Dataset Viewer
Auto-converted to Parquet Duplicate
status
stringclasses
2 values
text
stringlengths
8
41.3k
language
stringclasses
4 values
name
listlengths
0
218
address
listlengths
0
109
number_of_names
int64
0
218
number_of_addresses
int64
0
109
okay
BN Selangor sedia runding PH agihan kerusi SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor akan mengadakan rundingan dengan Pakatan Harapan (PH) sebaik selesai mengadakan perbincangan mengenai pengagihan kerusi dengan komponen parti terdiri daripada MCA dan MIC peringkat negeri dalam waktu terdekat.Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, perjumpaan dengan PH itu akan dimuktamadkan selepas semua komponen BN bersetuju mengenai jumlah kerusi bakal ditandingi BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang dijangka diadakan selewat-lewatnya."(Rundingan) kita serah kepada PH untuk memikirkan bagaimana kita boleh memulakan rundingan secara semangat Kerajaan Perpaduan," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Kumpulan Muara di sini pada Jumaat.Megat Zulkarnain berkata, secara dasarnya UMNO Selangor telah mengenal pasti kerusi yang bakal ditandingi termasuk lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu."Angkanya (jumlah kerusi ditandingi UMNO) tak perlu kita maklum sekarang dan selepas ia dipersetujui, maka itu keputusan yang akan kita patuhi dan kita akan pastikan untuk tandingi dalam PRN Selangor," ujar beliau.Bagaimanapun, jelas beliau, bayangan kerusi bakal ditandingi peringkat negeri itu sudah dimaklumkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi."Kita akui dalam PRU15, kita tak berjaya di peringkat Parlimen, tetapi masih mempunyai jumlah undi banyak terutama di kawasan majoriti Melayu," ujarnya.Sebelum ini, PH Selangor sedia berbincang dengan BN dalam masa terdekat untuk membuat persiapan PRN.Pengerusinya Datuk Seri Amirudin Shari mahu menyelesaikan perkara itu pada peringkat PH Selangor terlebih dahulu termasuk meneliti beberapa kemungkinan.Armand Azha, Jamal antara nama bertanding pemilihan UMNOUMNO Selangor mengesahkan Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Armand Azha Abu Hanifah akan bertanding jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan parti itu pada Mac.Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, selain Armand Azha nama lain di negeri Selangor juga akan bertanding di peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.Menurut, antara nama yang menyatakan hasrat untuk bertanding MKT ialah, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, Ketua UMNO Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Rosni Sohar."KIta sudah maklumkan dalam Mesyuarat UMNO Selangor, jika ada mana-mana ahli UMNO ingin bertanding pada pemilihan parti boleh menyatakan hasrat kepada UMNO negeri untuk dibawa ke peringkat UMNO Pusat," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Kumpulan Muara di sini pada Jumaat.Megat Zulkarnain memberitahu, pemilihan parti di peringkat negeri itu akan dipengerusikan Pengerusi Veteran UMNO Selangor, Salamon Selamat dan jawatankuasanya."Jawatankuasa pemilihan parti ini akan memantau perjalanan proses pemilihan di peringkat negeri," katanya.
malay
[ "Barisan Nasional (BN) Selangor", "Pakatan Harapan (PH)", "MCA", "MIC", "Pengerusi UMNO Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin", "UMNO Selangor", "Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi", "PH Selangor", "Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari", "Ketua UMNO Bahagian Subang Datuk Armand Azha Abu Hanifah", "Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos", "Ketua UMNO Hulu Langat Datuk Johan Abdul Aziz", "Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Bernam Rosni Sohar", "Pengerusi Veteran UMNO Selangor Salamon Selamat" ]
[ "Bangunan Kumpulan Muara, Shah Alam, Selangor" ]
14
1
okay
Ekstremisme bukan budaya Pas, tolak politik sempit SHAH ALAM - Pas Selangor tidak pernah membawa budaya ekstremisme yang bertentangan dengan agama sebaliknya berusaha membanteras sebarang bentuk politik perkauman sempit yang merugikan rakyat.Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, parti Islam itu menghormati hak dan perbezaan antara kaum sepanjang bergiat aktif selama 50 tahun dalam politik.Menurutnya, Pas mendokong politik matang dan sejahtera malah jentera pilihan raya parti itu tidak pernah disiasat mahupun terlibat dalam salah laku berunsur sabotaj yang mencetuskan ketegangan kaum."Kita pernah berada dalam kerajaan Selangor dari tahun 2008 hingga 2018 dan rekod membuktikan bahawa ahli-ahli Exco, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), ahli-ahli majlis PBT (pihak berkuasa tempatan), ketua kampung serta pegawai yang dilantik mewakili Pas semuanya telah berkhidmat untuk semua lapisan masyarakat berbilang kaum di Selangor dengan bersih dan cemerlang."Tidak ada seorang pun wakil Pas Selangor yang didakwa di mahkamah atas pertuduhan rasuah mahupun kesalahan jenayah lain sepanjang tempoh Pas dalam kerajaan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Tegasnya, Pas akan sentiasa memastikan ahli-ahlinya memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan memelihara keamanan di negeri ini dengan menghormati agama serta budaya kaum lain."Kami juga akan memastikan semua ahli mematuhi undang-undang dan peraturan negara dan negeri dalam setiap aktiviti atau kegiatan."Menjelang Pilihan Raya Umum Negeri (PRN), Pas bersama rakan komponen di bawah Perikatan Nasional (PN) akan menjunjung amalan demokrasi," katanya.Tambahnya, Pas juga akan terus berkerja meyakinkan rakyat di Selangor untuk membawa perubahan ke arah kebaikan buat negeri ini.
malay
[ "Pas Selangor", "Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi", "Pas", "Sultan Selangor", "Sultan Sharafuddin Idris Shah", "Perikatan Nasional" ]
[ "Selangor" ]
6
1
okay
PRU15: Calon Pejuang teruja kembali ke sekolah lama PADANG SERAI - Calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Padang Serai, Hamzah Abdul Rahman teruja apabila dapat kembali ke sekolah lamanya, Sekolah Kebangsaan Bukit Selarong yang menjadi pusat pengundian Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai pada Selasa.Hamzah, 59 yang merupakan anak tempatan Padang Serai berkata, dia hampir menitiskan air mata apabila mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanaknya di sekolah itu.“Banyak kenangan indah zaman kanak-kanak saya di sini... mana kan tidak saya menghabiskan bertahun-tahun belajar di sekolah ini."Saya rasa bangga kerana datang ke sini sebagai calon beberapa dekad kemudian kerana mahu berkhidmat kepada rakyat di sini," katanya ketika ditemui media selepas selesai mengundi di sekolah berkenaan pada Rabu.Hamzah yang hadir berbusana tradisional serta bertanjak menarik perhatian ramai sebaik tiba dipekarangan sekolah berkenaan pada jam 8.20 pagi.Hamzah membuang undi di SK Bukit Selarong, pada Rabu.PRU15 Padang Serai terpaksa ditangguhkan susulan kematian calon Pakatan Harapan (PH), M Karupaiya pada 16 November lalu.Perebutan kerusi Parlimen Padang Serai akan menyaksikan pertembungan enam penjuru antara calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak, Datuk C Sivaraajh (Barisan Nasional), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional) dan Hamzah Abd Rahman (Pejuang).Dua lagi pencabar ialah Mohd Bakhri Hashim, mewakili Parti Warisan dan calon Bebas, Sreanandha Rao.Bagaimanapun pada 2 Disember lepas, BN bersetuju memberi laluan kepada PH di kerusi Parlimen berkenaan.Sebelum ini, Warisan turut memutuskan tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya berkenaan, namun logo parti itu masih tersenarai dalam kertas undi kerana sudah didaftarkan sebagai antara parti yang bertanding.
malay
[ "Hamzah Abdul Rahman", "Hamzah", "M Karupaiya", "Dr Mohamad Sofee Razak", "Datuk C Sivaraajh", "Datuk Azman Nasrudin", "Mohd Bakhri Hashim", "Sreanandha Rao" ]
[ "Padang Serai", "Sekolah Kebangsaan Bukit Selarong", "Parlimen Padang Serai" ]
8
3
okay
Isham Jalil persoal kelayakan Abdul Hadi bercakap wakili Pas SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil mempersoalkan 'kelayakan' Tan Sri Abdul Hadi Awang bercakap mewakili Pas kerana memenangi jawatan Presiden parti itu tanpa bertanding.Isham berkata, ia susulan pendirian Ahli Parlimen Marang bahawa kenyataan yang dikeluarkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai Muafakat Nasional (MN) yang tidak mewakili UMNO.Menurutnya, Abdul Hadi tidak perlu menghina Ahmad Zahid yang menang pemilihan jawatan tertinggi UMNO dengan sokongan majoriti perwakilan dengan sebegitu rupa."Beliau adalah orang yang mendapat mandat tertinggi untuk bersuara mewakili UMNO dan membuat keputusan parti. Ini asas dalam sistem demokrasi. Bila kamu hina beliau, bermakna kamu juga hina majoriti ahli UMNO yang undi dan pilih beliau sebagai Presiden."Kamu pula menang tanpa bertanding, entah dapat mandat ataupun tidak, wallahuaklam (Allah sahaja yang tahu)," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Sabtu.Abdul Hadi dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar Pas Ke-68 di Kedah pada Jumaat dilaporkan berkata, dakwaan Ahmad Zahid bahawa UMNO bergerak solo tanpa MN kerana Pas menawarkan kerjasama politik dangkal sebagai tidak mewakili parti UMNO.Sebelum itu Ahmad Zahid berkata, UMNO perlu bergerak secara solo antara lain kerana tidak dapat menjalin kestabilan, keyakinan dan kerjasama kukuh dalam MN terutama selepas Pas menjalin hubungan dengan parti yang secara jelas mahu menghancurkan UMNO dari luar dan dalam.Justeru, Isham menyindir Abdul Hadi dengan meminta beliau menamakan individu yang boleh bercakap bagi pihak UMNO."Kalau ikut logik, kamu pun tidak boleh cakap mewakili Pas. Kalau Ahmad Zahid tidak boleh cakap mewakili UMNO, kamu mahu siapa yang boleh bercakap mewakili UMNO?," soalnya.Isham menegaskan, UMNO sebelum ini memang mahukan MN bersama Pas, namun tidak sampai setahun selepas itu, parti itu meninggalkan mereka dan bekerjasama dengan pengkhianat UMNO (Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau Bersatu) serta memberikan kerusi sebagai syarat bekerjasama dalam MN.“Bagaimana akar umbi UMNO mahu percaya kamu lagi? Kini UMNO telah buat keputusan akan pergi solo dalam pilihan raya tanpa MN. Rata-rata akar umbi UMNO telah bersetuju.“Lihat sahaja dalam perhimpunan UMNO baru-baru ini. Presiden telah mendapat mandat akar umbi supaya pilihan raya tidak ditangguh, BN pergi solo dan menolak kerjasama dengan pengkhianat.“Kamu pula ingin pikul pengkhianat dan masih mahu paksa UMNO terima pengkhianat. Kami tidak akan ikut kemahuan serakah kamu,” ujar beliau.
malay
[ "Isham Jalil", "Abdul Hadi Awang", "Tan Sri Abdul Hadi Awang", "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi", "Ahmad Zahid", "Isham" ]
[ "SHAH ALAM", "Marang", "Kedah" ]
6
3
okay
Takut ada 'katak melompat': Azalina JOHOR BAHRU - Menteri Besar (MB) Johor yang baharu, Datuk Onn Hafiz Ghazi disaran segera melaksanakan manifesto Barisan Nasional (BN) sebagai teras Reformasi Politik.Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perkara itu harus diutamakan kerana bimbang berlaku perkara seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan beralih parti.“Jangan lupakan Ikhtiar Manifesto: Enakmen Anti Lompat Parti yang akan menjadi Agenda Reformasi Politik.“Jangan lambat, takut ada 'katak melompat' dan tak cukup ADUN nak sokong dalam Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya menerusi Twitter, pada Rabu.Azalina yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut mengucapkan tahniah kepada Onn Hafiz di atas pelantikan sebagai Menteri Besar Johor.Onn Hafiz yang merupakan ADUN Machap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-19 pada Selasa, dalam satu istiadat di Istana Bukit Serene selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.Dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu lalu, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad memaklumkan, BN akan memberi keutamaan kepada Enakmen Anti Lompat Parti sekiranya berjaya mendapat mandat rakyat.
malay
[ "Datuk Onn Hafiz Ghazi", "Datuk Seri Azalina Othman Said", "Onn Hafiz", "Sultan Ibrahim Sultan Iskandar", "Datuk Seri Hasni Mohammad" ]
[ "Johor Bahru", "Dewan Undangan Negeri Johor", "Dewan Undangan Negeri", "Istana Bukit Serene", "Machap" ]
5
5
okay
PRN: Agihan kerusi BN-PH dimuktamadkan dalam masa terdekat KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Agihan kerusi parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan membabitkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini perbincangan mengenainya sudah sampai di penghujung dan menunggu untuk diumumkan.“Agihan kerusi (antara BN-PH) akan dimuktamadkan dalam masa terdekat (dan) kita telah sampai ke penghujung untuk memuktamadkan,” katanya ketika sidang akhbar selepas melawat Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pada Khamis.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan pengagihan kerusi membabitkan kedua-dua gabungan dalam Kerajaan Perpaduan itu.Pada Khamis, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu tidak membubarkan DUN masing-masing, maka satu PRN perlu diadakan sekiranya kerajaan negeri berkenaan membubarkan DUN masing-masing atau DUN terbubar dengan sendiri selepas tamat tempoh.Mengambil kira tempoh pembubaran itu, PRN di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu serta Kelantan dijangka diadakan pada Julai atau Ogos, iaitu 60 hari daripada tarikh pembubaran.PRN itu perlu diadakan memandangkan tempoh mandat DUN di enam negeri berkenaan akan berakhir pertengahan tahun ini.
malay
[ "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi", "Barisan Nasional", "Pakatan Harapan", "Kerajaan Perpaduan", "Kerajaan Negeri Pulau Pinang", "UMNO" ]
[ "Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)", "Pulau Pinang", "Kuala Lumpur", "Kedah", "Selangor", "Negeri Sembilan", "Kelantan", "Terengganu" ]
6
8
okay
Wakil BN, PH akan isi jawatan Exco Melaka ISKANDAR PUTERI - Setiap parti komponen dalam gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) akan mengisi jawatan Exco Kerajaan Negeri Melaka yang akan diumumkan dalam masa terdekat.Ahli Majlis Kerja tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan, pentadbiran kerajaan Melaka yang baharu itu akan mengikut acuan Kerajaan Perpaduan dan akan dimaklumkan selepas bertemu dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Ahli Parlimen Pontian itu berkata, komposisi pembahagian kerusi membabitkan Exco kerajaan negeri itu akan diputuskan oleh Ketua Menteri yang baharu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh."Cuma saya kira daripada segi jumlahnya tentulah UMNO melebihi yang lain kerana pada masa Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, BN memenangi 21 kerusi daripada 28 yang dipertandingkan."Atas dasar itu, ini bermakna komposisi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN adalah lebih berbanding yang lain. Barisan Exco akan diputuskan oleh Ketua Menteri yang baharu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar, di sini pada Sabtu.Turut hadir Pengarah Jabatan Kastam Diraja Johor (JKDM) Negeri Johor, Misbahudin Parmin.Sementara itu, Ahmad berkata, pengumuman Exco Kerajaan Negeri Melaka itu akan diumumkan dalam tempoh 48 jam seperti yang dijanjikan Ab Rauf.Ahmad turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Rauf diatas perlantikannya sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu."Saya ingin merakamkan tahniah pada Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang telah mengangkat sumpah semalam (Jumaat), terima kasih juga kepada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Ali atas jasanya sebelum ini," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN:Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13[VIDEO] Lantik Exco baharu dalam tempoh 48 jam - Ab Rauf'Beri sokongan kepada pimpinan Kerajaan Negeri Melaka baharu'Sulaiman sakit, Rauf bakal KM MelakaExco Melaka dilantik ikut semangat Kerajaan Perpaduan'Letak jawatan kerana desakan hati' - SulaimanSulaiman menitiskan air mataMelaka bakal bertukar Ketua Menteri?Ab Rauf minta sabar, tunggu pengumuman rasmiSulaiman letak jawatan Ketua Menteri MelakaTidak campur kemelut BN MelakaSulaiman letak jawatan: Seri Negeri jadi tumpuan mediaSulaiman hadir ke pejabat Ketua Menteri seperti biasaSulaiman tunjuk isyarat mohon maafAngkat sumpah Ketua Menteri Melaka JumaatRauf calon Ketua Menteri Melaka baharuLetak jawatan: Sulaiman perlu beri penjelasan
malay
[ "Datuk Seri Ahmad Maslan", "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi", "Datuk Seri Ab Rauf Yusoh", "Misbahudin Parmin", "Datuk Seri Sulaiman Ali" ]
[ "Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar" ]
5
1
okay
Tiga negeri PH mungkin ada pilihan raya berasingan SEREMBAN - Tiga negeri ditadbir Pakatan Harapan (PH) kemungkinan akan mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan jika Parlimen dibubarkan tahun ini.Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bagaimanapun keputusan itu tertakluk kepada Majlis Presiden PH."Kalau diminta bubarkan DUN, kita akan bubarkan. Sekarang ini kita nak dapatkan isu di setiap negeri sama ada perlu diteruskan (bubar DUN) atau tidak kerana kita masih ada masa lapan bulan lagi."Saya sentiasa berhubung dengan rakan-rakan dari Selangor dan Pulau Pinang yang mana nanti kita akan putuskan bersama selepas mendapat kelulusan daripada Majlis Presiden PH," katanya pada sidang akhbar di Pusat Dakwah Islamiah Paroi di sini pada Selasa.Beliau yang merupakan Naib Presiden PKR berkata, banyak perkara perlu dibuat pertimbangan terutama soal rakyat kerana musim tengkujuh diramal berlaku.Tambah beliau, masih ada tempoh lapan bulan lagi sehingga habis penggal."Ada cakap kita takut hilang jawatan, tapi semestinya kita lebih mengutamakan soal rakyat dan di kawasan Kuala Pilah malam tadi (Isnin) berlaku banjir dan bagi saya itu amaran kerana sekarang selalu hujan."Ia jelas menunjukkan hujung tahun ini bukan masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya," katanya.Berkenaan soal calon PKR pula, beliau berkata, jawatankuasa penilai calon akan bersidang minggu hadapan untuk membincangkan kesemua senarai nama yang telah dihantar oleh setiap negeri."Setiap negeri hanya mengumpulkan nama dan hantar kepada jawatankuasa penilai untuk membuat penilaian sebelum dibawa ke presiden parti yang kemudian akan dibawa ke Majlis Presiden untuk diumumkan bersama," katanya.Sementara itu ditanya sama ada beliau akan bertanding Parlimen pada PRU15, Aminuddin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat berkata, ia kuasa presiden untuk menentukannya.Aminuddin sebelum itu hadir pada majlis Penyampaian Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan Ramah Mesra Usahawan Kotej Halal Negeri Sembilan.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali Ab Malik, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Datuk Dr Abdul Azis Sheikh Ab Kadir dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidi Ramli.
malay
[ "Datuk Seri Aminuddin Harun", "Aminuddin", "Datuk Dr Razali Ab Malik", "Datuk Dr Abdul Azis Sheikh Ab Kadir", "Datuk Mohd Zaidi Ramli" ]
[ "Pusat Dakwah Islamiah Paroi", "Negeri Sembilan", "Selangor", "Pulau Pinang", "Kuala Pilah", "Sikamat" ]
5
6
okay
Razali berdepan cabaran besar bertanding di Pagoh JOHOR BAHRU - Keputusan Datuk Seri Razali Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu mendapat 'restu' Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.Rata-rata pemimpin dan ahli akar umbi UMNO Bahagian Muar dijangka memberi sokongan penuh kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu untuk berpindah kerusi dari Parlimen Muar ke Parlimen Pagoh.Pengerusi Pusat Daerah Mengundi (PDM) UMNO Cawangan Sarang Buaya, Md Kamal Hussin, 59, Razali perlu mendapat persetujuan MKT terlebih dahulu sebelum mengatur strategi menawan Parlimen Pagoh."Saya merasakan orang Pagoh akan menerima beliau, apa yang penting kita mahukan kemenangan Datuk Seri Razali di Parlimen Pagoh nanti."Beliau merupakan pemimpin muda yang banyak idea dan banyak ilmu, amat sesuai diletakkan di Pagoh kerana kawasan tersebut merupakan majoriti Melayu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.Razali yang juga bekas Ahli Parlimen Muar dikatakan akan berpindah kawasan dan bertanding di Parlimen Pagoh sekali gus menyaksikan pertembungan dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada PRU15.Kerusi Parlimen Pagoh kini disandang Muhyiddin yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), menang pada PRU14 dengan majoriti 6,927 undi menewaskan calon Pas dan UMNO.Sementara Razali yang menang tiga penggal berturut-turut pada PRU11, PRU12 dan PRU13 tewas pada PRU14, dikalahkan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menang dengan majoriti 6,953 atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).Md Kamal yang juga ahli UMNO Cawangan Seri Kemang berkata, orang Pagoh perlu memberi peluang kepada Razali untuk berkhidmat di kawasan mereka dan jika menang wajar dilantik sebagai menteri penuh.Ahli UMNO Cawangan Kampung Parit Pali, Shamsuddin Mukri, 56, pula berkata, UMNO Muar perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangan Razali kerana kawasan tersebut merupakan kubu kuat Muhyiddin.Beliau berkata, bagi mengelak sebarang kekeliruan UMNO Bahagian Muar perlu berbincang dengan UMNO Bahagian Pagoh supaya semuanya berjalan lancar termasuk dapat menyelesaikan masalah calon parti itu di Pagoh.Ketua UMNO Cawangan Bukit Mor, Razak Zulkifli Abdullah, 58, berkata, semua pihak dalam parti perlu saling membantu bagi memastikan bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu menang kerana cabaran besar bertanding di Pagoh."Datuk Seri Razali akan berdepan Tan Sri Muhyiddin Yassin, ini bukan calon yang bukan sebarangan," katanya.
