen seliter semalam yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak, walaupun pihak kerajaan telah berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak semasa kempen PRU 13 dulu! Sebab utama kenaik... |
https://ikram.org.my/selamat-menyambut-hari-kesihatan-mental-sedunia/ | Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia | [
"Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan selamat menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia (10 Oktober 2015). Sambutan ini adalah satu usaha memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan kesihatan insan merangkumi kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan spiritual.",
"Di peringkat organisa... |
https://ikram.org.my/cikgu-fadli-kita-perlukan-lebih-ramai-sepertinya/ | Cikgu Fadli: Kita Perlukan Lebih Ramai Sepertinya | [
"Benarkah kebenaran sering terpencil sepanjang masa dan samar-samar dalam lingkungan manifestasi budaya dan realiti? Tentunya tidak sama sekali.",
"Dunia telah membuktikan, bahawa sentiasa ada orang yang baik dan memperjuangkan kebenaran demi menyelamatkan generasi yang ada dan seterusnya, walaupun dirinya terpak... |
https://ikram.org.my/banci2020/ | Banci 2020 indikator signifikan agihan kekayaan lebih saksama | [
"SERI KEMBANGAN – Data yang diperolehi daripada Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci Malaysia 2020) akan menjadi indikator terperinci mikro yang amat signifikan dalam memastikan dasar dan polisi dapat digubal bagi membolehkan pertumbuhan ekonomi serta agihan kekayaan yang lebih saksama.",
"“Ia seterusnya akan... |
https://ikram.org.my/penyusuan-susu-ibu-sistem-sokongan-yang-efektif-perlu-diwujudkan/ | Penyusuan susu ibu: Sistem sokongan yang efektif perlu diwujudkan | [
"Semua ibu digalakkan menyusui anak mereka dengan susu ibu sejak lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. ",
"Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 233: ",
"“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempu... |
https://ikram.org.my/bina-budaya-baharu-cegah-rasuah-dalam-negara/ | Bina budaya baharu cegah rasuah dalam negara | [
"Ini berikutan penahanan seramai 50 individu dalam Ops Selat membabitkan 28 pegawai imigresen, 17 agen pekerja asing dan lima orang awam, yang mana sekali lagi memaparkan betapa tempangnya sistem pengawalan rasuah dalam negara terutamanya dalam perkhidmatan awam.",
"Isu rasuah bukan isu baharu dalam negara kita. ... |
https://ikram.org.my/politikus-jangan-menikus/ | Politikus jangan menikus | [
"Isu pendidikan mutakhir ini berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) masih hangat diperkatakan khususnya masalah ketiadaan gajet dan akses Internet untuk belajar dalam talian bagi golongan pelajar daripada keluarga yang kurang mampu.",
"Memang disedari isu ini tidak mampu ditangani oleh Kementerian ... |
https://ikram.org.my/tokoh-siswa-kebangsaan-2016-tahniah-farah-nabilah/ | Tokoh Siswa Kebangsaan 2016: Tahniah Farah Nabilah | [
"Majlis Pemuda IKRAM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Farah Nabilah Abdul Rahman yang telah dinobatkan anugerah utama Tokoh Siswa Kebangsaan 2016 bagi kategori Anugerah Menteri Pendidikan Tinggi “Tokoh Siswa Kebangsaan” yang disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Seri Idris Jusoh.",
"P... |
https://ikram.org.my/didik-pengundi/ | Didik pengundi pilih wakil rakyat berkualiti, kompeten, berintegriti | [
"SHAH ALAM – Pengundi di Malaysia perlu dididik untuk memilih ahli Parlimen atau wakil rakyat yang benar-benar berkualiti, kompeten dan berintegriti sebagai salah satu usaha reformasi pilihan raya.",
"Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Badlishah Sham Baharin berkata, ahli Parlimen yang menonjolkan sifat... |
https://ikram.org.my/murabbi-ikram-musleh-membina-pemimpin-umat-dan-masyarakat/ | Murabbi IKRAM-MUSLEH: Membina Pemimpin Umat dan Masyarakat | [
"Alhamdulillah kita amat bersyukur dan gembira kerana usaha ”memperkasakan pendidikan Islam” telah melihatkan penglibatan aktif dan bersungguh bukan sahaja daripada pihak warga IKRAM-MUSLEH tetapi juga daripada semua pihak secara langsung dan tidak langsung. Kita lihat semua ini dari sudut pandangan yang positif. S... |
https://ikram.org.my/ramadan-aku-kembali-mendamba-reda-ilahi/ | Ramadan, Aku Kembali Mendamba Reda Ilahi | [
"Ulama terdahulu pernah mengatakan, “Tidak ada seorang pun yang pergi ke mana-mana yang ia mahu, tanpa persiapan. Dan tidak ada seorang pun yang mengundang tetamu di rumahnya, tanpa mempersiapkan diri untuk menyambut tetamu itu.”",
"Demikian juga dengan bulan Ramadan. Maka, umat Islam yang bakal melakukan rehlah ... |
https://ikram.org.my/pkpd-pentadbiran-dikuat-kuasa-di-28-mukim-kota-setar-penjara-tawau/ | PKPD Pentadbiran dikuat kuasa di 28 mukim Kota Setar, Penjara Tawau | [
"“Kerajaan akan menguatkuasakan PKPD secara Pentadbiran di 28 mukim daerah Kota Setar, Kedah dan Penjara Tawau, Sabah mulai jam 12.01 tengah malam ini (11 September) hingga 25 September akan datang.”",
"Menurutnya, ia melibatkan 366,787 penduduk di 28 mukim di daerah Kota Setar iaitu Langgar, Bukit Pinang, Gunun... |
https://ikram.org.my/vaksin-cuba/ | Negara pertama di dunia vaksin kanak-kanak | [
"Kempen vaksinasi kumpulan berusia dua hingga 11 tahun telah giat dilancarkan di Cuba sejak awal bulan ini bagi melawan virus Covid-19.",
"Negara itu menggunakan dua vaksin tempatan yang dihasilkan sendiri, namun belum diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).",
"Berikutan itu, Cuba menjadi negara pert... |
https://ikram.org.my/kibar-bendera-putih-usaha-tidak-menafikan-doa/ | Kibar bendera putih: Usaha tidak menafikan doa | [
"Usaha kempen kibar bendera putih adalah merupakan salah satu kaedah dan cara untuk memohon bantuan kerana keadaan yang mendesak dan menekan.",
"Kita percaya, dalam keadaan sebegini, tidak ada lagi istilah malu dan segan ekoran keadaan pandemik yang sedang kita hadapi ini. Sesiapa sahaja hari ini, tidak akan terl... |
https://ikram.org.my/negara-rahmah-ummah-sejahtera/ | Negara Rahmah Ummah Sejahtera | [
"Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat kurniaan-Nya menyambut Maal Hijrah 1441H dalam suasana Hari Kemerdekaan negara yang ke-62.",
"Dua nikmat iaitu hijrah dan kemerdekaan sangat besar ertinya kepada kesejahteraan ummah dan kemajuan negara yang mampu menjamin keharmornian ... |
https://ikram.org.my/myqurbani-pakej-korban-termurah-serendah-rm220/ | MyQurbani 2023: Pakej Korban Termurah RM220! | [
"SERI KEMBANGAN – Projek MyQurbani anjuran Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) buat julung kalinya memperkenalkan pakej korban dan akikah termurah serendah RM220 untuk satu bahagian lembu yang akan dilaksanakan di India.",
"Menurut Pengarah Projek MyQurbani 2023, Hj Kamarul Halim Sakrani, program korban ini akan ... |
https://ikram.org.my/hari-kebangsaan-ke-65-perutusan-presiden-ikram/ | Hari Kebangsaan Ke-65: Perutusan Presiden IKRAM | [
"Salam sejahtera dan Salam Teguh Bersama.",
"Alhamdulillah Robbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Anbiyaa-i wal Mursalin wa ‘Ala Alihi Wasohbihi Ajma’in.",
"SELURUH RAKYAT MALAYSIA DAN AHLI IKRAM YANG DIKASIHI,",
"Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65.",
"Alhamdulillah, marilah kita sama-s... |