malay
[ "Datuk Seri Razali Ibrahim", "Md Kamal Hussin", "Tan Sri Muhyiddin Yassin", "Syed Saddiq Syed Abdul Rahman", "Shamsuddin Mukri", "Razak Zulkifli Abdullah" ]
[ "Parlimen Pagoh", "Parlimen Muar", "UMNO Bahagian Muar", "Pusat Daerah Mengundi (PDM) UMNO Cawangan Sarang Buaya", "Parlimen Pagoh", "Parlimen Pagoh", "UMNO Cawangan Seri Kemang", "UMNO Bahagian Muar", "UMNO Bahagian Pagoh", "UMNO Cawangan Kampung Parit Pali", "UMNO Cawangan Bukit Mor" ]
6
11
okay
'Jangan bodohkan rakyat' - Anwar SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap seorang bekas pemimpin yang dilihat mengeluh dengan nasib orang Melayu, malah mendakwa golongan itu tertindas di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.Tidak menamakan secara khusus siapa individu terbabit, Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya memberi gambaran dengan angka '22 tahun dan 22 bulan’ yang merujuk kepada tempoh pentadbiran.Namun sebagai rekod, sekiranya merujuk tempoh pentadbiran bekas Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri iaitu selama 22 tahun ketika bersama Barisan Nasional (BN) menerusi UMNO dan 22 bulan bersama Pakatan Harapan (PH).“Ada orang sekarang, setelah 22 tahun dan 22 bulan pegang kuasa, sekarang mengeluh (mengenai) Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham.“Bagaimana tidak hilang (kuasa orang Melayu) kalau kamu membolot untuk keluarga dan anak-anak dan sekarang bila hilang kuasa, (mula) bicara soal rakyat.“Jangan perbodohkan rakyat, rakyat harus bangkit mempertahankan hak mereka,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 di Stadium Melawati pada Sabtu.Sebelum ini Dr Mahathir dilapor memberi amaran bahawa kaum Melayu akan hilang kuasa sepenuhnya di negara ini selepas dua kali pilihan raya umum (PRU) ekoran suasana politik ketika ini yang menurutnya, kekuatan dominan bangsa pribumi tersebut semakin teruk terhakis.Sementara itu Anwar turut memberi peringatan kepada individu berkenaan supaya berhenti daripada terus memperbodohkan rakyat dengan pelbagai tuduhan yang sengaja direka-reka.Antaranya menuduh Kerajaan Perpaduan sekarang mengabaikan hak Melayu sehingga ada pihak menyifatkan hak dan kebajikan kaum itu terbiar di bawah pentadbiran kerajaan"Harus waspada, patriotisme, isu perkauman, ketaasuban agama (apabila) bergabung, menjadi perkara terakhir untuk membangkan," katanya.
malay
[ "Datuk Seri Anwar Ibrahim", "Anwar", "Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)", "Ahli Parlimen Langkawi", "Tun Dr Mahathir Mohamad", "Perdana Menteri" ]
[ "Stadium Melawati", "SHAH ALAM" ]
6
2
okay
Penyandang Parlimen Jempol hampir pasti tanding tiket PN SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Selepas penyandang kerusi Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif tidak dikekalkan sebagai calon di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), timbul khabar angin beliau kemungkinan membuat kejutan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN).Malah Ketua UMNO Bahagian Jempol itu juga tidak hadir pada Majlis Penyerahan Watikah Calon BN di Wisma Perhubungan UMNO Negeri Sembilan pada Khamis sedangkan majlis itu menjemput semua barisan kepimpinan parti itu di setiap bahagian.Menurut sumber, Mohd Salim hampir pasti bertanding atas tiket PN, malah beliau didakwa sudah pun mengambil borang calon di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)."Borang pun beliau dah beli, jadi apa keputusannya nanti tidak pastilah tetapi 80 peratus nampaknya macam ke arah itu (bertanding atas tiket PN)."Saya difahamkan sudah ada perbincangan di peringkat PN pusat dan PN pun dikatakan mencari calon untuk menang, jadi ini peluang terbaik kepada beliau," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Bagaimanapun katanya, UMNO Bahagian Jempol sudah menasihati Mohd Salim supaya tidak berbuat demikian demi kebaikan parti, namun beliau didakwa masih berkeras."Saya pun dah beri nasihat tetapi saya lihat beliau masih berkeras lagilah sebab isunya parti menolaknya cara yang tidak berhemah maksudnya macam itu."Tidak panggil berunding, pemimpin parti tak panggilnya, nak jumpa pun mereka (pemimpin parti) tak pedulikannya."Mengapa beliau tidak diberi peluang untuk bertanding malah gerak kerja (persiapan PRU15) telah dibuat, beliau rasa amat kecewa. Kini keputusan akhirnya beliau tentukan," katanya.Pada Majlis Penyerahan Watikah Calon BN Negeri Sembilan di Wisma UMNO Negeri Sembilan pada Khamis mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Serting, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli sebagai calon Parlimen Jempol.ShamshulkaharSebelum ini Sinar Harian melaporkan UMNO Bahagian Jempol mahu Mohd Salim dikekalkan sebagai calon kerusi Parlimen Jempol pada PRU15 kerana beliau baharu satu penggal berkhidmat sebagai ahli Parlimen selain telah membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya.Malah, Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) masyarakat Cina dan India turut membuat desakan supaya beliau dikekalkan sebagai calon.Sementara itu, Ketua Penerangan PN Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus ketika ditanya mengenai perkara berkenaan memberitahu, tidak tahu akan khabar angin berkenaan."Itu di luar pengetahuan saya. Apa pun soal kerusi adalah hak di peringkat kepimpinan pusat dan kita di peringkat negeri hanya melaksanakan tugasan bagi memastikan jentera bergerak dengan baik."Setakat ini lapan calon Parlimen di Negeri Sembilan yang ditampilkan oleh PN adalah seperti yang diumumkan," katanya.Sementara itu menurut sumber UMNO Bahagian Jempol, Mohd Salim akan mengadakan perjumpaan dengan UMNO cawangan pada jam 3 petang pada Jumaat bagi menyatakan pendiriannya.Pada PRU14, Mohd Salim memenangi kerusi Parlimen Jempol dengan majoriti 1,631 undi selepas memperoleh 26,819 undi, menewaskan calon PKR, Kamarulzaman Kamdias (25,188 undi) dan calon Pas, Mustaffa Daharun (5,267 undi).
malay
[ "Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif", "Ketua UMNO Bahagian Jempol", "Mohd Salim", "Datuk Shamsulkahar Mohd Deli", "Mohd Nazree Mohd Yunus", "Kamarulzaman Kamdias", "Mustaffa Daharun" ]
[ "Parlimen Jempol", "Wisma Perhubungan UMNO Negeri Sembilan", "Wisma UMNO Negeri Sembilan", "Negeri Sembilan" ]
7
4
okay
Momentum ringgit menaik SHAH ALAM, 23 JAN: Ringgit meneruskan momentum menaik apabila dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, susulan sentimen positif yang menyokong pasaran, kata peniaga. Ketua Dagangan Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes, berkata peningkatan sentimen risiko global selepas Senat AS menamatkan penutupan kerajaan, selain pengukuhan harga minyak, memberi kesan positif terhadap ringgit hari ini.
malay
[ "Stephen Innes" ]
[ "SHAH ALAM", "Amerika Syarikat" ]
1
2
okay
'Hentikan cubaan jatuhkan Kerajaan Perpaduan' SHAH ALAM - Tindakan sesetengah pihak yang didakwa cuba menjatuhkan Kerajaan Perpaduan dengan memujuk beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk keluar parti dan bertanding semula atas tiket pembangkang harus dihentikan.Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd Aziz berkata, tindakan itu akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan kepada ahli politik sedangkan perkara paling utama adalah kerajaan yang stabil."Tingkah laku seperti ini harus dihentikan, apabila ia berterusan, semakin ramai orang hilang kepercayaan."Apa yang rakyat Malaysia perlukan sekarang ialah kerajaan yang stabil. Lakukan untuk ekonomi negara dan rakyat," katanya menerusi Twitter pada Isnin.Hari ini, sebuah portal melaporkan terdapat khabar angin mengenai cubaan untuk menyingkirkan Perdana Penteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lima bulan selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan.Difahamkan beberapa ahli parlimen BN kini dipujuk oleh individu tertentu agar mengambil bahagian dalam 'misi do-or-die' untuk keluar parti dan mengorbankan kerusi mereka.Di bawah undang-undang anti-lompat parti, mana-mana ahli Parlimen yang meletak jawatan atau berhenti menjadi ahli parti akan kehilangan kerusi di Dewan Rakyat sekali gus mencetuskan pilihan raya kecil.
malay
[ "Amira Aisya Abd Aziz", "Datuk Seri Anwar Ibrahim" ]
[ "SHAH ALAM" ]
2
1
okay
Calon Sipitang nekad bangunkan masyarakat KOTA KINABALU - Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Sipitang, Datuk Adnan Puteh akan menggunakan peluang yang diberikan untuk membangunkan masyarakat di kawasan berkenaan.Menurutnya, peluang dijadikan sebagai calon bagi Parti Warisan (Warisan) pada PRU15 ini merupakan penghargaan terbesar parti."Syukur Alhamdulillah saya telahpun diberi mandat dan diberi peluang untuk menjadi calon di kawasan Parliman Sipitang."Ini adalah tanggungjawab serta tugas yang akan dipikul untuk membela rakyat serta pengundi di kawasan yang bakal saya wakili."Peluang ini saya akan gunakan sebaik-baiknya untuk membangunkan dan membawa masyarakat ke satu tahap perubahan selain cara berfikir yang baharu supaya kawasan kita lebih membangun berbanding sebelum ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Adnan, 64, sebelum itu diumumkan sebagai calon Warisan oleh Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika berucap pada program Sabah Bangkit, Sipitang Bangkit di Kampung Pangiran di Sipitang pada Jumaat.Beliau yang juga seorang peguam berkata akan membawa kawasan Parlimen Sipitang ke tahap yang lebih baik dari segi ekonomi, sosial dan infrastruktur."Saya mohon pengundi kawasan Parlimen Sipitang supaya memberi sokongan dan mandat kepada saya untuk perubahan ini."Jika saya bersendiri sahaja, tidak boleh menjayakan misi ini tetapi dengan sokongan rakyat dan pengundi di kawasan ini, saya yakin kita akan maju bersama-sama untuk masa depan yang lebih baik," katanya.
malay
[ "Datuk Adnan Puteh", "Datuk Seri Mohd Shafie Apdal" ]
[ "Parlimen Sipitang", "Kampung Pangiran, Sipitang", "Kota Kinabalu" ]
2
3
okay
PRN: Calon BN kekal guna lambang dacing PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Semua calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang kekal menggunakan menggunakan lambang parti iaitu dacing.Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, soal pembahagian kerusi telah mula dibincangkan di dalam Sekretariat Kerajaan Perpaduan."Soal pembahagian kerusi telah mula bincang tetapi belum dimuktamadkan," katanya menerusi sidang akhbar selepas mengadakan sesi lawatan rasmi ke Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) di sini pada Khamis.Menurutnya, BN menjalinkan kerjasama dengan semua parti di bawah seketeriat tersebut.Beliau berkata demikian mengulas mengenai perkembangan perbincangan kerusi bagi menghadapi PRN akan datang.Sebelum ini, enam negeri dilaporkan sepakat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada dua minggu terakhir Jun depan bagi memberi laluan kepada PRN.Negeri-negeri berkenaan ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, dan Terengganu.Keenam-enam negeri itu tidak mengadakan PRN serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) November tahun lalu sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran DUN.
malay
[ "Barisan Nasional", "BN", "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi" ]
[ "Putrajaya", "Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA)", "Selangor", "Negeri Sembilan", "Pulau Pinang", "Kelantan", "Kedah", "Terengganu" ]
3
8
okay
'Saya telah isytihar harta'- Anwar KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah pun mengisytiharkan asetnya selaras dengan pendekatan pakatan tersebut.Katanya, pengisytiharan hartanya sedikit lewat kerana beliau perlu menandatangani surat sumpah di hadapan peguam atau Pesuruhjaya Sumpah."Saya berada di Johor, saya baru sampai pagi ini untuk tandatangani. Pengisytiharan harta saya sudah pun siap," katanya kepada media selepas program 'Ada Apa Dengan Korupsi' di sini pada Rabu.Katanya lagi, semua pemimpin yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu membuat pengisytiharan harta seperti yang dilakukan PH."Mereka perlu digalakkan untuk isytihar harta, tidak cukup hanya hantar kepada Perdana Menteri. Mereka perlu umumkan kepada orang awam."Kamu perlu minta pengisytiharan harta oleh pemimpin Pas, Bersatu (Parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia) yang kaya. Mereka patut buat perkara sama," katanya.Sebelum itu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil memberitahu hadirin bahawa terdapat masalah yang berlaku kepada laman web yang memaparkan calon-calon Parlimen PH.Anwar isytihar harta bernilai RM11.2 jutaDalam laman web PKR, Anwar telah mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM11.2 juta, sebahagian besar daripada aset beliau iaitu RM10.4 juta adalah daripada pemilikan empat unit hartanah yang dibeli antara tahun 2005 hingga 2022.Antara aset hartanah dimilikinya adalah sebuah tanah berserta rumah yang terletak di Segambut Dalam, Kuala Lumpur bernilai RM9 juta yang dibeli pada tahun 2005 secara tunai pada ketika itu dengan harga RM4 juta.Menurut dokumen tersebut yang merekodkan pengisytiharan harta setakat 31 Oktober lalu, pembelian hartanah itu dibuat hasil daripada jualan rumah di Jalan Setiamurni 1 Bukit Damansara, Kuala Lumpur.Tiga lagi aset hartanah dimilikinya adalah unit tanah di Port Dickson, Negeri Sembilan bernilai RM1 juta; tanah di Bentong, Pahang (RM300,000); tanah di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (RM50,000).Sementara itu, jumlah keseluruhan aset tunai dan simpanan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) antaranya di institusi kewangan dan akaun pelaburan adalah bernilai RM828,668.Anwar yang merupakan penyandang Ahli Parlimen Port Dickson mempunyai pendapatan sebagai wakil rakyat berjumlah RM21,756.Menerusi dokumen tersebut, beliau yang juga merupakan calon PH bagi Parlimen Tambun dalam Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini direkodkan tidak memiliki sebarang aset dalam bentuk kenderaan, barang kemas dan karya seni dan komitmen hutang.Pada PRU15, PKR menetapkan supaya setiap calon yang mewakili parti itu untuk mengisytiharkan harta masing-masing.
malay
[ "Anwar Ibrahim", "Datuk Seri Anwar Ibrahim", "Fahmi Fadzil", "Pakatan Harapan (PH)", "Parti Keadilan Rakyat (PKR)", "Pemimpin Pas", "Bersatu (Parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia)" ]
[ "Segambut Dalam, Kuala Lumpur", "Jalan Setiamurni 1 Bukit Damansara, Kuala Lumpur", "Port Dickson, Negeri Sembilan", "Bentong, Pahang", "Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang" ]
7
5
okay
Kekosongan jawatan Exco, diputuskan minggu depan SEREMBAN - Kekosongan jawatan Exco Sumber Manusia, Perladangan Dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan yang sebelum ini disandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J Arul Kumar sama ada diisi atau tidak, akan diputuskan minggu hadapan.Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya akan berbincang dengan pengerusi DAP negeri, Anthony Loke Siew Fook mengenainya."... Dan akan dibawa untuk diperkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebelum sebarang keputusan dibuat.“Kita akan bincang dengan pengerusi DAP negeri (Anthony) nanti. Mungkin ada yang memangku (jawatan itu) atau mungkin ada yang baharu, kita akan bawa perkenan Tuanku dan maklum ada Exco letak jawatan, apa jua tindakan akan dimaklumkan nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kad Anak Peringkat negeri di sini pada Ahad.Sinar Harian sebelum ini melaporkan Arul melepaskan jawatan berkenaan selepas dilantik sebagai Setiausaha Politik Anthony merangkap Menteri Pengangkutan bermula 27 Januari lepas.Pelantikan berkenaan telah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Arul merupakan ADUN Nilai sejak Mei 2013 selain berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan sejak 2018.
malay
[ "J Arul Kumar", "Datuk Seri Aminuddin Harun", "Anthony Loke Siew Fook", "Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir", "Datuk Seri Anwar Ibrahim" ]
[ "Negeri Sembilan", "Nilai", "Seremban" ]
5
3
okay
PRU15: GRS adakan mesyuarat muktamad kerusi KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengadakan mesyuarat secepat mungkin untuk memuktamadkan peruntukan kerusi untuk parti komponen gabungan itu.Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, jentera pilihan raya GRS sudah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Menurutnya, semua parti komponen GRS bersatu dalam menghadapi PRU15 dan telahpun mencapai kata putus beberapa perjanjian termasuk menggunakan logo GRS."Jentera pilihan raya GRS di peringkat negeri dan Parlimen sudah bersedia diaktifkan semula dan semua pihak komponen juga telah membuat persiapan masing-masing dalam semangat GRS sebenar," katanya dalam kenyataan susulan pengumuman pembubaran Parlimen berkuat kuasa pada Isnin.Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah turut mengulangi pendirian bahawa kerajaan GRS-BN masih mempunyai tiga tahun untuk berkhidmat."Oleh itu, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tidak diperlukan," katanya.Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan PRU15.Bagaimanapun, semua negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor dinasihatkan untuk membubarkan DUN masing-masing supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) dapat diadakan serentak dengan PRU15.Sementara itu, dalam perkembangan lain Hajiji telah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan dan Jawatankuasa Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) untuk turun padang bagi mengendalikan dan menilai kerosakan akibat banjir yang berlaku di beberapa lokasi di Kota Kinabalu dan sekitarnya pada Ahad.Beliau juga telah mengarahkan semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah bersiap siaga sepenuhnya untuk menghadapi cuaca buruk yang mungkin akan menyebabkan lebih banyak bencana banjir dan memberi amaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati.
malay
[ "Gabungan Rakyat Sabah (GRS)", "Datuk Seri Hajiji Noor", "Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob", "Ketua Menteri Sabah", "Perdana Menteri", "Jawatankuasa Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)" ]
[ "Kota Kinabalu", "Sabah", "Sarawak", "Melaka", "Johor" ]
6
5
okay
GPS azam menang semua kerusi PRU15: Abang Johari KUCHING - Berbekalkan kejayaan cemerlang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 yang lepas, Gabungan Parti Sarawak (GPS) kini berazam untuk memenangi kesemua 31 kerusi Parlimen di negeri ini pada penampilan pertamanya pada pilihan raya umum.Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, jika semua yang mereka jangkakan menepati ramalan, tugas untuk memenangi kesemua kerusi Parlimen yang dipertandingkan di negeri ini boleh tercapai."Ini adalah pilihan raya pertama bukan seperti sebelum ini kerana GPS akan berdiri sendiri. Yang pertama dulu kita di bawah BN (Barisan Nasional). Ini adalah pilihan raya pertama kami berdiri sendiri (tanpa membuat pakatan dengan parti lain),” katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.Terdahulu, beliau yang merupakan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu.PBB ketika ini mempunyai 13 ahli Parlimen.Tiga lagi parti komponen GPS ialah Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang memegang dua kerusi Parlimen, Parti Demokratik Progresif (PDP) juga dua kerusi dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan satu kerusi.Abang Johari yang juga Premier Sarawak berkata, beberapa penyandang kerusi daripada PBB telah meluahkan hasrat mereka untuk tidak dicalonkan lagi pada plihan raya umum akan datang bagi memberi laluan kepada calon yang lebih muda mengambil alih tugas mereka."Saya akan memberitahu anda kemudian siapa mereka. Bilakah (PRU15), saya sendiri tidak tahu tapi sudah ada hasrat, namun saya tidak mahu mendedahkannya sekarang. Saya ucap terima kasihlah (kepada pemimpin yang bersedia mengundur diri)."Dalam PBB, kita ada budaya iaitu mereka (pemimpin) mengundurkan diri untuk memberi peluang kepada orang muda,” katanya.Beliau menambah, meskipun perubahan itu, asas perjuangan GPS sejak meninggalkan BN ialah mengembalikan semula hak-hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC). - Bernama
malay
[ "Tan Sri Abang Johari Tun Openg", "Gabungan Parti Sarawak", "Barisan Nasional", "Parti Pesaka Bumiputera Bersatu", "Parti Rakyat Sarawak", "Parti Demokratik Progresif", "Parti Rakyat Bersatu Sarawak", "Abang Johari", "Premier Sarawak", "Bernama" ]
[ "Kuching" ]
10
1
okay
BN perlu tawar CSA kepada gabungan parti politik SHAH ALAM - Strategi semasa BN untuk kekal sebagai sebagai pembangkang tidak akan menjadi masalah, kata Ketua Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor.Bagaimanapun menurut beliau, BN perlu menawarkan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) kepada mana-mana gabungan parti politik untuk keluar daripada kebuntuan pada ketika ini.Muhamad Nadzri berkata, perkara itu pernah dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum ini di mana gabungan berkenaan kekal bebas pada penggal yang lalu selepas mereka dijatuhkan."Tidak ada pula PH bersama-sama kerajaan Ismail Sabri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob). Tetapi mereka melakukan tadbir urus secara bersama melalui CSA itu dan benda ini juga perkara yang bagus."Kita faham BN agak ke tengah dan konservatif sikit. Ini bagus untuk semak dan imbang. Sebab kita masyarakat pelbagai ideologi, nilai, etnik, wilayah dan sebagainya tetapi perikatan tadi ini baik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak."Mereka mewakili segmen-segmen berbeza yang mana untuk kita hidup secara saksama dan bersama, perlu ada semak dan imbang," katanya ketika menjadi panel dalam Program Sinar Live bertajuk 'PM Muhyiddin atau Anwar' yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Rabu.Turut menjadi panel adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii; Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, manakala Hazwan Mokhtar bertindak sebagai moderator.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata, Dewan Tertinggi BN membuat keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.Ismail Sabri berkata, BN tidak menyokong PH mahupun Perikatan Nasional (PN).
malay
[ "Ketua Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia", "Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor", "Pakatan Harapan", "Ismail Sabri", "Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob", "Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO", "Datuk Mohd Razlan Rafii", "Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat", "Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin", "Hazwan Mokhtar", "Naib Presiden UMNO", "Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob", "Dewan Tertinggi BN", "Perikatan Nasional" ]
[]
14
0
okay
Beri peluang kepada BN kembali tadbir Selangor TANJONG KARANG - Rakyat di Selangor perlu memberi peluang kepada BN kembali mentadbir negeri ini bagi menunjukkan kecemerlangan yang pernah dilakukan semasa pentadbirannya sebelum tahun 2008.Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, tiada kejayaan boleh dibanggakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepanjang pemerintahan parti itu selama tiga penggal di negeri Selangor berbanding dengan kejayaan dibawa BN untuk membangunkan negeri ini suatu masa dahulu."Sebagai contoh, jika dulu kita ada Yayasan Selangor yang saya lihat ketika ini tidak sehebat seperti kita (BN) dulu yang dilengkapi asrama dan kemudahan lain," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Deepavali Parlimen Tanjong Karang di Kuil Sri Mahariaman Parit 4 di sini pada Isnin.Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, antara pembangunan lain dibawa ialah Stadium Shah Alam yang ketika itu menjadi salah satu daripada lambang kebanggaan di negeri ini."Kita buat stadium tetapi itu pun tidak dijaga semasa pemerintahan PH dan begitu juga bangunan dibuat oleh kerajaan negeri kita lihat banyak ada kelemahan."Saya tidak tahu apa kemegahan selama PH memerintah, sama ada ketika (Datuk Seri) Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar atau pun Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari) pada masa sekarang," jelas beliau.Katanya, beberapa pendekatan dilakukan BN untuk membantu rakyat di Selangor meskipun tidak mentadbir negeri itu."Sebagai contoh semasa saya sebagai menteri kabinet mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memansuhkan tol Batu Tiga, Shah Alam."Saya masih ingat dalam kabinet saya merayu kepada Najib minta tutup tol Batu Tiga kerana tidak lagi sesuai, namun Najib baik hati apabila beliau menutup dua tol bukan sahaja tol Batu Tiga tetapi juga tol Sungai Rasah," ujar beliau.Noh menjelaskan, lebih penting rakyat mesti mengetahui apa usaha yang telah BN lakukan untuk membantu rakyat di negeri ini.Malah katanya, semasa beliau dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga banyak peruntukan dibelanjakan kerajaan Persekutuan untuk baik pulih rumah kos rendah."Saya sendiri turun padang ke Taman Medan, PPR Selayang, Gombak dan Petaling untuk melihat sendiri keadaan di kawasan tersebut."Semasa tinjauan ke rumah terbabit amat mengejutkan kerana ketiadaan lif dan bangunan usang," katanya.
malay
[ "BN", "Tan Sri Noh Omar", "UMNO Selangor", "Pakatan Harapan", "Datuk Seri Mohamed Azmin Ali", "Datuk Seri Amirudin Shari", "Datuk Seri Najib Tun Razak" ]
[ "Selangor", "Parlimen Tanjong Karang", "Kuil Sri Mahariaman Parit 4", "Stadium Shah Alam", "Batu Tiga, Shah Alam", "Sungai Rasah", "Taman Medan", "PPR Selayang", "Gombak", "Petaling" ]
7
10
okay
Mesyuarat MT UMNO bincang usul bahas dalam PAU 2021 KUALA LUMPUR - Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat pada Khamis membincangkan mengenai usul-usul yang akan dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada Jumaat.Bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas MT yang dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada usul berkaitan soal pilihan raya dibincangkan."(Mesyuarat hari ini bincang) seperti tahun-tahun dahulu... usul atau laporan daripada wakil MT ke mesyuarat sayap. Itu sahaja," kata Naib Presiden UMNO itu kepada pemberita di sini pada malam Khamis.Mesyuarat yang berlangsung selama dua jam bermula 8.30 malam itu turut dihadiri Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan, dua Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid serta barisan ahli MT.Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri yang dirasmikan Mohamad semalam, ditangguhkan hari ini selepas sehari bersidang. - Bernama
malay
[ "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi", "Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob", "Datuk Seri Mohamad Hasan", "Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin", "Datuk Seri Mahdzir Khalid", "Mohamad" ]
[ "KUALA LUMPUR" ]
6
1
okay
Sulaiman sedia tanding kerusi Parlimen MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali bersedia untuk bertanding mana-mana kerusi Parlimen sekiranya diputuskan pucuk pimpinan parti.Beliau berkata, bagaimanapun sehingga kini belum ada keputusan yang dimaklumkan kepada beliau berkenaan calon-calon yang akan bertanding mewakili BN di enam kerusi Parlimen negeri ini."Saya orang Semenda dalam politik, dipanggil datang disuruh pergi, itu sahaja."Kalau itu disarankan oleh pihak pucuk pimpinan saya menurut apa sahaja," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Melaka 2022 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, di sini, pada Selasa.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu berkata, sebagai orang politik dan individu yang sayangkan parti beliau menerima secara terbuka apa jua keputusan pucuk pimpinan parti itu."Tidak kira kerusi empuk ke kerusi tidak empuk ke,mana-mana pun di panggil saya datang," ujar beliau.Menjawab soalan sama ada pentadbiran kerajaan negeri akan bertukar sekiranya beliau menang dalam kerusi Parlimen, Sulaiman lantas menjawab, sebarang pertukaran pentadbiran belum dibincangkan lagi.
malay
[ "Datuk Seri Sulaiman Md Ali" ]
[ "Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka" ]
1
1
okay
Ahmad Maslan lawan Hasni jawatan Ketua UMNO Pontian KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan akan merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian pada pemilihan akan datang.Jawatan tersebut ketika ini disandang oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad."Di (peringkat) bahagian, saya akan berlawan persahabatan dengan Hasni, beliau Ketua Bahagian sudah lebih 20 tahun."Jadi saya kira, saya ingin menawarkan diri supaya difikirkan oleh perwakilan untuk bahagian Pontian," katanya pada sidang media Parlimen pada Isnin.Selain itu, Ahli Parlimen Pontian itu berkata, beliau tidak akan merebut jawatan Naib Presiden walaupun ada pihak yang mahukan beliau mencabar jawatan berkenaan.Sebaliknya, Ahmad berkata, beliau akan mempertahankan kedudukannya sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dimenanginya pada pemilihan 2018.Jelasnya lagi, keputusan itu juga dibuat kerana tidak mahu memecahkan undi perwakilan Johor yang kini menyaksikan tiga calon dari negeri berkenaan bertanding merebut jawatan tersebut.Media tanya saya ttg pemilihan #UMNO. Saya tanding Ahli MKT. Skrng ini saya juga Ahli MKT & SUA. UMNO itu antara lain Untuk Memperbaiki Nasib Orang. Demi #ABATA Agama, Bangsa & Tanah Air. Saya juga tawarkan diri utk jawatan Ketua UMNO Bhg #Pontian. Moga perjuangan ini diberkati. pic.twitter.com/WSsumP6nF2— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) February 27, 2023"Di utara sudah ada Tok Det (Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid), di tengah ada Datuk Joe (Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani), Pahang ada seorang (Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail)."Cukuplah sekadar itu, saya tak perlu menambah jadi empat bagi Johor, nanti seorang pun tak menang," katanya lagi.Sehingga pencalonan ditutup semalam, tujuh calon mengesahkan bertanding bagi merebut tiga kerusi Naib Presiden pada pemilihan UMNO.Tujuh pemimpin itu termasuk dua penyandang, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Mahdzir.Turut bertanding ialah Johari, Hasni; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said; Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Wan Rosdy. - Awani
malay
[ "Ahmad Maslan", "Hasni Mohamad", "Datuk Seri Ahmad Maslan", "Datuk Seri Hasni Mohamad", "Datuk Seri Mahdzir Khalid", "Datuk Seri Johari Abdul Ghani", "Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail", "Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin", "Datuk Seri Azalina Othman Said", "Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican" ]
[ "Ketua UMNO Bahagian Pontian", "Ahli Parlimen Simpang Renggam", "Pontian", "Parlimen", "Johor", "Padang Terap", "Titiwangsa", "Pahang", "Kota Tinggi", "Pengerang" ]
10
10
okay
Sukar bentuk kerajaan tanpa gabungan parti lain: Pas KOTA BHARU - Pas menjangkakan pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sukar untuk dilaksanakan tanpa gabungan atau sokongan daripada mana-mana parti politik lain.Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, andaian itu dibuat berasaskan situasi semasa yang menunjukkan banyak parti-parti politik baharu wujud di negara ini."Kemungkinan itu ada, tapi nak kata betul atau tidak kita tidak tahu kerana PRU15 belum berlaku. Bila PRU15 barulah kita boleh tahu"Dengan suasana politik, adanya banyak parti, kecelaruan isu yang ada berkemungkinan besar tidak ada mana-mana parti dominan untuk memerintah. Untuk bentuk kerajaan kena ada sokongan parti lain," katanya selepas ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Kelantan di Padang Majlis Daerah Ketereh, di sini pada Rabu.Beliau berkata, oleh itu semua pihak perlu terbuka jika wujudnya kerajaan campuran selepas ini.Katanya, dari segi cara pembentukan perlu menunggu selepas PRU15.Akhbar tempatan pada Selasa melaporkan, veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li meramalkan parti politik yang bertanding pada PRU15 kali ini dilihat sukar untuk mendapat majoriti mudah sekali gus membentuk kerajaan.
malay
[ "Pas", "Datuk Mohd Amar Abdullah", "Tengku Razaleigh Hamzah", "Ku Li", "UMNO" ]
[ "Padang Majlis Daerah Ketereh", "Kelantan", "Kota Bharu" ]
5
3
okay
Bubar Parlimen perlu ambil pandangan kabinet: Hamzah KOTA KINABALU - Keputusan untuk pembubaran Parlimen perlu mengambil pandangan daripada peringkat kabinet, tegas Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin.Beliau berkata, perkara itu sudah termaktub dalam Perlembagaan yang mengatakan bahawa Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubarkan Parlimen selepas berbincang dengan kabinet."Orang kata, tak payah, (sebab) dulu-dulu tak payah (bincang di kabinet). Dulu-dulu tak payah kerana ia dominan, satu parti saja BN, sekarang ini banyak parti dalam kerajaan."Jadi dia (Perdana Menteri) kena ambil pandangan daripada kabinet sebelum membuat keputusan kerana ada dalam Perlembagaan."Ada orang kata, tak boleh sebab Perdana Menteri itu berkuasa, dia boleh pecat semua ini untuk dia buat keputusan. Tak apalah, dia pecat saja menteri-menteri yang lain dari parti beliau, maknanya dia sudah hilang majoriti. Dia hilang majoriti, dia tak boleh nasihat Yang di-Pertuan Agong, lagi, dia hanya minta saja," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika ditanya pemberita berhubung pendirian Bersatu berhubung pimpinan tertinggi UMNO yang mahu PRU diadakan pada tahun ini juga.Hamzah bagaimanapun berkata, keputusan itu terpulang juga kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan pembubaran Parlimen.Jadi kena fikir panjanglah. Kadang-kadang UMNO ini tak fikir panjang, ini masalah kita. Sebab itu saya fikirkan bahawa kepentingan rakyat segala apa yang kita lakukan untuk kepentingan rakyat."Jadi biarlah rakyat faham siapa yang berhemah mengikut rukun negara ini. Kerana kita nak rakyat yang kita dahulukan, negara ini yang kita tentukan tujuan dan matlamat visi kita," katanya.Sebelum itu, Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri hadir pada sesi Townhall Program Kita Demi Negara Zon Sabah yang diadakan di pekarangan Kompleks Sukan Likas, di sini.
malay
[ "Datuk Seri Hamzah Zainudin", "Perdana Menteri", "Yang di-Pertuan Agong", "Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah", "Hamzah", "Menteri Dalam Negeri" ]
[ "Kota Kinabalu", "Kompleks Sukan Likas" ]
6
2
okay
'Cari kesalahan orang lain untuk nampak hebat' - Radzi KUALA LUMPUR - Pendakwaan yang berlaku ke atas Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai alasan untuk menutup kegagalan kerajaan pada hari ini.Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mendakwa, kerajaan hari ini hanya mencari alasan untuk menunjukkan kehebatan dengan menjadikan Muhyiddin sebagai mangsa pertama.Katanya, mereka semakin tertekan dan risau akan menimbulkan kemarahan rakyat memandangkan tiada sebarang perubahan yang dilakukan dalam pentadbiran kerajaan."Semuanya sama, belanjawan 2023 pun salin dan tampal, 'copy and paste' sahaja. Rakyat harap kerajaan dapat buat yang terbaik jadi kalau macam ini perlulah cari alasan."Orang bila dia sudah gagal tetapi mahu nampak diri hebat perlu cari kesalahan orang lain. Jadi, mangsa pertama mereka adalah bekas Perdana Menteri, " katanya pada Ahad.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam penggulungan sempena Perhimpunan Agung Bersatu di Menara PGRM di sini.Pada Jumaat, Muhyiddin berdepan enam pertuduhan salah guna kuasa untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022 lalu.Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, Ahli Parlimen Pagoh ini didakwa sebagai seorang pegawai badan awam, iaitu Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu, telah menggunakan kedudukan untuk suapan wang berjumlah RM232.5 juta daripada seorang individu iaitu Azman Yusoff, 51 dan tiga syarikat, Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd serta Mamfor Sdn Bhd, bagi sekutu parti itu.Bagi dua lagi pertuduhan, Muhyiddin selaku Presiden parti itu, didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity, yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu.
malay
[ "Radzi", "Tan Sri Muhyiddin Yassin", "Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin", "Muhyiddin", "Azman Yusoff" ]
[ "KUALA LUMPUR", "Menara PGRM", "Pagoh", "CIMB Bank" ]
5
4
okay
PRU15: #ZahidLetakJawatan trending di Twitter SHAH ALAM - Desakan agar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berundur mula kedengaran selepas keputusan semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan BN agak ketinggalan jauh di belakang dua pesaing utamanya iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).Tinjauan Sinar Harian mendapati tanda pagar #ZahidHamidiLetakJawatan trending di Twitter dengan lebih 260 ciapan setakat jam 1.26 pagi Ahad.Selain itu, kata kunci ‘Zahid Hamidi’ juga trending di Twitter apabila mendapat lebih 600 ciapan di Twitter.Seorang pengguna Twitter yang juga Exco BN, Ali Amir Razali menyuarakan rasa tidak puas hati beliau kepada Ahmad Zahid yang disifatkannya membuat keputusan hanya untuk ‘menyelamatkan diri sendiri’.Setakat jam 1 pagi Ahad, keputusan rasmi PRU15 menyaksikan BN hanya memperoleh 22 kerusi berbanding pesaingnya PN dengan 49 kerusi dan PH (46).Sebelum ini, Ahmad Zahid merupakan individu yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen bagi menyegerakan PRU15, di sebalik desakan pelbagai pihak termasuk pimpinan di dalam UMNO untuk menangguhkan langkah tersebut.Tindakan beliau yang juga Pengerusi BN menggugurkan beberapa pimpinan nama besar BN yang sebelum ini merupakan menteri di bawah pentadbiran Ismail Sabri turut menimbulkan persoalan dalam kalangan ahli parti itu.Dalam pada itu, turut mencadangkan pengunduran Ahmad Zahid ialah bekas Setiausaha Agung BN yang merupakan antara penyandang ahli Parlimen digugurkan sebagai calon pada PRU15 iaitu Tan Sri Annuar Musa.Akhirnya igauan buruk yang saya gambarkan selama ini dan minta dielakkan benar-benar terjadi.Dukacita teramat sangat. AI-Quran itu benar. Perpecahan menjadikan kamu lemah dan hilang kekuatan.“Kami anjurkan muafakat, kami dilabel tidak setia. Kami minta jangan berpecah, kami yang menerima padah. Kini, ke mana kita nak dibawa?, mahu menjalin jajaran yang kita tolak? mahu melanggar keputusan PAU (Perhimpunan Agung UMNO) dan parti sekali lagi?“Undurlah, cukuplah kebinasaan ini dan dengar suara rakyat serta fahami kehendak rakyat. Jangan sombong,” ujarnya.Ahmad Zahid ketika ini masih berhadapan dengan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) di Mahkamah Tinggi.
malay
[ "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi", "Ali Amir Razali", "Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob", "Tan Sri Annuar Musa" ]
[ "SHAH ALAM", "Mahkamah Tinggi" ]
4
2
okay
Sanusi menghadap Sultan Kedah mohon perkenan tarikh bubar DUN ALOR SETAR - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menerima menghadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman di sini pada Ahad.Baginda berangkat tiba di pekarangan Wisma Darul Aman di sini sambil melambai tangan kepada petugas media kira-kira jam 10.26 pagi.Sebelum itu, Muhammad Sanusi tiba kira-kira jam 10.22 pagi untuk menghadap Sultan Sallehuddin bagi mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Jun ini.Pada 15 Jun lepas, Muhammad Sanusi memaklumkan Kedah bercadang membubarkan DUN pada 28 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).Beliau memaklumkan akan menghadap Sultan Sallehuddin untuk mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran pada 25 Jun.Enam negeri akan melaksanakan PRN pada tahun ini termasuk Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.Untuk rekod, Pas memiliki kerusi DUN tertinggi dengan 14 kerusi, diikuti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan enam kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan lima kerusi, Amanah dengan tiga kerusi manakala UMNO,Pejuang, DAP masing-masing dengan dua kerusi di Kedah.Dua kerusi kosong iaitu Gurun berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul melepaskan jawatannya, manakala Belantek akibat kematian Belantek Datuk Mohd Isa Shafie akibat masalah kesihatan pada 14 Jun lepas.
malay
[ "Sanusi", "Sultan Kedah", "Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah", "Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor", "Muhammad Sanusi", "Datuk Johari Abdul", "Datuk Mohd Isa Shafie", "Pas", "Parti Pribumi Bersatu Malaysia", "Parti Keadilan Rakyat", "Amanah", "UMNO", "Pejuang", "DAP" ]
[ "Wisma Darul Aman", "Alor Setar", "Gurun", "Belantek" ]
14
4
okay
Cadang SPRM laksana beberapa langkah tambahan selain IBR SHAH ALAM, 29 JAN: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beberapa langkah tambahan seperti menandatangani borang pengisytiharan kepentingan yang dilaksanakan Kerajaan Negeri. “Menandatangani IBR sahaja tidak mencukupi. Kami mencadangkan beberapa langkah tambahan di mana sebelum mesyuarat dimulakan, Exco Selangor perlu menandatangani borang pengisytiharan kepentingan. “Perkara sama juga sudah diamalkan dalam syarikat milik kerajaan negeri. Kita tidak boleh mempunyai kepentingan sama ada diri sendiri atau keluarga dalam setiap kertas yang dibincangkan dalam mesyuarat,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan di Dewan Jubli Perak di Bangunan Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini. Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri sudah menghantar surat rasmi dua bulan lalu berhubung dakwaan SPRM tentang keengganan Kerajaan Negeri menandatagani IBR, namun tiada maklum balas diterima sehingga kini. “Saya turut akan mengadakan pertemuan dengan Pengarah SPRM Selangor yang baharu, Datuk Alias Salim, dalam masa terdekat untuk berbincang dan menjelaskan kedudukan Kerajaan Negeri,” katanya.