https://ikram.org.my/sumbangan-tertinggi-untuk-ikram/ | Sumbangan tertinggi untuk IKRAM | [
"Pengerusi Yayasan Buruj, Hj Idris Omar menyerahkan sumbangan itu dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Ibu Pejabat IKRAM di sini.",
"Menurut beliau, ini merupakan sumbangan tertinggi yang pernah disalurkan untuk IKRAM dan institusinya yang sentiasa menjadi pilihan yayasan itu dengan melahirkan keyakinan ter... |
https://ikram.org.my/mac-bulan-anak-yatim-mycare/ | Mac Bulan Anak Yatim MyCARE | [
"Sebagaimana tahun lalu, masyarakat Malaysia akan diberikan peluang untuk menaja dan menyantuni anak-anak yatim Palestin, Syria, Iraq, Rohingya dan Filippina yang berada di bawah kelolaan MyCARE. ",
"Antara aktiviti yang sedang dijalankan sepanjang bulan ini ialah riadah dan piknik bersama anak-anak yatim Rohingy... |
https://ikram.org.my/serangan-kimia-di-syria-bawa-kes-ke-mahkamah-jenayah-antarabangsa-ikram-health/ | Serangan kimia di Syria: Bawa kes ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa – IKRAM Health | [
"Dilaporkan bahawa mereka yang terkorban diserang ketika mereka sedang lena tidur di rumah masing-masing. Dilaporkan bahawa sejenis senjata kimia telah digunakan dan ia dipercayai sebagai gas sarin. Gas sarin merupakan sejenis agen saraf yang toksik berbentuk cecair atau wap dan diserap ke dalam badan melalui k... |
https://ikram.org.my/indeks-rasuah-merosot-apa-tindakan-kerajaan/ | Indeks Rasuah Merosot: Apa Tindakan Kerajaan? | [
"Kita pernah dikejutkan dengan skandal 1MDB yang begitu sensasi diulas oleh orang politik di Malaysia. Bukan itu sahaja, awal tahun ini satu tangkapan telah dilakukan oleh SPRM terhadap beberapa pegawai tertinggi syarikat dan eksekutif muda kerana didakwa terlibat dengan rasuah.",
"Ya, tidak sanggup untuk kita se... |
https://ikram.org.my/ikram-kunjungi-ismail-haniyeh/ | IKRAM kunjungi Ismail Haniyeh | [
"Dalam pertemuan itu, Ismail merakamkan penghargaan atas usaha-usaha NGO seperti IKRAM, MyCARE dan lain-lain serta rakyat Malaysia yang sentiasa konsisten memberikan sokongan padu terhadap perjuangan pembebasan Palestin daripada cengkaman rejim Zionis Israel di samping menghulurkan pelbagai bantuan kemanusiaan.",
... |
https://ikram.org.my/tahun-baharu-7-tip-tetapkan-matlamat-dalam-keluarga/ | Tahun Baharu: 7 Tip Tetapkan Matlamat Dalam Keluarga | [
"“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Surah al-Asr : 1-3)",
"Dalam Surah al-Asr, Allah SWT telah bersumpah dengan masa. Telah Allah jelaskan bahawa sesungguhnya manusia aka... |
https://ikram.org.my/mujahid-nadhrah-muncul-tokoh-pelajar-unggul-ikram-musleh-2017/ | Mujahid, Nadhrah muncul Tokoh Pelajar Unggul IKRAM MUSLEH 2017 | [
"Anugerah berupa wang tunai RM1,000, trofi dan sijil penghargaan disampaikan oleh Presiden IKRAM, Ustaz Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam Majlis Anugerah Pelajar Unggul IKRAM MUSLEH 2017.",
"Mujahid, Nadhrah bersama ibu bapa, guru setelah menerima anugerah dan sebahagian hadirin majlis",
"Dalam majlis yang be... |
https://ikram.org.my/isu-kalimah-allah-mari-kita-selesaikan-dengan-bijaksana/ | Isu Kalimah Allah: Mari Kita Selesaikan Dengan Bijaksana! | [
"1. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti dengan dekat perkembangan terkini isu kalimah Allah yang dicetuskan semula oleh peristiwa rampasan Bible dalam Bahasa Malaysia yang mengandungi kalimah Allah, oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).",
" 2. Kedua-dua pihak telah mengemukakan sandara... |
https://ikram.org.my/konvensyen-pelancaran-perintis-youth-22-mac-ini/ | Konvensyen, pelancaran PERINTIS Youth 22 Mac ini | [
"Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia, yang dianggotai oleh profesional daripada kalangan saintis, jurutera serta teknokrat Muslim. Matlamat PERINTIS ialah menyediakan satu wadah untuk menghubungkan serta menggembleng tenaga para... |
https://ikram.org.my/suri-rumah-berdaya-kunci-keluarga-bahagia/ | Suri Rumah Berdaya Kunci Keluarga Bahagia | [
"Tanggal 8 Mac merupakan tarikh yang istimewa buat semua insan yang bergelar wanita.",
"Pada tarikh tersebut, seluruh dunia secara khususnya akan meraikan dan memberikan pengiktirafan kepada mereka bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa.",
"KASIH Wanita dipilih sebagai tema sambutan pada tahun ini oleh Ke... |
https://ikram.org.my/perpaduan-manis-pahit-bersama-watan-madani-malaysia/ | Perpaduan: Manis Pahit Bersama Watan Madani Malaysia | [
"“Kalau sedap beritahu kawan, kalau tidak sedap beritahu kami,” terpapar kain rentang di sebuah kedai makan.",
"Pemilik kedai atau penyedia makanan bermaksudkan jika rasa masakan disediakan itu lazat, elok disebarkan supaya lebih ramai pelanggan dapat menikmati kelazatan makanan dan jika makanan tidak sedap, perl... |
https://ikram.org.my/beri-perhatian-isu-kesaksamaan-gender/ | Beri perhatian isu kesaksamaan gender | [
"Menurut Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh usaha ini memerlukan penglibatan daripada semua pihak untuk memastikan tidak ada wanita yang ketinggalan.",
"“Usaha ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak, baik daripada pihak kerajaan dan agensi-agensinya, badan-badan korporat, pertubuhan-pertubuhan so... |
https://ikram.org.my/mki-bina-pelapis-kepimpinan-ikram-masa-depan/ | MKI bina pelapis kepimpinan IKRAM masa depan | [
"Program anjuran Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia (JKPSM) ini telah berlangsung selama tiga hari dihadiri hampir 200 peserta dari seluruh negara yang telah dipilih melalui siri pentaksiran khusus yang telah dijalankan oleh JKPSM Pusat di setiap negeri sepanjang tahun 2016.",
"Peserta-peserta telah diberika... |
https://ikram.org.my/subsidi-bersasar-penetapan-mekanisme-75-selesai/ | Subsidi Bersasar: Penetapan Mekanisme 75% Selesai | [
"KUALA LUMPUR – Penetapan mekanisme bagi subsidi bersasar telah 75 peratus selesai, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan. ",
"Beliau berkata, mekanisme tersebut berkemungkinan akan diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2024 yang dijadualkan pada Oktober depan. ",
"“Ia masih lagi diperhalu... |
https://ikram.org.my/kmnr-2023-pentas-diskusi-tampil-model-solusi/ | KMNR 2023: Pentas Diskusi Tampil Model Solusi | [
"SHAH ALAM – Konvensyen Malaysia Negara Rahmah (KMNR) 2023 dengan tema ‘Pendekatan Rahmah Memacu Malaysia MADANI’ dianjurkan sebagai sebuah wahana diskusi selain turut mengetengahkan pelbagai model solusi dengan pendekatan rahmah.",
"Usaha-usaha ini dilakukan dalam merealisasikan visi Negara Rahmah selari dengan ... |
https://ikram.org.my/penurunan-harga-sawit-kurangkan-tekanan-inflasi/ | Penurunan Harga Sawit Kurangkan Tekanan Inflasi | [
"SERI KEMBANGAN – Penurunan harga minyak sawit mentah (MSM) di bawah RM4,000 satu tan dijangka meredakan tekanan ke atas inflasi makanan pada separuh kedua tahun ini.",
"“Tekanan inflasi keseluruhan di Malaysia kekal stabil terutamanya dengan penurunan harga komoditi global,” kata MIDF Research dalam nota penyeli... |
https://ikram.org.my/khidmas-medium-latihan-pemimpin-masa-hadapan/ | KHIDMAS medium latihan pemimpin masa hadapan | [
"Dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Penduduk (JPP) Zon Jenderam, IKRAM Kawasan Sepang dan IKRAM Kawasan Kuala Selangor, program tersebut berakhir dengan meriah sekali.",