malay
[ "Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali", "Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia", "Dato’ Menteri Besar", "Exco Selangor", "Datuk Alias Salim" ]
[ "Bangunan Kerajaan Negeri (SUK), Shah Alam, Selangor" ]
5
1
okay
PRU15: 'Saya tak terfikir nak jadi PM' - Tengku Zafrul KUALA SELANGOR - Calon BN Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak berhasrat menjadi Perdana Menteri kerana tumpuannya pada masa ini hanyalah untuk membantu rakyat dan berkhidmat untuk negara.Tengku Zafrul berkata, sebagai pemimpin yang baharu menyertai politik, fokus utama beliau ialah untuk memastikan kemenangan BN di Parlimen Kuala Selangor."Fokus (utama saya) tentulah untuk meneruskan khidmat kepada rakyat dan negara," katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau mempunyai cita-cita menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti selepas menyertai politik secara aktif dan menjadi calon BN.Tengku Zafrul yang ditemui semasa lawatan beliau ke Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini pada Rabu memberitahu, soal sesiapa menawarkan untuk menjadi Perdana Menteri terpulang kepada individu terbabit."Bagi saya tidak terfikir pun soal jadi perdana menteri, sebaliknya fokus saya hanyalah untuk rakyat dan negara," ujar beliau.Pada 9 November lalu, calon BN Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyuarakan hasrat memimpin UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri, satu hari nanti.Bagaimanapun, Menteri Kesihatan itu menjelaskan jawatan itu bukan menjadi hasratnya ketika ini kerana persetujuan sudah dicapai bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang disifatkan sebagai kekandanya, akan menjadi Perdana Menteri jika BN memenangi PRU15.
malay
[ "Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz", "Khairy Jamaluddin Abu Bakar", "Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob" ]
[ "Parlimen Kuala Selangor", "Bank Simpanan Nasional (BSN), Kuala Selangor", "Parlimen Sungai Buloh" ]
3
3
okay
Khairuddin sokong Pas runding kerusi berisiko SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyokong saranan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk berunding dengan UMNO bagi menyelamatkan 27 kerusi Parlimen berisiko agar tidak jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas itu berkata, perkara ini juga merupakan sebahagian semangat Muafakat Nasional (MN) yang perlu dihidupkan.“Saya sangat menyokong saranan Datuk Seri Tuan Ibrahim untuk berunding kerusi-kerusi berisiko ini. Ini sebahagian semangat MN yang perlu dihidupkan.“Pada kerusi yang pilihan utamanya ialah antara Pas dan UMNO sahaja seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah boleh berlangsung persaingan politik yang sihat ala pertandingan adik-beradik bagi menghidupkan demokrasi. Ia adil untuk semua,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Khamis.Tuan Ibrahim sebelum ini dilaporkan bahawa Pas dan UMNO harus kembali kepada wadah MN untuk menyelamatkan 27 kerusi Parlimen berisiko agar tidak jatuh ke tangan PH jika dua parti terbesar itu bertembung pada PRU15.Mohd Khairuddin yang merupakan bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menambah, pertandingan kerusi yang pilihan utama antara Pas dan UMNO itu juga sebahagian daripada semangat MN.“Itu juga sebahagian semangat MN. Semua pilihan-pilihan tersebut telah ada dalam perbincangan MN sebelum ini,” jelasnya.
malay
[ "Khairuddin Aman Razali", "Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali", "Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man", "Datuk Seri Tuan Ibrahim", "Mohd Khairuddin" ]
[ "Kuala Nerus", "Kelantan", "Terengganu", "Pahang", "Kedah", "Shah Alam" ]
5
6
okay
PAU 2022: Tidak tolak kemungkinan wujud 'pengundi hantu' KUALA LUMPUR - Naib Ketua UMNO Bahagian Klang, Mohd Rozaimi Idin tidak menolak kemungkinan wujud cubaan untuk membawa masuk 'pengundi hantu' bagi meluluskan usul tambahan supaya tidak membenarkan dua jawatan tertinggi dalam parti itu dipertandingkan.Beliau turut mengesahkan bahawa penanda kedudukan perwakilan yang sepatutnya diletakkan di kerusi Dewan Merdeka itu telah ditanggalkan."Perkara itu saya boleh sahkan bahawa penanda perwakilan tersebut telah dicabut (dari tempat duduk)."Perwakilan yang masuk tadi pun ramai yang keliru kerana ada yang tersalah tempat dan sebagainya."Jadi, saya tak pasti ada gerakan-gerakan seperti (pengundi hantu) itu berlaku, tetapi kemungkinan besar (ada)," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian pada Sabtu.Pada Sabtu, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi gambaran isu pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO mencetuskan satu lagi ‘perkembangan terbaharu’ susulan wujud dakwaan ada cubaan untuk membawa masuk 'pengundi hantu' bagi meluluskan usul tambahan supaya tidak membenarkan dua jawatan tertinggi dalam parti itu dipertandingkan.Khairy menerusi satu rakaman video berkata, beliau difahamkan ‘tag’ atau penanda kedudukan perwakilan yang sebelum ini diletakkan di kerusi Dewan Merdeka telah pun ditanggalkan.
malay
[ "Mohd Rozaimi Idin", "Khairy Jamaluddin Abu Bakar" ]
[ "Kuala Lumpur", "Dewan Merdeka" ]
2
2
okay
Muhyiddin tidak perlu bersikap mempertahankan diri BATU KAWAN - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu terlalu bersikap mempertahankan diri selepas menghadapi enam pertuduhan salah guna kuasa rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022 lalu.Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia merupakan siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan perlu dihormati."Saya ingat lagi macam mana ketika kes siasatan terhadap UMNO dibuat dulu, Muhyiddin berkata, ia hanya satu proses siasatan yang dijalankan oleh SPRM dan semua pihak perlu menghormatinya."Dan ketika ini, ia proses sama yang sedang dijalankan oleh SPRM. Seperti Perdana Menteri kata, proses ini tiada campur tangan kerajaan. Saya rasa ada banyak lagi kes mahkamah melibatkan ahli Parlimen di kedua-dua belah pihak."Oleh itu, biar proses ini berjalan dan tidak perlu rasa untuk pertahankan diri. Jika mahu, gunakan mahkamah untuk membersihkan nama," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Karnival Alam Kita 2023 di Stadium Batu Kawan pada Ahad.Pada Jumaat, Muhyiddin mempersoalkan bagaimana Jabatan Peguam Negara boleh membuat keputusan lebih awal untuk mendakwanya sedangkan beliau belum memberikan sebarang kenyataan kepada SPRM.Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, beliau mengetahui keputusan untuk mendakwa dirinya sudah dibuat oleh kerajaan walaupun siasatan belum dilengkapkan.Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia perlu memberi tumpuan kepada kes beliau termasuk menjawab segala pertuduhan terhadapnya di mahkamah.Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam pada itu mengulangi kenyataannya bahawa beliau tidak campur tangan dalam perkara tersebut.
malay
[ "Muhyiddin", "Tan Sri Muhyiddin Yassin", "Nik Nazmi Nik Ahmad", "Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)", "Perdana Menteri", "Datuk Seri Anwar Ibrahim", "Anwar" ]
[ "BATU KAWAN", "Stadium Batu Kawan" ]
7
2
okay
'Walau diperli, Pas tetap pilih UMNO, Bersatu' ALOR SETAR - Pas tetap mahu bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) demi agenda penyatuan ummah walaupun menerima pelbagai cercaan dan kata-kata negatif.Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, Pas telah menetapkan naratif berkenaan daripada hanya memilih antara satu untuk didampingi ketika ini.Katanya, ia adalah usaha ke arah mengutamakan perpaduan demi masa depan generasi akan datang."Wartawan selalu tanya, Pas nak pilih yang mana, Bersatu ka UMNO? dak, kami pilih dua-dua."Setakat hari ini naratif itulah keputusan yang ada pada kita, biar rakyat menilai, biar rakyat mencerca, perli macam-macam sekalipun, kita tetap nyatakan perpaduan ini penting," katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Ijtimak Pilihan Raya Pas Pusat di Kompleks Pas Kota Sarang Semut di sini pada Sabtu.Menurut Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), aspek perpaduan amat perlu diberi perhatian kerana perpecahan yang berlaku mungkin akan mengulangi kejadian pada keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)."Kalau kita asyik bercakap tentang perebutan kuasa dan jawatan, apa akan terjadi pada anak cucu kita pada masa akan datang?"Kalau berlaku perpecahan dalam kalangan kita, adakah dah terhantuk baru nak tengadah? Fikirkan tentang itu kerana kita tidak mahu apa yang berlaku dalam PRU14 berulang lagi," katanya.Bagaimanapun, Idris berkata, di pihak Pas, mereka telah melancarkan jentera dan beliau percaya, masing-masing sudah pun melakukan tugas dalam setiap aspek di semua peringkat.
malay
[ "Pas", "UMNO", "Parti Pribumi Bersatu Malaysia", "Bersatu", "Datuk Idris Ahmad", "Idris" ]
[ "ALOR SETAR", "Kompleks Pas Kota Sarang Semut" ]
6
2
okay
Saya lantang tetapi saya bukan Azmin Ali: Rafizi SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menegaskan beliau akan terus bersikap lantang meskipun tegurannya terhadap parti akan menyebabkan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkecil hati.Sebaliknya menegaskan, beliau tidak akan sesekali mengikut jejak bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengkhianati parti selepas menabur pelbagai janji mengenai kesetiaan terhadap PKR dan Ahli Parlimen Port Dickson itu.“Saya nak sebut kepada Anwar Ibrahim, saya mungkin lantang tetapi saya bukan Azmin Ali. Saya sudah buktikan tidak berminat dengan jawatan menteri atau jawatan awam. Kalau Anwar ingat pada Ramadan 2021, beliau pujuk kalau ada kesempatan di Putrajaya, boleh atau tidak tolong pertimbangkan tempat, saya tidak bagi kata ‘ya atau tidak’ sebab saya tidak berminat.“Semasa PKR menang pada 2018, saya kembali menjadi orang biasa, tidak menyandang sebarang jawatan dan tidak dapat satu sen (namun) tidak pernah kesal kerana itu pilihan saya. Saya masuk ke dalam parti ini bukan untuk jawatan.“Cuma kalau saya kritik maknanya kamu yang pegang jawatan, jangan hampakan harapan dan tanggungjawab yang kami letak,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional PKR ke-16 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) pada Ahad.Sebelum ini Anwar dilaporkan tidak terkesan dengan kritikan Rafizi sebaliknya sudah terbiasa dengan situasi sedemikian kerana Timbalan Presiden PKR yang baharu itu memang bersikap lantang.Rafizi dan Anwar bersalaman di pentas utama ketika sesi penggulungan Kongres Nasional PKR ke-16 di IDCC pada Ahad. -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKORTeguran tersebut dibuat susulan Rafizi berkata parti harus menerima hakikat yang Anwar telah hilang populariti dan mengingatkan supaya barisan kepimpinan yang baharu untuk tidak membodek atau mempertahankan presiden apabila dikritik.Sementara itu Rafizi turut mengingatkan Anwar bahawa beliau bukan individu yang menabur janji manis tetapi tikam belakang dengan merujuk kepada perbuatan Azmin.“Saya tidak pernah berjanji semasa Anwar dalam penjara, akan pecah tembok penjara untuk bebaskan dia. Depan janji, belakang dia pergi runding dia nak jadi calon Perdana Menteri. Saya memang tidak angkat, julang, atau puji, kalau presiden nak kecil hati, kecil hatilah.“Saya harap dihakimi dan diadili dengan usaha, kerja dan konsistensi saya menyebut beberapa perkara sebab semasa Anwar dalam penjara, kami tunggu tembok (penjara) tak pecah-pecah, akhirnya kami terpaksa keliling satu Malaysia untuk memenangkan ahli kerana yakin hanya dengan kemenangan PKR akan dapat membebaskan Anwar dari penjara.“Ini janji saya kepada parti, saya akan terus bercakap seperti ini (lantang), mulut saya tak akan manis sampai bila-bila, saya tak reti cakap berlapik sebab saya berpandangan berbeza. Apatah lagi kalau kita berada di tempat memikul tanggungjawab dan amanah untuk jaga rakyat dan negara,” ujarnya.Sementara itu Rafizi turut memohon diberi mandat memimpin persiapan jentera parti menjelang PRU15.“Kita kena memperkemaskan persiapan menghadapi PRU15 secepat mungkin dengan memperkuatkan jentera parti. Kita tidak ada masa yang panjang, kalau pilihan raya tiga atau empat bulan daripada sekarang, masanya cukup pendek.“Banyak yang kita kena buat dan saya akan mula turun ke kawasan Parlimen tumpuan bermula minggu pertama Ogos ini. Saya minta selepas ini pimpinan MPP sama-sama turun ke negeri dan cabang dalam tempoh dua, tiga minggu daripada sekarang untuk bertemu serta perbetulkan jentera.“Anda telah dipilih, sekarang adalah masa untuk melaksanakan tanggungjawab dan yang penting ialah membela maruah parti dalam pilihan raya nanti,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional PKR ke-16 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) pada Ahad.Dalam pada itu Rafizi turut mencadangkan penubuhan Koperasi Keadilan bagi memberi kemudahan kepada anggota parti selain dapat membantu rakyat menjana pendapatan.
malay
[ "Rafizi Ramli", "Anwar Ibrahim", "Mohamed Azmin Ali" ]
[ "Pusat Konvensyen Ideal (IDCC)" ]
3
1
okay
PRN: Pembahagian kerusi akan dimuktamadkan segera - Anwar KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan pembahagian kerusi membabitkan parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan dimuktamadkan segera.Anwar menjelaskan perbincangan itu masih diteruskan oleh jawatankuasa yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan."(Agihan kerusi PRN) dalam proses... akan dimuktamad dalam masa singkat."Kemajuan baik. Tapi kita tak bincang perincian (dalam mesyuarat malam ini) sebab ada jawatankuasa yang terlibat akan berbincang," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan kali kedua di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad.Mesyuarat kali kedua itu turut dihadiri pemimpin utama UMNO dan Barisan Nasional (BN), termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri.Selain itu turut hadir, Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
malay
[ "Datuk Seri Anwar Ibrahim", "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi", "Datuk Seri Fadillah Yusof", "Anthony Loke Siew Fook", "Datuk Seri Ahmad Maslan", "Tan Sri Abang Johari Tun Openg" ]
[ "Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur" ]
6
1
okay
Kejutan PRU15, nama besar pun tewas PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini menyaksikan pelbagai kejutan termasuk kejatuhan ‘pemimpin gergasi’ dalam politik negara.Mengejutkan lagi adalah apabila salah seorang nama besar tersebut adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA).Beliau yang bertanding di kerusi Parlimen Langkawi itu tewas pada calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Suhaimi Abdullah yang berjaya mendapat sebanyak 25,463 undi.Dr Mahathir merupakan calon tertua dalam sejarah PRU, namun kali ini gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi daripada rebutan calon-calon lima penjuru termasuk daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), PN dan Bebas.Dalam pada itu, PRU kali ini juga memberi tamparan yang besar terhadap veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah apabila kalah buat pertama kalinya dalam sejarah karier politik beliau selama lebih 50 tahun.Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li menyertai pilihan raya sejak 1969 melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Kelantan Barat dan merupakan penyandang kerusi Parlimen Gua Musang selama 12 penggal.Namun begitu, rekod kemenangan Ku Li sebagai ‘gergasi politik’ itu tidak berkekalan lama apabila PRU15 menyaksikan beliau kalah tipis kepada calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Azizi Abu Naim dengan majoriti 163 undian.Selain itu, PRU15 turut memperlihatkan kekalahan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar apabila tewas pada Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan di Parlimen Permatang Pauh.Muhammad Fawwaz berjaya menawan kubu kuat PKR sejak 1982 itu melalui pengumpulan undi sebanyak 37,638 selepas mengalahkan Nurul Izzah yang hanya meraih 32,366 undi.Di samping itu, Pengerusi Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga mengikuti jejak langkah ayahnya apabila gagal mempertahankan kerusi Parlimen Jerlun dengan hanya 3,144 undi berbanding calon PN, Dr Abd Ghani Ahmad yang meraih 31,685 jumlah undi.Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof juga tewas kepada calon PN, Mohd Misbabul Munir di Parlimen Parit Buntar.Mohd Misbabul berjaya merampas kerusi Parlimen berkenaan dengan majoriti 5,395 undi selepas memperoleh 23,223 undi berbanding Mujahid sebanyak 17,828 undi.Selain itu, Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga gagal mempertahankan rekodnya dalam menjaga Parlimen Putrajaya sejak 18 tahun yang lalu apabila Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berjaya mendahului undi dengan majoriti 830 undi.Kekalahan tersebut ternyata memberi kejutan kepada Tengku Adnan apabila kerusi Parlimen Putrajaya yang dijaganya selama empat penggal itu akhirnya jatuh ke tangan calon PN.Pada masa yang sama, calon PKR, Rodziah Ismail berjaya menawan semula kerusi Parlimen Ampang dan menewaskan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin dengan kemenangan majoriti 29,681.Menurut keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Rodziah yang menang di bawah tiket Pakatan Harapan (PH) berjaya memperoleh undi sebanyak 56,754 undi menewaskan lapan calon lain yang bertanding.Rodziah mendahului calon PN, Sasha Lyna Abdul Latif yang memperoleh 27, 073 undi dan calon BN, Ivone Low Yi Wen yang memperoleh 11, 509 undi dan calon Gerakan Tanah Air, Dr Nurul Ashikin Mabahwi yang memperoleh 2,653 undi.Pada PRU14 lalu, Zuraida yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika itu memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 41,956 undi dalam saingan empat penjuru.Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir juga tewas kepada calon PN, Nordin Ahmad Ismail di kerusi Parlimen Lumut.Bekas Menteri Besar Perak itu kalah apabila memperoleh undi 24,849 berbanding Nordin yang mendapat 25,212 jumlah undi.
malay
[ "Tun Dr Mahathir Mohamad", "Datuk Suhaimi Abdullah", "Tengku Razaleigh Hamzah", "Ku Li", "Mohd Azizi Abu Naim", "Nurul Izzah Anwar", "Muhammad Fawwaz Mohamad Jan", "Datuk Seri Mukhriz Mahathir", "Dr Abd Ghani Ahmad", "Datuk Seri Dr Mujahid Yusof", "Mohd Misbabul Munir", "Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor", "Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin", "Rodziah Ismail", "Datuk Zuraida Kamaruddin", "Sasha Lyna Abdul Latif", "Ivone Low Yi Wen", "Dr Nurul Ashikin Mabahwi", "Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir", "Nordin Ahmad Ismail" ]
[ "Parlimen Langkawi", "Parlimen Gua Musang", "Parlimen Permatang Pauh", "Parlimen Jerlun", "Parlimen Parit Buntar", "Parlimen Putrajaya", "Parlimen Ampang", "Parlimen Lumut" ]
20
8
okay
Eddin Syazlee digugurkan sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith digugurkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan berkuat kuasa serta-merta.Perkara berkenaan disahkan oleh Setiausaha PN Negeri Sembilan, Nazree Yunus.Menurut Nazree, kepimpinan PN Negeri Sembilan turut dimaklumkan mengenai perkara tersebut ketika dalam mesyuarat lewat petang Rabu."Kebetulan semalam kami ada mesyuarat dan beliau maklumkan yang kami perlu terus gerak kerja. Itu nasihat daripada dia... selain meminta kami bertenang serta akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti."Ya... beliau juga menerima dengan hati yang terbuka berhubung perkara tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.Sementara itu, makluman mengenai pengguguran Eddin Syazlee daripada jawatan tersebut tular di aplikasi WhatsApp sejak Khamis.Berdasarkan mesej tular berkenaan, Eddin Syazlee menjelaskan surat penggugurannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Negeri Sembilan diterimanya melalui WhatsApp.Katanya, sebagai ahli parti beliau akur dan menerima keputusan tersebut."Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat ahli jawatankuasa yang banyak berkorban membantu saya sepanjang saya menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Badan Perhubungan Negeri/Pengerusi Bersatu Negeri."...Dan Majlis Tertinggi PN malam tadi telah dimaklumkan mengenai pelantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Negeri Sembilan berkuat kuasa serta merta," katanya.ARTIKEL BERKAITAN:'Hanya pertukaran biasa, tiada isu' - Eddin SyazleeARTIKEL BERKAITAN:Ahmad Faizal Pengerusi PN Negeri Sembilan yang baharu
malay
[ "Eddin Syazlee Shith", "Nazree Yunus", "Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu" ]
[ "Negeri Sembilan", "Kuala Pilah" ]
3
2
okay
4,326 borang pencalonan PRU15 telah terjual: SPR PUTRAJAYA - Sebanyak 4,326 borang pencalonan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah dijual setakat hari ini di seluruh negara.Menurut statistik dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daripada jumlah itu 3,036 adalah borang penamaan calon Parlimen manakala 1,290 lagi bagi DUN.Di peringkat Parlimen, Sabah mencatatkan penjualan borang tertinggi iaitu 716, diikuti Perak (326), Selangor (266), Kelantan (262), Johor (253), Pulau Pinang (219), Kuala Lumpur/Putrajaya (163), Kedah (150), Pahang (144), Terengganu (118), Sarawak (100) dan Melaka (73).Perlis yang hanya mempunyai tiga kawasan Parlimen menarik perhatian apabila mencatatkan jualan 52 borang pencalonan Parlimen, jauh lebih tinggi berbanding Negeri Sembilan yang mempunyai lapan kerusi Parlimen namun hanya 24 borang terjual setakat ini.Selain itu, ibu pejabat SPR, di sini, turut mencatatkan jualan borang calon Parlimen sebanyak 170.Di peringkat DUN, jualan borang terbanyak adalah di Perak iaitu sebanyak 654, Pahang (422) dan Perlis 153 manakala jualan borang calon DUN di ibu pejabat SPR pula adalah sebanyak 61.SPR menetapkan esok (Jumaat) sebagai hari penamaan calon PRU15, 19 November ini sebagai tarikh pengundian manakala pengundian awal pada 15 November.PRU15 melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15).Turut diadakan serentak adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah. - Bernama.
malay
[ "Suruhanjaya Pilihan Raya", "SPR", "Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)", "Sabah", "Perak", "Selangor", "Kelantan", "Johor", "Pulau Pinang", "Kuala Lumpur", "Putrajaya", "Kedah", "Pahang", "Terengganu", "Sarawak", "Melaka", "Perlis", "Negeri Sembilan", "DUN Bugaya" ]
[ "Putrajaya", "Sabah", "Perak", "Selangor", "Kelantan", "Johor", "Pulau Pinang", "Kuala Lumpur/Putrajaya", "Kedah", "Pahang", "Terengganu", "Sarawak", "Melaka", "Perlis", "Negeri Sembilan" ]
19
15
okay
Pemuda Pas Selangor terima kunjungan pegawai Kedutaan Jepun SHAH ALAM - Tsunami Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang menyaksikan Pas berjaya menang 49 kerusi Parlimen telah menarik minat Pegawai Diplomatik Kedutaan Jepun untuk bertukar pandangan.Pada Selasa, Pemuda Pas Selangor telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Diplomatik Kedutaan Jepun, Masubuchi Kana di Pejabat An-Munir Centre, Bandar Rimbayu pagi Rabu dan disambut Ketuanya, Mohamed Sukri Omar.Pada pertemuan tersebut, beberapa topik dibincangkan termasuk persoalan Masubuchi Kana berkenaan keputusan PRU15 lalu yang menyaksikan peningkatan sokongan pengundi kepada PN dan PasMohamed Sukri menjelaskan, keputusan yang diperoleh tersebut merupakan kehendak anak muda yang mahukan sebuah kerajaan yang bersih dan stabil seperti yang dilaungkan PN Best bertemakan ‘Prihatin, Bersih dan Stabil'.“Keputusan ini adalah tsunami orang muda yang terkesan dengan salah guna kuasa yang diamalkan kepimpinan oleh UMNO dan BN di samping beberapa perubahan yang perlu diambil atau dibuat tindakan parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya."Antara faktor kemenangan ialah pendekatan secara lebih santai melalui media sosial yang dibawakan Pas terhadap golongan muda membolehkan parti itu lebih popular dan sinonim dalam kalangan pengundi baharu," katanya.Beliau berkata, agenda besar yang dibawa Pas adalah kefahaman terhadap perpaduan ummah dan berusaha menyatukan orang Islam dalam Perikatan Nasional (PN), BN serta kaum lain yang tidak ekstrem.Ujarnya, kemenangan Pas satu motivasi buat parti itu menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.
malay
[ "Pemuda Pas Selangor", "Masubuchi Kana", "Mohamed Sukri Omar" ]
[ "Pejabat An-Munir Centre, Bandar Rimbayu", "Kedutaan Jepun" ]
3
2
okay
Siasat menyeluruh dakwaan ketirisan RM4 bilion JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengambil tindakan susulan pendedahan DatuK Seri Anwar Ibrahim yang mengenal pasti RM3 bilion hingga RM4 bilion bocor ke parti dan tokoh tertentu.Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, SPRM dan PDRM perlu segera melakukan siasatan secara menyeluruh."Rakyat dan ahli-ahli Parlimen akan menyokong usaha Perdana Menteri untuk membanteras rasuah."Saya ingin mengingatkan bahawa pendedahan demi pendedahan hal rasuah, ketirisan dan kebocoran tidak akan sampai ke mana-mana jika tiada tindakan siasatan dan pendakwaan dilakukan."Dalam memerangi rasuah, kaedah sekadar retorik sahaja tidak diperlukan. Apa yang diperlukan ialah siasatan secara forensik ke akar umbi hal ketirisan dan kebocoran itu berlaku kerana ini duit negara dan duit rakyat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Anwar dalam majlis dialog Belanjawan 2023 di Putrajaya pada Selasa menegaskan Malaysia mampu menyelamatkan sehingga RM10 bilion kebocoran dalam sistem perolehan kerajaan sekiranya amalan rasuah dapat dihentikan di semua peringkat.Mengulas lanjut, Hassan berkata, siasatan tersebut perlu diteruskan ke peringkat pendakwaan kerana tiada gunanya siasatan sekiranya fail kes berkenaan ditutup selepas disiasat.Beliau yang juga seorang peguam berkata, pendakwaan mesti cekap serta professional dan kes yang akan dibawa ke mahkamah mesti kukuh daripada segi fakta dan undang-undang supaya penjenayah kolar putih ini tidak boleh terlepas."Walau apapun, permulaan yang baik dan positif telah diambil inisiatif oleh Perdana Menteri. Maka agensi lain seperti SPRM, PDRM dan Jabatan Pendakwa Raya serta Peguam Negara tidak boleh berpeluk tubuh sahaja," katanya.
malay
[ "DatuK Seri Anwar Ibrahim", "Hassan Abdul Karim", "Perdana Menteri", "Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)", "Polis Diraja Malaysia (PDRM)" ]
[ "Putrajaya", "Johor Bahru", "Pasir Gudang" ]
5
3
okay
Amanah pasti ada dalam kabinet baharu SHAH ALAM - Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui wakil ahli Parlimen parti itu bakal mengisi komposisi kabinet, namun menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menentukan portfolio berkaitan.Jelas Naib Presidennya, Datuk Seri Mujahid Yusof, jawatan bagi menteri kabinet untuk Amanah pasti ada kerana parti itu sebahagian daripada kerajaan dan pihaknya akan mencadangkan nama yang layak sebagai menteri."Pastinya (ada wakil) kerana kita sebahagian kerajaan, ada perbincangan dan formula yang telah ditetapkan akan mencadangkan nama yang layak dan sesuai diketengahkan."Saya yakin dengan mengambil kira representasi daripada kesemua parti dalam kerajaan perpaduan termasuk kepentingan wilayah, Sabah dan Sarawak serta melihat kepada serata masyarakat, dalam masa seminggu dua ini, keputusan Anwar akan ada untuk kabinet bayangannya."Justeru, tidak sukar untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk satu kabinet kerajaan perpaduan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.Tambah Mujahid, berkaitan isu jumlah kabinet dikecilkan pula, perkara itu merupakan manifesto Pakatan Harapan (PH) maka Perdana Menteri mesti melaksanakan janji tersebut."Itu memang janji kita, manifesto yang dah disebutkan sebelum ini, bukanlah kabinet yang bersaiz besar tetapi yang lebih menetapkan keperluan dan efektif."Kita tak mahu kabinet dulu yang memberi jawatan untuk mengekalkan kuasa, (kabinet) ini tidak timbul isu tersebut, Anwar telah menyebut dengan jelas bahawa ia atas nasihat Agong, memastikan kabinet yang ditubuhkan mewakili semua kaum, wilayah dan sifat keterangkuman dalam melihat isu-isu yang perlu disegerakan," ujarnya.Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya menyerahkan keputusan bagi menentukan jawatan menteri atau mengecilkan kabinet kepada Perdana Menteri."Kabinet ini dibentuk oleh Perdana Menteri, itu hak beliau."Bagi saya terpulang sepenuhnya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Soal kecilkan kabinet), beliau ada sebut dalam ucapan ketika kempen termasuk manifesto," ujarnya.Dalam pada itu, Mujahid dan Salahuddin menyambut baik penyertaan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam kerajaan perpaduan yang disifatkan demi kepentingan dan kestabilan rakyat dan negara.
malay
[ "Parti Amanah Negara", "Datuk Seri Anwar Ibrahim", "Datuk Seri Mujahid Yusof", "Datuk Seri Salahuddin Ayub", "Pakatan Harapan", "Barisan Nasional", "Gabungan Parti Sarawak" ]
[ "Shah Alam", "Sabah", "Sarawak" ]
7
3
okay
Percubaan terakhir 'Cucu Mat Kilau' KUANTAN - Blogger kontroversi, Mohd Shukri Mohd Ramli atau lebih dikenali dengan gelaran Cucu Mat Kilau (CMK) mahu mencuba nasib dalam politik sekali lagi menerusi gelanggang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Menurut Mohd Shukri, mengambil semangat daripada filem Mat Kilau menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk bertanding dua kerusi masing-masing di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang."Ikut perancangan, saya berhasrat untuk bertanding di Parlimen dan DUN. Kerusi mana saya akan bertanding, kalau Parlimen saya masih berkira-kira untuk memilih Parlimen Kuantan atau Indera Mahkota. Begitu juga kerusi DUN antara Teruntum dengan Semambu."Kedua-dua kerusi yang akan ditandingi pada PRU15 masih belum diputuskan."Tapi kalau pun sudah ada keputusan saya tidak mahu dedahkan, sebaliknya tunggu dan lihat pada hari penamaan 5 November depan," katanya ketika diminta mengulas kesediaannya untuk bertanding pada PRU15 walaupun pernah kehilangan wang deposit.Mohd Shukri sebelum ini adalah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum mengumumkan keluar daripada parti itu pada Februari 2011.Beliau pernah bertanding pada PRU12 di kerusi DUN Kemayan dalam Parlimen Bera; kerusi DUN Semambu (Parlimen Indera Mahkota) pada PRU13 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini pada tahun 2020.Mohd Shukri memaklumkan, pemilihan dua kerusi itu dibuat kerana rakyat di kawasan sekitar bandar raya Kuantan mengenalinya kerana pernah berjuang isu rakyat sejak tahun 1998.Justeru katanya, ini lebih mudah untuknya menyuarakan masalah rakyat Pahang apabila berada dalam sidang Parlimen mahupun DUN sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat.Menjawab pertanyaan sama ada beliau tidak serik bertanding, Mohd Shukri mengakui serik bertanding atas tiket Bebas.Jelasnya, senario politik di Malaysia berbeza, walaupun hebat mana calon itu atau namanya gah, namun ia sebenarnya tidak meyakinkan rakyat memilih dan mengundi calon Bebas."Jadi, ini memberi gambaran calon Bebas ini sukar untuk mencapai kemenangan atau istilah lebih tepat jauh panggang dari api."Saya sendiri rasakan bahawa calon Bebas ini tidak boleh pergi jauh, walaupun duit banyak mana pun. Ini kerana rakyat melihat calon bebas ini seperti tiada hala tuju."Jadi sebab itu, saya cuba menjadi calon bagi mewakili parti politik pada PRU15," katanya yang masih berteka-teki mengenai parti yang akan diwakilinya.Pada sidang akhbar sebelum ini, Mohd Shukri memaklumkan beberapa tawaran sudah diterima daripada parti politik seperti Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Gerakan Tanah Air (GTA) serta Parti Rakyat Malaysia untuk menjadi calon."Ada lima kapal (parti) yang boleh saya tumpang, sudah pastinya kapal yang ingin saya tumpang menuju ke pulau (kawasan) yang selamat. Saya tidak boleh tumpang kapal yang sudah bocor, nakhoda ada dua tiga sebab haluan bercelaru."Saya kena buat pilihan tepat dalam masa terdekat. Selepas itu, saya akan dibawa untuk berjumpa kepimpinan parti yang telah dipilih dan mereka bawa usul ini ke dalam mesyuarat negeri untuk buat ketetapan," katanya.Dalam pada itu Mohd Shukri memaklumkan akan bersara daripada dunia politik sekiranya tewas dalam pilihan raya kali ini.Katanya, gelanggang PRU15 adalah percubaan terakhirnya."Jika kalah juga, maknanya saya sudah tidak laku dan bolehlah saya tumpukan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kerja lain."Tapi, sejak terbabit dalam politik pada tahun 1998, saya tidak pernah menyesal dalam memperjuangkan nasib rakyat serta isu alam sekitar," ujar beliau lagi.
malay
[ "Mohd Shukri Mohd Ramli", "Cucu Mat Kilau", "Mat Kilau", "Mohd Shukri", "Mohd Shukri", "Mohd Shukri", "Mohd Shukri" ]
[ "Pahang", "Parlimen Kuantan", "Indera Mahkota", "DUN Teruntum", "DUN Semambu", "DUN Kemayan", "Parlimen Bera", "Parlimen Indera Mahkota", "DUN Chini", "bandar raya Kuantan" ]
7
10
okay
PBB tidak paksa ahli Parlimen veteran undur diri: Abang Jo KUCHING - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak akan memaksa penyandang kerusi Parlimen dari parti itu untuk berundur dan memberi laluan kepada calon lebih muda.Presidennya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sebaliknya PBB mempunyai budaya iaitu penyandang sendiri yang akan mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada calon baharu.Katanya, buat masa ini memang terdapat penyandang kerusi Parlimen dari parti itu yang menzahirkan hasrat untuk tidak bertanding semula pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)."PBB akan umum nama penyandang yang mahu undur diri apabila kita tahu tarikh pilihan raya nanti."Kita ada budaya iaitu penyandang apabila mereka rasa sudah cukup masa berkhidmat untuk rakyat mereka akan secara sukarela undur diri dan beri pada orang muda, kita (PBB) takkan paksa,” katanya.Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menghadiri majlis penyerahan surat hak milik tanah, cek pampasan tanah dan kunci rumah Darul Hana di sini, pada Sabtu.PBB yang menerajui Gabungan Parti Sarawak (GPS) ketika ini mempunyai 13 Ahli Parlimen.Tiga lagi parti komponen GPS ialah Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang memegang dua kerusi Parlimen, Parti Demokratik Progresif (PDP) juga dua kerusi dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan satu kerusi.Sebelum ini, Abang Johari yang juga Pengerusi GPS berkata, berbekalkan kejayaan cemerlang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 yang lepas, GPS kini berazam memenangi kesemua 31 kerusi Parlimen di negeri ini pada penampilan pertamanya pada pilihan raya umum. - Bernama
malay
[ "Abang Jo", "Tan Sri Abang Johari Tun Openg", "Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)", "Parti Rakyat Sarawak (PRS)", "Parti Demokratik Progresif (PDP)", "Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)", "Gabungan Parti Sarawak (GPS)" ]
[ "Kuching", "Darul Hana" ]
7
2
okay
Kenyataan Najib hanya sekadar tohmahan dangkal: Bersatu SHAH ALAM - Kenyataan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) cuba mewujudkan propaganda mendapat sokongan belia merupakan satu tohmahan dangkal.Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kenyataan beliau sebelum ini mengenai Undi 18 sebenarnya menjelaskan bahawa belia perlu dididik terlebih dahulu supaya mereka bersedia sepenuhnya untuk membuat keputusan ketika mengundi.“Itu komen yang saya dah jawab sebelum ini, sebenarnya apa yang saya maksudkan dahulu adalah belia-belia kita yang pertama kali mengundi perlukan pendedahan, pencerahan tentang politik, cara-cara mengundi dan Perlembagaan agar apabila mereka mengundi, mereka mengundi dengan ilmu bukan sentimen.“Kita tidak mahu anak muda dibayar wang untuk mengundi pihak yang memberi wang. Jadi anak muda perlu diberi pendidikan demokrasi yang sebenarnya,” katanya kepada akhbar selepas menziarahi sebuah gereja yang musnah dalam kebakaran di Kota Kemuning, Shah Alam pada Isnin.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Najib mendakwa Bersatu cuba mewujudkan propaganda kononnya parti itu mendapat sokongan belia.Najib berkata, pada awal tahun lepas, kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Undi 18 akan ditunda hingga selepas 1 September 2022 dengan alasan integrasi data perlukan masa.Tambah Najib, Wan Ahmad Fayhsal kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa belia belum bersedia untuk mengundi.Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal berkata, kerajaan juga telah menyediakan pelbagai platform untuk memberi pendedahan mengenai pilihan raya kepada anak muda di seluruh negara.“Kita ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk beri pendedahan kepada belia," ujarnya.
malay
[ "Najib Tun Razak", "Parti Pribumi Bersatu Malaysia", "Bersatu", "Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal", "Ketua Armada Bersatu", "Perikatan Nasional", "Suruhanjaya Pilihan Raya", "Kementerian Belia dan Sukan" ]
[ "Shah Alam", "Kota Kemuning, Shah Alam" ]
8
2
okay
AMK Alor Setar nafi bantah kehadiran Zahid ALOR SETAR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Alor Setar menafikan mengeluarkan satu kenyataan media bagi membantah kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi pada Himpunan Madani di Alor Setar pada Jumaat.Ketuanya, Tan Jin Hao berkata, kenyataan tersebut yang tular di media sosial adalah kenyataan palsu."Kami AMK Alor Setar menafikan sekeras-kerasnya satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini."Kami menyokong penuh kepimpinan kerajaan Malaysia Madani di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan kabinet hari ini," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Kenyataan yang didakwa daripada AMK Alor Setar itu meluahkan rasa kecewa kerana tidak dimaklumkan dengan kehadiran Zahid Hamidi yang sepentas dengan Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat bercakap mengenai soal integriti dan pencegahan rasuah namun beliau sendiri sedang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah.Dakwa kenyataan itu, apa yang berlaku menjadi isyarat sukar buat jentera Alor Setar untuk memenangi Pilihan Raya Negeri Kedah kerana imej UMNO di negeri ini telah ditolak secara total pada Pilihan Raya Umum ke-15.Jin Hao menjelaskan, AMK Alor Setar menentang sebarang provokasi dalam menjejaskan dan menggugat kestabilan keharmonian antara rakyat di negara ini."Kebaikan-kebaikan dasar yang dibawa hari ini oleh kerajaan Malaysia Madani, kami AMK Alor Setar menyokong penuh," ujar beliau lagi.
malay
[ "Angkatan Muda Keadilan (AMK) Alor Setar", "Presiden UMNO", "Datuk Seri Dr Zahid Hamidi", "Tan Jin Hao", "Perdana Menteri Malaysia", "Datuk Seri Anwar Ibrahim", "Parti Keadilan Rakyat" ]
[ "Alor Setar", "Malaysia", "Kedah" ]
7
3
okay
PKR Sabah lantik 13 muka baharu LABUAN - PKR Sabah mengumumkan barisan kepimpinan baharu parti itu dengan 13 jawatan tertinggi disandang oleh muka baharu.Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah yang baru dilantik, Simsudin Sidek berkata, Pengerusi PKR Sabah yang baharu ialah bekas ahli akademik, Datuk Dr Sangkar Rasam yang juga Ketua Cabang Keningau, menggantikan Datuk Christina Liew."Pelantikan Sangkar dibuat pada mesyuarat yang diadakan dengan semua ketua cabang Sabah dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Ogos lepas. Liew kekal sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah untuk mengetuai jentera pilihan raya PH negeri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” kata Simsudin yang juga Ketua Cabang Labuan kepada Bernama.Ketua Cabang Kota Marudu, Sazalye Donol Abdullah ialah Timbalan Pengerusi PKR Sabah, manakala ADUN Inanam yang juga Ketua Cabang Sepanggar, Peto Galim ialah Naib Pengerusi 1, Joseph Alex Chang (Ketua Cabang Penampang) dan Romansa Lamin (Ketua Cabang Silam) masing-masing Naib Pengerusi 2 dan 3.Ketua Wanita PKR Labuan, Noriha Yakub dilantik sebagai Ketua Wanita PKR Sabah; Datin Rufina Pangeran sebagai Timbalannya dan Zaidi Jatil adalah Ketua Pemuda baharu dan Timbalannya, Remysta Jimmy Tailor, manakala Raymond Ahuar dilantik sebagai Bendahari dan Sahrudin A Harol, Setiausaha Penyelaras. - Bernama
malay
[ "Simsudin Sidek", "Datuk Dr Sangkar Rasam", "Datuk Christina Liew", "Datuk Seri Anwar Ibrahim", "Sazalye Donol Abdullah", "Peto Galim", "Joseph Alex Chang", "Romansa Lamin", "Noriha Yakub", "Datin Rufina Pangeran", "Zaidi Jatil", "Remysta Jimmy Tailor", "Raymond Ahuar", "Sahrudin A Harol" ]
[ "Sabah", "Labuan", "Keningau", "Penampang", "Silam", "Kota Marudu", "Inanam", "Sepanggar" ]
14
8
okay
DAP sokong keputusan kepimpinan tertinggi PH GEORGETOWN - [DIKEMAS KINI] DAP akan menyokong sebarang keputusan yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) berhubung gabungan bersama BN bagi membentuk kerajaan Pusat.Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng berkata, keputusan yang bakal dibuat adalah keputusan bersama yang mana, DAP merupakan sebahagian daripada PH."Kita sebahagian daripada PH, jika ada gabungan (bersama BN) yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi PH, maka kita sokong. Kita bersamalah, bersama dengan keputusan PH untuk buat gabungan dengan BN."Jadi kita sokonglah keputusan yang mereka buat. Saya tidak mahu komen lebih kerana ia adalah keputusan bersama, bukan sahaja (keputusan) dalam CEC malah melibatkan keputusan daripada kepimpinan tertinggi PH," katanya ketika ditemui di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Isnin.Ditanya mengenai keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat CEC di ibu negara pada Ahad, Guan Eng bagaimanapun enggan mengulas lanjut.Dalam pada itu, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Chow Kon Yeow berkata, semua perkara tertakluk kepada keputusan parti.Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut disebabkan mendakwa beliau tidak hadir ke Mesyuarat CEC yang diadakan di Kuala Lumpur pada Ahad."Saya tidak dapat hadir (mesyuarat) CEC semalam. Hari ini, saya ada di Dewan, jadi saya tiada makluman terkini untuk mengulas."Bagaimanapun, semua tertakluk kepada keputusan parti. Semua perlu ikut keputusan rasmi parti," katanya.