"“Program yang julung-julung kali dianjurkan adalah sebagai program perintis kepada para pelajar SMIH,” kata pengarah program, Muallimah ... |
https://ikram.org.my/perutusan-eidul-fitri-presiden-ikram-malaysia/ | Perutusan Eidul Fitri Presiden IKRAM Malaysia | [
"Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kita ucapkan kerana diberi kemampuan menunaikan tanggungjawab melaksanakan perintah Allah s.w.t menunaikan kewajipan ibadah Ramadhan. Moga-moga ibadah yang kita lakukan dengan berpuasa pada siangnya dan mendirikan ibadah malam mampu menjadikan kita orang yang bertaqwa... |
https://ikram.org.my/covid-19-haram-sembunyi-penyakit/ | COVID-19: Haram sembunyi penyakit | [
"Menurut Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syeikh Dr Ali Muhyiddin al-Qaradaghi, Islam mewajibkan umat Islam ketika berlakunya wabak yang besar (seperti virus-virus yang boleh membunuh) agar menuruti beberapa langkah seperti kuarantin, mengubat penyakit dan membuat pengakuan penyakit.",
"Beliau berpa... |
https://ikram.org.my/hentikan-penyebaran-berita-palsu-dan-budaya-fitnah-wanita-ikram/ | Hentikan penyebaran berita palsu dan budaya fitnah – Wanita IKRAM | [
"1. Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia mengecam dan menentang sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab pihak yang memalsukan dan menyebarkan berita kononnya berlaku kejadian umat Islam dikristiankan di sebuah gereja.",
"2. Salah seorang aktivis Wanita IKRAM, Puan Zaiton Ismail yang terdapat dalam g... |
https://ikram.org.my/mycare-hantar-10-trak-konvoi-bantuan-ke-gaza/ | MyCARE hantar 10 trak konvoi bantuan ke Gaza | [
"SERI KEMBANGAN – Sebanyak 10 trak konvoi bantuan pek makanan telah diagihkan hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui MyCARE yang berjumlah RM500,000.",
"“Bantuan kali ini telah berjaya mengagihkan 4,000 pek makanan kepada golongan yang memerlukan di seluruh semenanjung Gaza yang telah memberi manfaat kepada 24,0... |
https://ikram.org.my/hormati-pilihan-rakyat-segerakan-penubuhan-kerajaan/ | Hormati Pilihan Rakyat: Segerakan Penubuhan Kerajaan | [
"Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) sekali lagi mengulangi tahniah kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baru diberikan mandat oleh majoriti rakyat Malaysia.",
"Pada masa yang sama, IKRAM mengulangi tekad dan sikap tegas kami dalam memainkan peranan sebagai salah satu komponen gerakan sivil yang mewakili suara... |
https://ikram.org.my/baitul-rahmah-cahaya-untuk-ummah/ | Baitul Rahmah cahaya untuk ummah | [
"Baitul Rahmah adalah rumah yang penuh dengan kasih sayang, yang melimpah dengan cinta dan belas kasihan. ",
"Cinta yang melimpah itu bukan sahaja berlegar dan terkepung dalam batasan dinding rumah itu sahaja, sebaliknya ia menitis dan mengalir ke luar merangkumi masyarakat, ummah bahkan semua makhluk di seluruh ... |
https://ikram.org.my/tindakan-tegas-terhadap-pencetus-ketegagangan-agama-dan-kaum/ | Tindakan tegas terhadap pencetus ketegagangan agama dan kaum | [
"Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyokong penuh pendirian tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam isu berkaitan penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW serta ketegangan agama dan kaum yang cuba dicetuskan oleh beberapa pihak termasuk melalui laman sosial.",
"Menurut kenyataan m... |
https://ikram.org.my/bajet-mini-2023-lulus-rakyat-respons-positif/ | Bajet Mini 2023 Lulus, Rakyat Respons Positif | [
"KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim membentangkan peruntukan khas untuk perbelanjaan perkhidmatan berjumlah RM107,718,676,650 pada sesi kedua, Mesyuarat Penggal Pertama Dewan Rakyat, semalam.",