malay
[ "Lim Guan Eng", "Chow Kon Yeow" ]
[ "Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN)", "ibu negara", "Kuala Lumpur" ]
2
3
okay
Dua calon wanita rebut kerusi Sik SIK - Dua calon wanita akan berentap berebut kerusi Parlimen Sik daripada penyandang kerusi itu, Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November ini.Antaranya mantan pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Latipah Md Yatim (PH) dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Sik, Maizatulakmam Othman (BN).Latipah yang pernah berkhidmat di beberapa buah negeri antaranya Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur berjanji akan membawa perubahan kepada penduduk Sik termasuk membangunkan Tasik Beris sebagai lokasi pelancongan.Selain itu, Maizatulakmam berkata, dengan sokongan yang diberikan UMNO Bahagian Sik tanpa berbelah bahagi termasuk Ketuanya, Datuk Tajuddin Abdullah, yang sama-sama turun padang, beliau yakin bahawa BN mampu merampas kembali kerusi Sik.Biarpun dicabar dua wanita, Ahmad Tarmizi optimis sokongan rakyat terhadap PN masih kuat memandangkan lebih empat tahun menyantuni mereka.Menurutnya, kehadiran ribuan penyokong pada proses penamaan calon, menambah keyakinan bahawa kerusi itu mampu dimenangi seterusnya membentuk kerajaan PN.Latipah (enam dari kanan) bersama penyokong PH yang hadir memberi sokongan ke Pusat Penamaan Calon Parlimen Sik pada Sabtu."Terima kasih kepada ribuan penyokong terutama kehadiran istimewa Pengerusi PN merangkap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan tuan guru dari beberapa buah pondok sekitar daerah ini yang turut sama-sama menyertai perarakan sehingga ke pusat penamaan calon,"katanya.Perarakan yang disertai kira-kira 3,000 penyokong PN turut disertai laungan selawat dan takbir di sepanjang laluan pekan Sik bermula dari Pondok Tok Guru Haji Salleh sehingga ke Pusat Penamaan Calon Parlimen Sik.Pada PRU14, Ahmad Tarmizi (penyandang) yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Pas Sik telah menang dengan majoriti 5,218 undi.Turut bertanding ketika itu, Mansor Abd Rahman (BN) dengan jumlah undi diperolehi sebanyak 14,870, Azli Uda (PH) sebanyak 6,970 undi dan Ahmad Tarmizi 20,088 undi.Berdasarkan rekod, seramai 63,165 pengundi layak mengundi di Parlimen Sik pada PRU15 dengan jumlah 58,458 pengundi Melayu, 911 pengundi Cina, 88 pengundi India dan 3,616 pengundi lain-lain.
malay
[ "Ahmad Tarmizi Sulaiman", "Datuk Latipah Md Yatim", "Maizatulakmam Othman", "Datuk Tajuddin Abdullah", "Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor", "Mansor Abd Rahman", "Azli Uda" ]
[ "Parlimen Sik", "Tasik Beris", "Pusat Penamaan Calon Parlimen Sik", "Pondok Tok Guru Haji Salleh", "pekan Sik" ]
7
5
okay
BN boleh jadi rakan mesra mana-mana gabungan: Noraini JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) boleh menjadi rakan mesra dalam mana-mana gabungan politik sekiranya diperlukan untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan.Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan, tiada mana-mana gabungan politik yang berjaya mendapat majoriti mudah, 112 kerusi bagi membentuk kerajaan.Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO berkata, berbekalkan 30 kerusi Parlimen yang dimenangi, BN wajar untuk terus berada di dalam blok pembangkang."Namun BN boleh menjadi rakan mesra dalam mana-mana gabungan politik sekiranya diperlukan untuk menubuhkan kerajaan."Keputusan menjadi rakan mesra parti kerajaan juga perlu dibuat secara bersyarat di mana BN diberi kebebasan dalam berbahas, sokong atau tolak sebagai blok neutral (semak dan imbang) bagi apa sahaja usul yang dibentang atau dicadang oleh kerajaan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.Bekas Menteri Pengajian Tinggi dan Ahli Parlimen Parit Sulong itu turut meminta BN tidak meruntuhkan mana-mana gabungan politik kerajaan yang sudah terbentuk sehingga Parlimen dibubarkan."Selagi mana gabungan politik tersebut masih menjunjung tinggi semangat perlembagaan dan kestabilan politik negara."Keputusan yang telah dibuat oleh rakyat perlu dihormati. Tumpuan utama perlu diberikan untuk memulihkan sokongan rakyat terhadap BN semula pada masa akan datang," katanya.
malay
[ "Noraini Ahmad" ]
[ "JOHOR BAHRU", "Parit Sulong" ]
1
2
okay
Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] UMNO mencadangkan nama Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13.Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah mengutus warkah cadangan itu kepada Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam."Dengan ini parti mencadangkan bagi warkah itu Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri baharu,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana Kebangsaan di Parlimen pada Khamis.Ia susulan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri ke-12, pada Rabu.Ditanya sebab Sulaiman meletak jawatan, Ahmad Zahid berkata, ia dilakukan atas faktor kesihatan.Pada Rabu, Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri mengesahkan Sulaiman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.Menurut beliau, Sulaiman telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu semasa pertemuan di pejabatnya di Parlimen, pada Rabu.Sementara itu, mengulas sama ada barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) akan turut dibarisi wakil Pakatan Harapan, Ahmad Zahid berkata, beliau berharap perkara itu dapat dilaksanakan dengan mengambil semangat Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional."Saya yakin semangat itu akan dihilirkan ke Melaka supaya optik yang baik dapat diperlihatkan kepada bukan sahaja rakyat di Melaka tetapi juga rakyat keseluruhannya," katanya. - BernamaARTIKEL BERKAITAN:Melaka bakal bertukar Ketua Menteri?Ab Rauf minta sabar, tunggu pengumuman rasmiSulaiman letak jawatan Ketua Menteri MelakaTidak campur kemelut BN MelakaSulaiman letak jawatan: Seri Negeri jadi tumpuan mediaSulaiman hadir ke pejabat Ketua Menteri seperti biasaSulaiman tunjuk isyarat mohon maafAngkat sumpah Ketua Menteri Melaka JumaatRauf calon Ketua Menteri Melaka baharuLetak jawatan: Sulaiman perlu beri penjelasan
malay
[ "Datuk Seri Ab Rauf Yusoh", "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi", "Tun Mohd Ali Rustam", "Datuk Seri Sulaiman Md Ali", "Ahmad Zahid" ]
[ "Parlimen", "Melaka", "Kuala Lumpur" ]
5
3
okay
PRU15: Hishammuddin nafi kempen dalam kem KUANTAN - Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan beliau berkempen di kem tentera seperti dakwaan yang tular di laman sosial.Menurutnya, kenyataan itu tidak benar dan fitnah semata-mata."Saya hanya turun berkempen di kawasan saya di Sembrong dan di Johor sahaja, tidak ada sekali pun masuk mana-mana kem untuk berkempen," katanya ketika ditemui pada program bersama calon BN di Dewan PM Najib pada Khamis.Kenyataan itu bagi menjelaskan kenyataan yang tular di media sosial kononnya Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain membenarkan beliau untuk berkempen di mana-mana kem tentera darat.Tentera Darat Malaysia (TDM) juga telah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan itu.Sementara itu, Hishammuddin berpuas hati dan lega dengan semangat ditunjukkan BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini."Kerjasama yang ditunjukkan termasuk calon dan kepimpinan memberikan kelebihan kepada BN untuk memenangi PRU-15."Di beberapa kawasan saya turun berkempen, jentera juga nampak memberikan kerjasama baik," katanya.
malay
[ "Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein", "Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain", "BN", "Najib" ]
[ "Sembrong", "Johor", "Dewan PM Najib", "KUANTAN" ]
4
4
okay
PRU15: Azhar tak gentar tanding di kubu kuat Hadi KUALA TERENGGANU - Calon import Pakatan Harapan (PH), Azhar Ab Shukur tidak gentar bertanding di kubu kuat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang iaitu di kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Azhar dari Parti Amanah Negara (Amanah) diramal berdepan saingan sengit malah ada yang menjangkakan beliau berdepan kehilangan deposit kerana kerusi berkenaan sinonim sebagai kubu kuat Pas sejak sekian lama.Bagaimanapun, semangat anak kelahiran Sungai Besar, Selangor itu tidak goyah malah beliau yakin mampu mendapat sokongan yang tinggi di kerusi berkenaan."Senario politik di Marang ada kalanya di luar jangkaan. Boleh jadi berlaku gelombang perubahan diinginkan oleh penduduk di situ kerana selama ini mereka dibayangi oleh politik ekstrem sekali gus mewujudkan jurang antara mereka yang berbeza pandangan, fahaman serta pegangan politik."Saya lihat ada peluang untuk menang di kerusi berkenaan atau setidak-tidaknya memperoleh peningkatan undi di situ," kataya ketika ditemui pemberita di sini, pada petang Rabu.Menurut Azhar, agenda utama yang ingin dibawa ialah memurnikan fikrah (pemikiran) umat Islam di Marang."Saya harap dapat bawa perubahan fikrah agar suatu masa nanti Marang akan dikenali sebagai masyarakat yang berkasih sayang walaupun berbeza pandangan atau pegangan politik."Selama ini, perbezaan pandangan politik juga dianggap seolah-olah berbeza pandangan akidah. Justeru, antara perubahan yang ingin saya bawa ialah 'menguburkan' politik ekstrem di Marang," katanya.Azhar sebelum ini pernah menjadi calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun 2016 namun tewas kepada calon BN, Budiman Mohd Zohdi yang memperoleh 16,800 undi.Azhar hanya mendapat 7,069 undi manakala calon Pas, Dr Abdul Rani Osman menerima 6,902 undi.Pada PRU14 lalu, Abdul Hadi yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Marang memperoleh 53,749 undi dengan majoriti 21,954 menewaskan calon BN, Mohamad Nor Endot (31,795 undi) dan calon PH, Zarawi Sulong (5,138 undi).
malay
[ "Azhar Ab Shukur", "Tan Sri Abdul Hadi Awang", "Azhar", "Budiman Mohd Zohdi", "Dr Abdul Rani Osman", "Abdul Hadi", "Mohamad Nor Endot", "Zarawi Sulong" ]
[ "Parlimen Marang", "Sungai Besar, Selangor", "Marang" ]
8
3
okay
PAU 2023: PM ikut sama nyanyi lagu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut sama menyanyikan lagu UMNO, 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' bersama ribuan perwakilan ketika menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang masuk hari ketiga di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat.Meskipun Pengerusi Pakatan Harapan itu sudah 25 tahun tidak bersama UMNO di Dewan Merdeka, namun beliau dilihat tidak kekok menyanyikan lagu tersebut.Beliau menyanyikan lagu itu di atas pentas bersebelahan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sambil mengibarkan bendera Sang Saka Bangsa.Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun terdahulu tiba di WTCKL jam 9 pagi bagi mengetuai parti komponen Kerajaan Perpaduan sempena PAU kali ini.Beliau yang segak mengenakan baju Melayu biru muda tiba sejurus upacara menaikkan bendera UMNO, Sang Saka Bangsa.Beliau kemudian menyertai perwakilan di Dewan Merdeka untuk mendengar ucapan dasar Presiden UMNO.Kali terakhir Anwar menjejakkan kaki ke PAU adalah pada tahun 1998 semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO sebelum beliau dipecat.Sementara itu, Anwar ketika ditemui pemberita berkata, walaupun sudah 25 tahun berlalu, beliau masih mengingati bait-bait lirik lagu UMNO."Saya masih hafal dan ingat lirik lagu UMNO sampai sekarang," jelasnya.ARTIKEL BERKAITAN:Ahmad Zahid ingatkan jangan usik hati orang MelayuPemuda UMNO perlu ‘move on’, lupakan kisah silam - DAPAhmad Zahid sebak dengar amanat NajibUMNO terus pertahan Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal - Ahmad Zahid'Saya hadir semula PAU 2023 untuk perkukuh kerajaan' - AnwarUMNO gesa selesai segera isu bebanan guru, doktor kontrakBeri peluang kerajaan terjemah agenda dijanjikan - Ahmad Zahid‘Lagi baik kalau DAP minta maaf pada UMNO’ - Tok Mat'Air karat di Kelantan masih gagal dijernihkan'- Ahmad Zahid'UMNO bukan mengkarung politik' - Ahmad ZahidAnwar hadiri PAU 2023 selepas 25 tahun
malay
[ "Datuk Seri Anwar Ibrahim", "Pakatan Harapan", "Presiden UMNO", "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi", "Ahli Parlimen Tambun", "Najib", "Tok Mat" ]
[ "Dewan Merdeka", "Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)" ]
7
2
okay
Penganalisis jangka ada lagi ahli politik 'katak' demi jadi calon KOTA KINABALU - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau, Datuk Wetrom Bahanda keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Parti Warisan (Warisan) bukan pertama kali berlaku dalam senario politik di Sabah.Pensyarah Kanan Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr Lee Kuok Tiung malah menjangkakan ada ahli politik lain akan bertindak keluar dari parti masing-masing demi untuk menjadi calon di kawasan yang diingini."Akan ada lagi selepas ini, akan nampak ahli politik dari mana-mana parti lain keluar parti dan tidak semestinya ADUN, mungkin yang mempunyai jawatan dalam mana-mana parti."Semuanya mahu jadi calon, kita perlu ingat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020 terdapat 73 kerusi (DUN) tetapi ada 447 calon yang bertanding. Jadi ini sebahagian daripada dinamik politik Sabah, yang mana begitu ramai ingin menjadi wakil rakyat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.Sebelum ini Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun mengesahkan Wetrom yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri keluar daripada Bersatu dan menyertai Warisan.Menurutnya, perkara itu sudah dijangkakan kerana Wetron mahu menjadi calon bagi kerusi Parlimen Kota Marudu.Bercakap lebih lanjut mengenai perkembangan gelombang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Kuok Tiung berkata, situasi ketika ini semua parti akan mengisytiharkan mereka berminat dengan sesuatu kerusi."Mereka akan melobi seberapa banyak kerusi yang mereka boleh menangi. Bagaimanapun kita perlu ingat adakah calon ini berkaliber atau tidak, adakah boleh menang apabila diletakkan sebagai calon."Seperti yang kita tahu Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pada 2020 bertanding lima kerusi tetapi semua kalah termasuk hilang deposit," katanya.Sehubungan itu, Kuok Tiung mengingatkan keperluan untuk melihat kepada kesesuaian meletak calon di sesuatu tempat."Kombinasinya kita tahu akan ada pembahagian GRS-BN, jadi kalau calon itu yang bukan diterima, tiada guna juga."Contohnya di Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak (bekas Ketua Menteri Sabah dan ADUN Usukan) masih lagi calon yang sesuai walaupun ada pihak lain yang berminat kerusi itu," katanya.Ditanya jika PRU kali ini melihat kepada calon sahaja, beliau berkata, ia adalah mengikut kawasan sama ada dalam bandar atau luar bandar."Bagi saya ikut kawasan, ikut tempat kalau macam di Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Presiden Warisan) sudah pasti dia adalah calon tetapi kerusi di bandar seperti Kota Kinabalu letak saja logo DAP dan calonnya siapa pun kebarangkalian untuk mereka menang adalah tinggi."Cuma untuk PRU kali ini Warisan akan bertanding juga di kerusi bandar yang ditandingi DAP dan ini merupakan satu tekanan juga kepada DAP atau Pakatan Harapan (PH) di Sabah," katanya.
malay
[ "Datuk Wetrom Bahanda", "Profesor Madya Dr Lee Kuok Tiung", "Datuk Seri Masidi Manjun", "Wetrom", "Kuok Tiung", "Datuk Seri Salleh Said Keruak", "Datuk Seri Mohd Shafie Apdal" ]
[ "Kota Kinabalu", "Bandau", "Sabah", "Parlimen Kota Marudu", "Kota Belud", "Usukan", "Semporna" ]
7
7
okay
Tengku Zafrul dilantik Bendahari BN Selangor SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor melantik Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Bendahari BN negeri itu pada Ahad.Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar yang mengumumkan perkara itu berkata, Datuk Seri Jamal Md Yunos pula dilantik sebagai Ketua Komunikasi BN Selangor."Tengku Zafrul dilantik sebagai Bendahari BN Selangor dan saya juga melantik Jamal sebagai Ketua Komunikasi BN Selangor."Dengan sedikit rombakan ini sekurang-kurangnya akan dapat dijadikan sebagai satu semangat baharu kepada BN Selangor," kata pada Majlis Penutup Konvensyen BN Selangor di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam di sini pada Ahad.Majlis Penutup Konvensyen BN Selangor disempurnakan Ahmad Zahid (tengah).Majlis Penutup Konvensyen BN Selangor disempurnakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.Julai lalu, Jamal yang juga merupakan Ketua UMNO Sungai Besar dilaporkan bersedia melepaskan jawatan sebagai Bendahari BN Selangor kepada Tengku Zafrul.Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat memandangkan Tengku Zafrul mempunyai latar belakang perbankan dan lebih pakar dalam pengurusan kewangan.Katanya lagi, pelepasan jawatannya kepada Tengku Zafrul adalah bukti keikhlasan beliau bagi melihat BN Selangor diterajui oleh kepimpinan dalam kalangan yang profesional dan berkarisma.Dalam pada itu, Jamal turut menjelaskan bahawa jawatan Bendahari BN Selangor tersebut telah dipegang oleh beliau sejak tahun 2019.
malay
[ "Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz", "Tan Sri Noh Omar", "Datuk Seri Jamal Md Yunos", "Ahmad Zahid", "Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi", "Jamal" ]
[ "Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam" ]
6
1
okay
'Saya tak pernah mimpi, Anwar mengigau pasal apa?' - Hamzah ALOR SETAR - Perikatan Nasional (PN) tidak pernah 'mengigau' mempunyai akuan bersumpah (SD) mencukupi bagi membentuk kerajaan.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang 'mengigau' kerana takut kedudukannya diambil alih."Semalam, saya dengar ada seorang bagi tahu bahawa saya mimpi tiap-tiap minggu mimpi. Saya nak maklumkan kepada beliau, saya tidak pernah mimpi pun tiap-tiap minggu."Saya nak beritahu dengan dia, yang hang (Anwar) mengigau itu pasal apa. Saya tidak cakap apa pun," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Pusat di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut di sini pada Sabtu.Menurut Hamzah, dia hanya memaklumkan dalam Parlimen bahawa dirinya yang merupakan Ketua Pembangkang ketika ini bukannya Anwar lagi."Yang hang hendak buat cerita bukan-bukan ini pasal apa.Hang Perdana Menteri buat kerja Perdana Menterilah," katanya.Hamzah berkata, Anwar sendiri yang mendorong dirinya untuk 'bermimpi' dan bercita-cita tentang perkara itu"Jadi, kita semua berdoa. Insya-ALLAH apa yang dia (Anwar) katakan bahawa kita ada nombor, bahawa kita ada angka, bahawa kita ada jumlah pada ahli Parlimen. Beliau yang berdoa, insya-ALLAH doanya akan tercapai (bahawa) kita ada angka untuk ambil alih (kerajaan) daripada dia. Padan muka dia," katanya."Kita berdoa ramai-ramai bahawa masa depan kita akan lebih baik dengan adanya pemimpin-pemimpin daripada kalangan kita (PN)," katanya.Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan komplot untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan pimpinannya tidak akan berjaya meskipun pihak terbabit mengakui mempunyai akaun bersumpah (SD) yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan akan kekal sehingga habis penggal walaupun ada cubaan untuk menjatuhkannyaAnwar yang merupakan Ahli Parlimen Tambun turut menyindir dakwaan yang dibuat itu sambil menyatakan perkara itu sebagai 'mengigau mingguan'.
malay
[ "Hamzah Zainudin", "Datuk Seri Anwar Ibrahim", "Ketua Pembangkang", "Perdana Menteri", "Ahli Parlimen Tambun" ]
[ "ALOR SETAR", "Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut" ]
5
2
okay
PRU15: Zahidi janji wujud 10,000 peluang pekerjaan, perniagaan PADANG BESAR - Mewujudkan kira-kira 10,000 peluang pekerjaan dan perniagaan antara agenda utama dalam manifesto calon Bebas bagi kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Zahidi yang juga calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi berkata, langkah itu termasuk membuka semula aktiviti perniagaan di kawasan Wang Kelian yang ditutup sebelum ini kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Menurutnya, aktiviti perniagaan di Wang Kelian harus diaktifkan segera berikutan di sebelah sempadan Thailand kegiatan ekonominya telah bermula sejak beberapa bulan lalu.“Di sempadan Malaysia pula, aktiviti perniagaan yang telah sekian lama tutup perlu dihidupkan kembali. Ini dapat mewujudkan peluang perniagan kepada usahawan dan peniaga.“Rakyat tertanya-tanya bila boleh berniaga di Wang Kelian kerana pada masa ini, rakyat Malaysia berduyun-duyun masuk ke Thailand untuk melancong dan membeli-belah. Sudah tiba masanya aktiviti perniagaan di kawasan Malaysia iaitu Wang Kelian diaktifkan semula.“Itu baru di Wang Kelian, manakala lebih banyak peluang perniagaan dan perniagaan akan diwujudkan dengan kemasukan pelaburan projek-projek berimpak tinggi ke Padang Besar,” katanya ketika berkempen bertemu penduduk dalam kawasan Parlimen Padang Besar pada Rabu.Daripada lima agenda utama manifestonya, Zahidi memberitahu, beliau mahu mewujudkan sebuah litar pemotoran bertaraf antarabangsa di Sungai Chuchuh untuk meningkatkan aktiviti sukan, aktiviti pelancongan dan memperkasakan prasana digital di kawasan berkenaan.“Saya juga akan terus memperjuangkan nasib veteran tentera dan balu-balu mereka termasuk memberi keistimewaan iaitu tambang percuma kepada veteran tentera dan balu mereka yang menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api.“Kerajaan juga harus mempertimbangkan diskaun 50 peratus atau lebih lagi kepada veteran tentera yang mahu menggunakan pengangkutan kapal terbang.“Kerajaan juga harus mewujudkan satu sistem di mana veteran tentera dan balu mereka diberikan harga istimewa jika mereka hendak membeli barangan keperluan utama seperti beras, tepung, gula dan telur,” ujarnya.Sementera itu, ketika berdialog dan menjawab pertanyaan penduduk, Zahidi berkata, beliau bukan menentang BN atau UMNO yang meletakkan calon di Padang Besar.Sebaliknya kata Zahidi, tindakannya bertanding Bebas apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan calon bukan dari Perlis untuk bertanding di sini.“Jika saya menyatakan sokongan kepada calon luar Perlis yang bertanding di bawah tiket UMNO dan BN, saya tidak mahu satu hari nanti rakyat di sini menyalahkan saya dan mendakwa saya yang membawa calon orang luar Perlis untuk bertanding di kawasan ini,” katanya.
malay
[ "Datuk Zahidi Zainul Abidin", "Zahidi", "Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi", "BN", "UMNO" ]
[ "Padang Besar", "Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi", "Wang Kelian", "Thailand", "Sungai Chuchuh", "Perlis" ]
5
6
okay
Pantau usaha kerajaan negeri laksana Ikhtiar BN Johor PONTIAN - Barisan Nasional (BN) Johor akan memantau segala usaha dan perancangan kerajaan negeri dalam melaksanakan Ikhtiar BN Johor sebagai agenda utama negeri ini.Pengerusinya Datuk Hasni Mohammad berkata, ia merupakan antara perkara yang dibangkitkan oleh wakil-wakil rakyat BN sebagai persiapan untuk sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan datang."Kita akan menyemak usaha-usaha kerajaan negeri supaya Ikhtiar BN itu menjadi agenda utama dan kita akan pantau setiap kemajuan, setiap usaha yg dibuat ke arah mencapai Ikhtiar BN," kata bekas menteri besar Johor itu kepada pemberita di sini, pada Jumaat."Kita pun tahu, selain memperkatakan soal ekonomi, soal kesejahteraan rakyat, kita juga membicarakan tentang soal reformasi politik yang perlu berterusan di Johor ini,” kata beliau yang merujuk kepada ‘Ikhtiar’ yang dilancarkan oleh BN Johor ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas.Bercakap kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Pontian dan Dewan Undangan Negeri Benut di Dewan Jubli Intan, di sini hari ini beliau berkata satu perjumpaan khas dengan semua wakil rakyat BN Johor akan diadakan seminggu sebelum persidangan DUN Johor, yang dijangka bermula pada 16 Jun ini. - Bernama
malay
[ "Barisan Nasional (BN) Johor", "Datuk Hasni Mohammad", "bekas menteri besar Johor", "UMNO Bahagian Pontian" ]
[ "Pontian", "Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor", "Dewan Jubli Intan", "Dewan Undangan Negeri Benut" ]
4
4
okay
GTA tarik sokongan Melayu berwibawa, bersih KUALA LUMPUR - Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, gerakan itu kini berjaya menarik sokongan orang Melayu berwibawa dan bersih yang mengutamakan perjuangan agama serta bangsa.Beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata, GTA juga berjaya menepis penyertaan pemimpin yang hanya mementingkan duit poket sendiri berbanding rakyat dan negara."Sebab itu GTA semakin hari semakin kuat dan saya percaya orang Melayu akan sedar serta memberi sokongan kepada gerakan ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Saya juga telah berjumpa kumpulan Melayu dan mereka sudi beri sokongan."Mereka juga kecewa dengan apa yang berlaku dalam negara, pemimpin sedia ada tidak bertanggungjawab dan hanya penting poket sendiri sahaja selain merosakkan perjuangan selamatkan negara yang yang dicetuskan pemimpin terdahulu."Sekarang kita perlu ganti orang (pemimpin) ini. Sebab itu kita tubuh GTA iaitu pergerakan perubahan orang Melayu yang sayangkan bangsa dan agama," katanya ketika berucap pada Himpunan Nasional Berjasa 2022, di sini, pada Sabtu.Pada masa sama, Dr Mahathir berkata, penubuhan GTA yang disertai parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ahli akademik dan profesional Melayu itu juga bermatlamat untuk mengurangkan jurang antara kaum dan seterusnya memastikan negara terus aman dan stabil."Kaum lain tidak perlu takut walaupun GTA hanya melibatkan orang Melayu sahaja kerana kita melihat kejayaan gerakan ini akan memberikan khabar gembira kepada bukan Melayu juga," ujar beliau.
malay
[ "Tun Dr Mahathir Mohamad", "Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA)", "Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)" ]
[ "KUALA LUMPUR" ]
3
1
okay
BN perhalusi kerjasama berpandukan prinsip asas parti SHAH ALAM - Apa jua tawaran sama ada daripada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) akan dinilai dan diperhalusi berpandukan kepada prinsip asas Barisan Nasional (BN).Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, prinsip gabungan parti itu hanya satu iaitu membawa kebaikan kepada kestabilan dan kemakmuran untuk rakyat serta negara.Menurut pandangan beliau secara peribadi, BN boleh kekal sebagai pembangkang untuk semak dan imbang."Cuma persoalannya, apakah kerajaan boleh dibentuk tanpa BN?"Apakah BN wajar biarkan negara berada dalam keadaan Parlimen tergantung," ujarnya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.Dalam pada itu, Asyraf Wajdi meluahkan kehairanan apabila PH dan PN sanggup memberi pelbagai tawaran kepada pemimpin-pemimpin BN untuk membentuk kerajaan."Tak sangka pula BN yang disumpah seranah, dikecam, ditohmah dan difitnah dengan pelbagai label dan gelaran, namun akhirnya hari ini kepimpinan diminta pula menilai tawaran-tawaran yang ditawarkan oleh PH dan PN hanya untuk membolehkan kerajaan dibentuk," katanya.Pada Ahad, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan parti politik membuat perakuan gabungan politik untuk menubuhkan kerajaan baharu sebelum jam 2 petang Isnin.Seri Paduka Baginda juga menitahkan agar gabungan parti politik yang dipersetujui mengemukakan nama seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri ke-10.Bagaimanapun pada Isnin, Seri Paduka Baginda memberi perkenan untuk melanjutkan proses mengemukakan gabungan bagi pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri hingga jam 2 petang Selasa.
malay
[ "Barisan Nasional", "Pakatan Harapan", "Perikatan Nasional", "Ketua Pemuda UMNO", "Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki", "Yang di-Pertuan Agong", "Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah", "Seri Paduka Baginda" ]
[ "SHAH ALAM" ]
8
1
okay
Tiada keperluan Pas desak percepat PRU15 KOTA BHARU - Tidak ada keperluan yang mendesak bagi Pas ketika ini untuk mengadakan desakan bagi mempercepatkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pandangan itu sejajar dengan situasi semasa kerajaan persekutuan dan negeri yang ketika ini bergerak dengan teratur mengikut perlembagaan.“Presiden Pas pun merasakan bahawa kerajaan yang ada ini perlu menyelesaikan beberapa tugas terutamanya fasa pemulihan pasca Covid-19, pemulihan dari segi kesihatan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Jadi, perlu diberi peluang kepada kerajaan sekarang yang sedang menyelesaikan pasca pemulihan ini.“Pas berpendapat tidak ada keperluan mendesak ketika ini juga kerana kerajaan persekutuan dan negeri bergerak dengan teratur mengikut perlembagaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1443H Menteri Tenaga dan Sumber Asli di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di Lembah Sireh, di sini, pada Sabtu.Beliau berkata demikian ketika mengulangi pendirian Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Terengganu pada Jumaat.Takiyuddin berkata, berdasarkan perlembagaan secara umumnya Parlimen ke-14 mempunyai tempoh sehingga Julai tahun 2023.“Tempoh ini diambil kira daripada hari pertama Persidangan Parlimen pada tahun 2018 dan bukan daripada tarikh pilihan raya.“Jadi, pada bila-bila masa sebelum tempoh tersebut Parlimen boleh dibubarkan,” katanya.Menurutnya, dalam perlembagaan juga menyatakan bahawa Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada kabinet.“Jadi, apabila Perdana Menteri berpandangan atau berhasrat untuk membubarkan Parlimen, beliau perlu membawa satu usul atau memorandum kepada jemaah kabinet dan jemaah menteri yang memutuskan sesuai atau tidak untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya Parlimen ke-14 ini dibubarkan.“Dalam perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan fungsinya di bawah perlembagaan termasuklah bubarkan parlimen mestilah bertindak berdasarkan nasihat daripada jemaah menteri, itu jelas,” katanya.Ujarnya, dalam pada itu, Pas sentiasa berusaha mengukuhkan parti itu dengan menambahkan cawangan dan bilangan ahli di 197 kawasan di seluruh negara.“Setiap bulan Pas menerima sebanyak 2,000 ahli baharu di samping cawangan baharu yang akan ditambah lagi,” katanya.
malay
[ "Pas", "Datuk Seri Takiyuddin Hassan", "Presiden Pas", "Tan Sri Abdul Hadi Awang", "Yang di-Pertuan Agong", "Perdana Menteri", "Menteri Tenaga dan Sumber Asli" ]
[ "Kota Bharu", "Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di Lembah Sireh" ]
7
2
okay
Idris serah kepada parti tentukan pencalonan BESUT - Tan Sri Idris Jusoh menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO untuk menentukan sama ada beliau akan disenaraikan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Besut yang disandangnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Idris, 67, yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkata, beliau bersedia berkhidmat demi parti, rakyat dan negara, jika diminta bertanding sekali lagi."Saya beri ruang dan serah kepada presiden parti untuk menentukan sama ada saya akan bertanding atau tidak... Tidak baik (elok) buat sebarang spekulasi kerana parti yang akan menentukannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Pertama Politeknik Besut di sini hari ini.Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan yang tular di media sosial yang mendakwa bahawa kerusi Parlimen Besut akan digantikan dengan Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Nawi Mohamad.Idris telah menjadi Ahli Parlimen Besut selama lima penggal dan mula terkenal dalam politik semasa memimpin BN Terengganu sehingga berjaya menumbangkan Pas, dan dilantik sebagai Menteri Besar pada 2004 sehingga 2008.Dalam PRU14, Idris memenangi Parlimen Besut selepas mendapat 34,335 undi menewaskan calon Pas Riduan Mohamad Nor (29,736 undi), serta calon PKR, Datuk Dr Wan Nazari Wan Jusoh (6,864).Sementara itu, pada konvokesyen tersebut, seramai 61 graduan sulung Politeknik Besut menerima Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) yang disampaikan Idris di kampus baharu institusi itu. - Bernama
malay
[ "Tan Sri Idris Jusoh", "Datuk Nawi Mohamad", "Riduan Mohamad Nor", "Datuk Dr Wan Nazari Wan Jusoh" ]
[ "Parlimen Besut", "Majlis Konvokesyen Pertama Politeknik Besut", "kampus baharu Politeknik Besut" ]
4
3
okay
Kalah PRU15 jadi iktibar kepada UMNO, BN KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Segala kekalahan dan iktibar di sebalik keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dijadikan ubat yang pahit demi memulihkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, langkah dan kaedah strategik terus diambil untuk bangkit semula.“Langkah dan kaedah strategik terus diambil untuk bangkit semula demi memulihkan parti untuk hadapi masa depan yang mencabar,” katanya menerusi Facebook pada Rabu.Beliau dalam pada itu turut berkongsi gambar mesyuarat mingguan UMNO yang diadakan di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn di sini.“Kerja diteruskan dengan mesyuarat mingguan di Ibu Pejabat UMNO,” katanya.Pada PRU15, BN hanya memenangi 30 kerusi berbanding 79 kerusi Parlimen yang dimenanginya pada PRU14 sekali gus mencatat rekod pencapaian terburuknya dalam pentas politik negara.
malay
[ "UMNO", "Barisan Nasional", "Datuk Seri Ahmad Maslan" ]
[ "Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur" ]
3
1
okay
[VIDEO] Dakwaan pakatan sulit PH-BN hanya cakap kosong PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Pakatan Harapan (PH) mempunyai pakatan sulit bersama BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanyalah cakap kosong.Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, tuduhan seumpama itu dibuat disebabkan keadaan sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) yang semakin berkurangan.Menurutnya, jika dibuat perbandingan antara PH, BN dan gabungan tersebut, mereka berada di tempat ketiga.Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor dahulu, memang PH berada di tempat ketiga."Tapi sekarang, di kebanyakan kawasan di Malaysia, sokongan PN sudah berkurangan bukan sahaja dalam dalam pengundi bukan Melayu tetapi pengundi Melayu juga," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu dekat sini pada Khamis.Sebelum ini, Abdul Hadi mendakwa terdapat pimpinan Umno mahu mengecilkan kemenangan BN sendiri dalam PRU15 nanti.Jelas beliau, ia sebagai memberi peluang kepada PH untuk memenangi dalam pilihan raya itu dan kedua-dua parti tersebut akhirnya bersatu mewujudkan pakatan baharu.Tegasnya, PN tegas dengan pendirian bahawa tidak akan sekali-kali menjalin kerjasama dengan PH.Pada masa yang sama, Rafizi ketika mengulas mengenai tentang pencalonan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Parlimen Sungai Buloh mengingatkan kepada penduduk di sana agar membuat keputusan yang rasional."Satu kemenangan yang diberikan kepada BN, maka ia akan memberi kejayaan kepada pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," tambah beliau
malay
[ "Tan Sri Abdul Hadi Awang", "Rafizi Ramli", "Khairy Jamaluddin Abu Bakar", "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi" ]
[ "ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat", "Parlimen Sungai Buloh", "Johor", "PETALING JAYA" ]
4
4
okay
Sabah kembali jadi kubu kuat BN pada PRU15 PUTATAN - Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup yakin Sabah akan kembali menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Joseph berkata, sebagai parti komponen BN, beliau menerima permintaan kemasukan ahli yang menggalakkan di peringkat bahagian termasuk dua Bahagian PBRS baharu dilancarkan, pada Sabtu."Kami lihat begitu (kubu kuat BN) sebab ketika ini rakyat lihat hanya BN yang boleh membela nasib rakyat di Sabah dan mereka tertarik dengan keadaan BN."Saya juga lihat banyak bahagian yang minta (kemasukan ahli), bukan kami yang jumpa mereka tetapi mereka sendiri datang untuk menubuhkan Bahagian PBRS," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran PBRS Bahagian Tanjung Aru dan Tanjung Keramat, di sini, pada Sabtu.Kata Joseph lagi, beliau percaya dengan keahlian PBRS melebihi 100,000 ketika ini membuktikan bahawa parti itu semakin kukuh."Saya percaya mereka tertarik dengan perjuangan PBRS yang selama ini bersama-sama BN kerana kami ada pendirian dalam UMNO, memperjuangkan nasib rakyat dengan konsisten walaupun susah dan senang," katanya.Sementara itu, ditanya berhubung pembahagian kerusi untuk PRU akan datang, bekas Ahli Parlimen Pensiangan itu berkata, perkara berkenaan terlalu awal untuk dibincangkan."Harus eratkan dulu hubungan antara parti. Walaupun hubungan dengan rakan BN sudah kuat tetapi kami akan perkukuh lagi."Terlalu awal untuk bercakap mengenai pembahagian kerusi," katanya.Diminta mengulas berhubung cadangan mendaftarkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Joseph berkata, keputusan mengenainya perlu dibincangkan terlebih dahulu antara semua parti dalam gabungan itu."Setakat pengetahuan saya, ia baru cadangan dan kami belum berbincang secara mendalam berkaitan perkara ini," katanya.Sebelum itu, Joseph dalam majlis berkenaan menerima lebih 3,000 borang keahlian untuk menyertai PBRS dari Bahagian Tanjung Aru dan Tanjung Keramat.Hadir sama, Ketua Bahagian Penaja PBRS Tanjung Keramat, Alex Among; Ketua Bahagian Penaja PBRS, Addy Noran Sukiran dan Ketua Bahagian UMNO Putatan, Jeffrey Noor Mohamad.
malay
[ "Tan Sri Joseph Kurup", "Joseph", "Alex Among", "Addy Noran Sukiran", "Jeffrey Noor Mohamad" ]
[ "Sabah", "PUTATAN", "Bahagian PBRS Tanjung Aru", "Bahagian PBRS Tanjung Keramat", "Putatan" ]
5
5
okay
PRU15: UMNO Terengganu kemuka nama 42 calon untuk disaring CHUKAI - UMNO Terengganu telah mengemukakan senarai 42 nama untuk disaring dan seterusnya dipilih sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kesemua nama berkenaan telah melalui tapisan di peringkat negeri dan mempunyai rekod peribadi yang bersih serta disenangi rakyat setempat."Kita tak kira siapa pun calon. Yang penting rekod bersih dan pastinya calon boleh menang," katanya kepada selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di sini hari ini.Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal berkata, UMNO Terengganu telah menjalankan persiapan rapi untuk menghadapi PRU15 dan menyasarkan untuk menang di empat daripada lapan kerusi Parlimen di negeri ini.Ia melibatkan Kemaman, Setiu, Hulu Terengganu dan Besut."Untuk Parlimen Kuala Nerus, kita letak peluang 50-50 kerana bekas Ahli Parlimen PasS, Khairuddin (Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali) akan bertanding bebas. Jadi dia akan tarik (undi) calon Pas di situ. Di Marang dan Kuala Terengganu pula kita akan kerja lebih keras untuk tawan kembali. Kita ada strategi tetapi tak boleh dedahkan dahulu," katanya.Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, UMNO Terengganu tidak terkesan dengan keputusan Pas untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)."UMNO tak rugi apa-apa. Kita bukan kali pertama hadapi pilihan raya. Cuma bazir sebab libatkan kos tinggi. Pengundi luar pun kena dua kali balik untuk mengundi," katanya.Ketika ditanya adakah beliau bersedia sekiranya dicalonkan pada PRU15 ini, Ahmad berkata, beliau tidak berhasrat untuk merebut kerusi Parlimen, sebaliknya mahu menumpu kepada misinya meneruskan pembangunan di Terengganu.Beliau juga menyerahkan keputusan tersebut kepada pucuk pimpinan parti yang disifatkannya lebih berhak dan bijaksana."Saya mahu kekal bertanding di negeri kalau diberi peluang. Tetapi terpulang kepada pucuk pimpinan nak letak di mana," katanya. - Bernama
malay
[ "UMNO Terengganu", "Datuk Seri Ahmad Said", "Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali" ]
[ "CHUKAI", "Kemaman", "Setiu", "Hulu Terengganu", "Besut", "Kuala Nerus", "Marang", "Kuala Terengganu" ]
3
8
okay
RoS tiada kuasa halang UMNO pinda perlembagaan parti KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak mempunyai kuasa untuk menghalang UMNO meluluskan pindaan perlembagaan parti itu.Mohamad berkata, beliau yakin tiada masalah untuk RoS meluluskan pindaan perlembagaan UMNO bagi memasukkan penangguhan pemilihan parti selama enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU)."RoS tidak sepatutnya ada halangan. RoS tak boleh kuasai parti. RoS hanya pantau sama ada kita ikut perlembagaan atau tidak."Jadi saya tak rasa ada apa-apa halangan daripada RoS untuk luluskan pindaan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Wacana Aspirasi UMNO bertajuk ‘Menggalas Perjuangan, Mendepani Cabaran’ di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Rabu.Jelas Mohamad, mesyuarat agung luar biasa (EGM) akan diadakan pada Ahad ini dan permohonan pindaan akan dihantar ke Ros pada 17 Mei ini.Katanya, pindaan tersebut juga penting memastikan tidak berlaku perpecahan dalam UMNO sebelum PRU."Dalam pemilihan parti memang akan ada perpecahan jadi kami tak mahu parti pecah-belah sebelum PRU."Penting untuk memastikan semua dalam parti bekerjasama demi kemenangan UMNO pada PRU15," katanya.