"Buat julung kalinya, selepas tiada perbahasan bagi kedua-dua usul yang dibentangkan Perdana Mente... |
https://ikram.org.my/pru15-signifikan-satu-undi-bentuk-kerajaan-pilih-pm/ | PRU15: Signifikan Satu Undi Bentuk Kerajaan, Pilih PM | [
"Tinggal sembilan hari sahaja lagi sebelum tiba hari mengundi bagi rakyat Malaysia pada 19 November ini.",
"Tarikh ini bakal mencatatkan sejarah terpenting iaitu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), penentu pihak mana yang akan menang menjadi blok kerajaan dan kalah menjadi blok pembangkang. ",
"Anda sudah tahu cal... |
https://ikram.org.my/ketika-semua-aktiviti-bernilai-pahala/ | Ketika semua aktiviti bernilai pahala | [
"Dan pernahkah terdetik di fikiran anda bahawa bersikap ramah, membantu dan mengutamakan orang lain adalah ibadah? Bahkan, pernahkah kita terfikir bahawa setiap tangisan sedih dan ketawa, dan usaha memperbaiki diri, berteman juga boleh dianggap ibadah?",
"Musim-musim PKP ni, adakah anda terfikir menuruti Perintah... |
https://ikram.org.my/rasuah-dan-siasah/ | Rasuah dan siasah | [
"Secara rasmi urusan hariannya dilaksanakan secara bebas dan berkecuali oleh pegawai-pegawainya di bawah pengawasan Ketua Pengarah tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.",
"Namun, ini tidak mengenyahkan keraguan oleh sebahagian rakyat Malaysia yang mempersoalkan kebebasan dan keberkecualiannya.",
"Sebaga... |
https://ikram.org.my/angka-kematian-terus-meningkat/ | Angka kematian terus meningkat | [
"Seterusnya, diikuti Brazil dengan 223,945 kes, manakala Mexico (158,074), India (154,274) dan United Kingdom (106,367) pula masing-masing merekodkan lebih 100,000 kes kematian.",
"Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, Perancis, Rusia, Iran, Sepanyol, Jerman dan Colombia, manakal... |
https://ikram.org.my/seminar-penjagaan-rohani-pesakit-di-penghujung-hayat/ | Seminar penjagaan rohani pesakit di penghujung hayat | [
"“Ini merupakan program pertama anjuran bersama Unit Paliatif & Onkologi UiTM, Ziyara Muslim Spiritual Care Services & IKRAM Health Malaysia,” kata wakil penganjur seminar.",
"Seramai 90 orang peserta telah hadir ke seminar ini yang bertujuan menyuntik kesedaran bagaimana untuk melakukan penjagaan rohani terhadap... |
https://ikram.org.my/kembalikan-mandat/ | Saat terbaik kembalikan mandat rakyat | [
"Selesai sudah penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka semalam, sebagaimana dilaporkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh dalam sidang medianya.",
"Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini menyaksikan 112 calon layak bertanding, dengan pertandingan enam penjuru di ti... |
https://ikram.org.my/kontena-khas-untuk-jenazah-pesakit-covid-19/ | Kontena khas untuk jenazah pesakit Covid-19 | [
"“Hari ini, enam lagi kematian Covid-19 di Hospital Sungai Buloh dan Jabatan Perubatan Forensik terpaksa menyediakan kontena khas bagi tujuan tersebut,” menurut hantaran KKM pada lewat malam Ahad di laman Facebook.",
"Justeru, satu kontena khas disediakan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh sebagai t... |
https://ikram.org.my/pelantikan-ketua-hakim-negara-ikut-perlembagaan/ | Pelantikan Ketua Hakim Negara ikut perlembagaan | [
"Beliau memberi kenyataan tersebut berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu pada 11 Julai lalu menggantikan Tun Md Raus Sharif.",
"Beliau berkata, berpandukan Perkara 122B dalam perlembagaan negara, ia tidak mensyaratkan bahawa seseoran... |
Subsets and Splits
No community queries yet
The top public SQL queries from the community will appear here once available.