malay
[ "Datuk Seri Mohamad Hasan", "Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia", "UMNO", "RoS" ]
[ "Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur" ]
4
1
okay
Tarikh PRU15 perlu sensitif kaum, perayaan IPOH - Tarikh yang dicadangkan untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu mengambil kira sensitiviti perayaan yang disambut oleh kaum-kaum di negara ini.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, PRU15 tidak sesuai diadakan pada bulan Oktober memandangkan perayaan Deepavali akan berlangsung tidak lama lagi.Menurutnya, adalah lebih baik diadakan PRU15 sehingga tamat tempoh penggal Parlimen bersama-sama dengan Dewan Undangan Negeri (DUN)."Untuk jimatkan kos, Parlimen patut dibubarkan serentak dengan DUN iaitu akhir penggal. Kalau di akhir penggal, semua terpaksa bubar, tak perlu tanya siapa pun. Tak payah berunding pun sebab kita tinggal beberapa bulan sahaja."Mengapa kita tak tunggu sampai habis penggal sebab sekarang ini musim tengkujuh. Kalau dia buat pada bulan ini, dia juga tak hormat kepada kaum India," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Perak Kali ke-21 di sebuah hotel di sini pada Ahad.Pada 30 September, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mencapai ketetapan bahawa pembubaran Parlimen perlu dilakukan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, berdasarkan keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertua Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.
malay
[ "Anthony Loke", "Datuk Seri Ahmad Maslan", "Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob" ]
[ "IPOH", "Konvensyen Tahunan DAP Perak", "hotel di sini" ]
3
3
okay
PRU15: Anwar turun Tambun lepas mengundi di Permatang Pauh IPOH - Selepas membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti, Permatang Pauh, Pulau Pinang, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim turun ke kawasan ditandinginya di Tambun meninjau proses pengundian.Lokasi pertama yang dilawati di SK Manjoi 2, di sini kira-kira jam 10.55 pagi sambil diiringi calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi, Datuk Asmuni Awi.Beliau mengambil masa kira-kira 15 minit menyantuni pengundi di pusat mengundi berkenaan sebelum bergerak ke lokasi seterusnya.Ketika ditemui pemberita, Anwar berpuas hati dengan peratusan semasa keluar mengundi yang disifatkan amat baik."Setakat ini baik cuma saya lihat ada beberapa saluran yang terpaksa beratur panjang dan ada masalah akses internet bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Tapi saya difahamkan ini dah dibetulkan."Kalau ikut peratusan setakat ini baik kerana ramai bimbang cuaca hujan di sebelah petang," katanya.Di Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Al-Ihtidaiyah, Jalan Ampang, Tambun di sini, calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjadi pengundi terawal yang membuang undi.Beliau tiba di pusat mengundi itu kita kira-kira jam 7.55 pagi diiringi isteri, Datin Seri Nomee Ashikin Mohammed Radzi dan selesai mengundi pada 8.05 pagi.Sementara itu, selain Ahmad Faizal, turut membuang undi di kawasan Parlimen ini ialah calon BN, Datuk Aminuddin Md Hanafiah.Beliau bersama isteri, Datin Rosnizan Abdul Aziz tiba di Sekolah Kebangsaan Tanah Hitam, Chemor pada jam 9.05 pagi dan selesai membuang undi jam 9.15 pagi.Bagaimana pun, seorang lagi calon kerusi Parlimen Tambun mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Abdul Rahim Tahir membuang undi di Pantai Remis.Kerusi Parlimen Tambun menyaksikan pertembungan empat penjuru, membabitkan Ahmad Faizal selaku penyandang menentang Aminuddin, Anwar dan Abdul Rahim pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
malay
[ "Datuk Seri Anwar Ibrahim", "Datuk Asmuni Awi", "Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu", "Datin Seri Nomee Ashikin Mohammed Radzi", "Datuk Aminuddin Md Hanafiah", "Datin Rosnizan Abdul Aziz", "Abdul Rahim Tahir" ]
[ "Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Permatang Pauh, Pulau Pinang", "Sekolah Kebangsaan Manjoi 2, Manjoi", "Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Ihtidaiyah, Jalan Ampang, Tambun", "Sekolah Kebangsaan Tanah Hitam, Chemor", "Pantai Remis" ]
7
5
okay
Tarikan Selangor pikat pelancong Sepanyol Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, inisiatif itu dilaksanakan menerusi penyertaan Selangor, pada program Persidangan Pelancongan Antarabangsa (FITUR 2018) di Madrid, pada 18 Januari lalu. “Tidak dilupakan negeri ini juga sebagai gerbang atau pintu masuk ke Malaysia melalui dua lapangan terbang di Sepang, iaitu KLIA dan KLIA 2 juga di Subang. “Malah terdapat kemudahan pintu masuk melalui laut yang menjadi pangkalan kepada pengunjung atau pelabur dari Eropah yang menggunakan Pelabuhan Klang,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan FITUR yang turut disertai delegasi kerja Tourism Malaysia dan Tourism Selangor, di Feria De Madrid. Antara tumpuan pelancongan di Selangor ialah Sky Mirror Kuala Selangor, Firefilies Park Kampung Kuantan, Mah Meri Cultural Village dan Gombak Selangor Quartz Ridge. “Selangor teruja dapat mengambil bahagian dalam FITUR 2018 dan optimis menjalin kerjasama dengan mana-mana organisasi pelancongan bagi merancakkan pembangunan pelancongan di negeri ini,” katanya.
malay
[ "Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali", "Tourism Malaysia", "Tourism Selangor" ]
[ "Selangor", "Sepang", "KLIA", "KLIA 2", "Subang", "Pelabuhan Klang", "Madrid", "Feria De Madrid", "Kuala Selangor", "Kampung Kuantan", "Gombak", "Selangor Quartz Ridge" ]
3
12
okay
Bersatu Kedah sokong Sanusi tidak bubar DUN ALOR SETAR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah menyokong keputusan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga tamat penggal.Ketua Penerangan Bersatu Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata, pendirian parti itu selari dengan Muhammad Sanusi kerana mandat untuk menerajui kerajaan yang diberikan rakyat adalah untuk tempoh lima tahun.Menurutnya, ini disusuli pula dengan keadaan negara kini yang berdepan situasi ekonomi yang belum stabil akibat daripada pandemik Covid-19.“Sepatutnya tumpuan diberikan untuk kerajaan fokus kepada isu-isu menstabilkan kembali agenda ekonomi,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Ahad.Khairul Anuar tegaskan, pada ketika ini kerajaan tidak perlu melayan kelompok-kelompok yang rakus kuasa sehingga mengabaikan kepentingan rakyat dan negara."Saya percaya rakyat juga setuju supaya kerajaan negeri pimpinan Muhammad Sanusi meneruskan mandat mentadbir Kedah sehingga tamat penggal.“Ini mandat yang diberikan pengundi kepada kerajaan agar beri perhatian untuk angkat ekonomi rakyat,” katanya.Sebelum ini, Muhammad Sanusi telah beberapa kali tegaskan Kedah tidak akan membubarkan DUN sehingga tamat tempoh penggal, sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.Terbaharu, pada 4 September, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan, tiga negeti ditadbir Pas, iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan bubarkan DUN masing-masing lebih awal sebelum Mac 2023.Dalam pada itu, Khairul Anuar berkata, penggunaan logo parti untuk Perikatan Nasional (PN) bertanding pada PRU15 wajar diputuskan dalam mesyuarat badan tertinggi PN.“Ini kerana setiap tindakan yang babitkan perkara bersama rakan gabungan, perlu dibincang dan diperhalusi supaya manfaat tersebut membantu PN untuk menang pilihan raya akan datang,” katanya.
malay
[ "Parti Pribumi Bersatu Malaysia", "Bersatu Kedah", "Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor", "Khairul Anuar Ramli", "Sinar Harian", "Muhammad Sanusi", "Tan Sri Abdul Hadi Awang", "Pas", "Perikatan Nasional", "PN" ]
[ "Alor Setar", "Kedah", "Kelantan", "Terengganu" ]
10
4
okay
Terima secara terbuka Kerajaan Perpaduan KUALA LUMPUR - Di sebalik pelbagai reaksi pelantikan jemaah menteri pada Jumaat lepas, hakikatnya Kerajaan Perpaduan yang terbentuk merupakan langkah penting dalam menamatkan kemelut ketidaktentuan politik dan Parlimen tergantung yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah negara.Bertitik tolak daripada hasrat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Kerajaan Perpaduan itu dilihat sebagai jalan rintis kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mewujudkan sebuah kerajaan kuat dan stabil bagi mengelakkan situasi ketidakstabilan politik berlaku lagi sepertimana penggal lepas.Biarpun begitu, langkah yang diambil Pengerusi Pakatan Harapan (PH) ini ketika mengumumkan jemaah barisan menteri kabinetnya seramai 28 orang itu dan disifatkan banyak pihak ‘berwajah Malaysia’ telah menimbulkan pelbagai reaksi positif dan sebaliknya walaupun telah memasuki hari kelima pelantikannya.Dua jawatan yang menjadi tumpuan dan perbualan pelbagai lapisan masyarakat ialah jawatan Menteri Kewangan yang dipegang Perdana Menteri dan juga jawatan Timbalan Perdana Menteri yang diberikan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Pelantikan Zahid yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dilihat memberi imej negatif kepada Kerajaan Perpaduan berikutan pertuduhan mahkamah melibatkan kes rasuah yang sedang dihadapinya manakala Anwar dikatakan tidak wajar untuk Perdana Menteri memegang portfolio Menteri Kewangan.Situasi berbezaMengulas mengenainya, penganalisis politik, Prof. Dr Azmi Hassan berpendapat, adalah tidak wajar mempersoalkan tindakan Anwar dalam pembentukan barisan kabinetnya memandangkan kabinet kali ini adalah berbeza dan sukar sekali gus memerlukan sokongan jajaran parti lain dalam membentuk kerajaan.Keadaan ini menurut Azmi menuntut Anwar mengambil kira sokongan yang bukan sahaja dalam kalangan PH tetapi juga gabungan parti lain dalam pelantikan jemaah menterinya walaupun beliau pada dasarnya mempunyai hak untuk melantik sesiapa sahaja yang dirasakan layak dalam membantunya mentadbir negara."Anwar terpaksa meneliti beberapa faktor (pelantikan barisan menteri) dan pembahagian jawatan ini penting untuk beliau menghalusi sewajarnya memandangkan ia merupakan asas penting kerjasama dengan pelbagai parti dalam menjamin kestabilan politik negara,” kata Azmi kepada Bernama.Kerana itu, Azmi berkata semua pihak perlu menerima hakikat akan situasi pentadbiran negara ketika ini serta menghentikan segala suara ketidakpuasan hati memandangkan pembentukan Kerajaan Perpaduan ini juga merupakan hasrat Seri Paduka Baginda.Malah, Azmi yang juga Geostrategis dan Felow Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara berpandangan adalah tidak mustahil sekiranya langkah pembentukan Kerajaan Perpaduan itu tidak diambil negara berkemungkinan hingga kini masih lagi dalam kemelut politik dan tidak mempunyai kerajaan."Dengan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda, maka tertubuhlah apa yang dikatakan Kerajaan Perpaduan atau sesetengah pihak memanggilnya kerajaan campuran dan menerusi langkah ini, kita melihat Anwar dan parti politik yang berkerjasama melakukan pengorbanan besar dan ini harus diterima rakyat."Saya pasti rakyat akan menghargainya juga kerajaan ini sebaik jemaah menteri melaksanakan tugas-tugas mereka,” katanya.Kuasa Perdana MenteriSementara itu, pakar perlembagaan daripada Universiti Teknologi Malaysia,Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, biarpun dalam Perlembagaan Persekutuan tiada kategori Kerajaan Perpaduan, namun kerajaan yang dibentuk kali ini menggambarkan hasrat kerajaan baharu dalam mengukuhkan lagi perpaduan kaum dan juga perpaduan dalam kabinet pimpinan Anwar."Dalam perlembagaan, penubuhan kerajaan adalah berasaskan sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat... Jadi, selagi Perdana Menteri mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat, maka ia sah untuk ditubuhkan."Penjenamaan sesebuah kerajaan boleh dibuat berdasarkan keperluan, cuma dalam konteks ilmu sains politik, kategori kerajaan ini adalah kerajaan campuran, melibatkan beberapa buah parti ataupun Kerajaan Perpaduan apabila semua parti bergabung dalam kerajaan dan tiada pembangkang,” katanya.Ketika diminta mengulas mengenai kritikan barisan kabinet kerajaan baharu, beliau berkata adalah menjadi perkara biasa kritikan atau pandangan yang disuarakan rakyat dalam sebuah negara berkonsepkan demokrasi dan ia harus diraikan.Bagaimanapun, beliau berkata pelantikan barisan jemaah menteri kabinet ini tidak boleh dikaitkan dengan Yang di-Pertuan Agong memandangkan Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan ia adalah berdasarkan nasihat Perdana Menteri kepada Seri Paduka Baginda."Pelantikan menteri tidak termasuk dalam budi bicara Yang di-Pertuan Agong kerana di bawah Perkara 40, ia adalah kuasa Perdana Menteri untuk melantik menteri-menteri dan kerana itu jika terdapat kritikan kabinet, ia tidak perlu dikaitkan dengan kedudukan atau titah Seri Paduka Baginda,” katanya.Landskap politik berubahBagi pensyarah kanan di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, beliau berpandangan masyarakat seharusnya memahami landskap politik negara berubah mengikut keadaan semasa dan perlu menerima dengan hati terbuka.Tambahnya lagi, ini bukannya masa untuk terus mempertikaikan pembentukan kabinet Kerajaan Perpaduan tetapi sebaliknya mencari titik persamaan atau keseimbangan antara gabungan parti supaya kerajaan ini dapat berfungsi dengan baik."Politik negara dinamik dan sebab itu kita tidak boleh terlalu stereotaip. Malah, Anwar dilihat bertindak lebih baik dengan melantik kabinetnya berdasarkan cadangan parti siapa yang layak (dipilih sebagai menteri) selain mengikut hierarki dan tindakan itu membuatkan pemilihan anggota kabinet lebih stabil."Disebabkan itu, yang penting ketika ini adalah rakyat harus memantau untuk memastikan kerajaan Persekutuan boleh ‘deliver’ dan buat kerja dengan sebaiknya daripada (kita) terus mempertikaikan (pembentukannya) tanpa ada titik nokhtah.”Beliau juga yakin barisan kepimpinan kerajaan kali ini tidak mudah goyah kerana menyifatkan perdana menteri akan memimpin pentadbiran negara dengan berpegang teguh pada prinsip-prinsip perlembagaan kerana tidak mahu situasi kabinet diragui dan tidak diyakini seperti penggal sebelumnya berlaku lagi. - Bernama
malay
[ "Yang di-Pertuan Agong", "Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah", "Perdana Menteri", "Datuk Seri Anwar Ibrahim", "Pengerusi Pakatan Harapan", "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi", "Pengerusi Barisan Nasional", "Prof. Dr Azmi Hassan", "Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof", "Prof. Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain" ]
[ "KUALA LUMPUR", "Universiti Teknologi Malaysia", "Universiti Putra Malaysia" ]
10
3
okay
Hilang keyakinan, MCA desak Ahmad Zahid letak jawatan SHAH ALAM - MCA menegaskan bahawa parti itu telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, Ahmad Zahid perlu melepaskan jawatan Pengerusi BN yang secara terhormat bagi memberikan laluan kepada pemimpin baharu untuk mengambil alih pucuk pimpinan BN sekali gus menentukan hala tuju parti.“Pada masa yang sama, MCA berpendapat bahawa pemangku Pengerusi BN perlulah memanggil Mesyuarat Dewan Tertinggi dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan pencapaian terburuk BN dalam sejarah dengan hanya memenangi 30 kerusi selain gagal mempertahankan kubu kuat parti itu.Dalam pada itu Sin Woon turut menegaskan, tiada mana-mana pihak berhak mewakili BN untuk berunding dengan mana-mana parti politik tanpa mandat daripada Dewan Tertinggi gabungan itu.Katanya lagi, MCA juga kecewa dengan keputusan Ahmad Zahid menangguhkan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dijadualkan pada malam ini.“Dalam keadaan politik negara masih belum stabil dan tidak menentu selepas PRU15, keperluan Mesyuarat Dewan Tertinggi adalah amat mendesak untuk membincangkan situasi terkini serta membuat keputusan BN sebagai satu blok,” katanya.
malay
[ "MCA", "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi", "Datuk Chong Sin Woon", "Datuk Ahmad Zahid" ]
[ "SHAH ALAM" ]
4
1
okay
[VIDEO] 'Kami tidak tahu Azmin calon TPM' - MPT Bersatu PUCHONG - Dua Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberitahu mereka tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan dakwaan bahawa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dicalonkan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri (TPM).Perkara itu dizahirkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah."Saya tidak tahu, (Adakah ia dibincangkan dalam mesyuarat MPT) kami tidak tahu."Kalau tahu nanti kami beritahu," kata Abdul Latiff pada sidang media sempena sambutan Hari ASEAN ke-55 di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) pada Isnin.Perkara sama turut diberitahu Saifuddin ketika ditanya mengenai laporan media bahawa Mohamed Azmin adalah calon tunggal gabungan itu untuk jawatan TPM."Jawapan saya sama sebab dalam kabinet kami duduk sebelah- menyebelah," katanya.Media sebelum ini melaporkan Bersatu menuntut kerusi TPM daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan mencalonkan nama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi jawatan itu.Laporan memetik sumber itu berkata Mohamed Azmin merupakan calon tunggal yang dikemukakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengisi jawatan berkenaan seperti mana perjanjian.
malay
[ "Datuk Seri Mohamed Azmin Ali", "Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad", "Datuk Seri Saifuddin Abdullah", "Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob", "Tan Sri Muhyiddin Yassin" ]
[ "Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Puchong" ]
5
1
okay
PN tanding semua kerusi Parlimen, DUN di Pahang KUANTAN - Perikatan Nasional (PN) Pahang akan meletakkan calon untuk bertanding di kesemua 14 kerusi Parlimen dan 42 Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Pengerusinya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, perkara itu sudah diputuskan dengan pembahagian kerusi antara parti dalam gabungan berkenaan."Saya sahkan pada pilihan raya kali ini, PN Pahang akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN."Pembahagian kerusi antara Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), Pas dan Gerakan (Parti Gerakan Rakyat Malaysia) sudah selesai dan kini menunggu keputusan daripada Majlis Tertinggi PN Pusat," katanya.Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota di sini pada Khamis.Saifuddin berkata, senarai calon bertanding akan diumumkan sebelum hari penamaan calon dan semua parti gabungan akan bertanding atas tiket PN.Mengulas sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin berkata, segala keputusan mengenai kerusi mana dipertandingkan akan diputuskan Majlis Tertinggi PN."Setakat ini, parti belum buat keputusan sama ada saya bertanding di sini (Indera Mahkota) atau di kawasan lain."Jumlah kerusi yang akan ditandingi Bersatu, Pas dan Gerakan belum boleh diumumkan sekali tiada keputusan daripada pucuk pimpinan tertinggi parti," katanya.Pada PRU14, Saifuddin menang kerusi Parlimen Indera Mahkota dengan majoriti 10,950 undi.Ketika itu, Saifuddin mewakili Pakatan Harapan (PH) mendapat 28,578 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Johan Mat Sah (17,628 undi) dan calon Pas, Nasrudin Hassan (17,515 undi).Pahang ditadbir BN selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 menyaksikan BN menang 25 daripada 42 DUN, manakala Pakatan Harapan (sembilan) dan Pas (lapan).
malay
[ "Perikatan Nasional (PN) Pahang", "Datuk Seri Saifuddin Abdullah", "Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia)", "Pas", "Gerakan (Parti Gerakan Rakyat Malaysia)", "Majlis Tertinggi PN Pusat", "Majlis Tertinggi PN", "Datuk Dr Johan Mat Sah", "Nasrudin Hassan" ]
[ "Pahang", "Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota", "Indera Mahkota" ]
9
3
okay
Wetrom sudah hantar surat keluar Bersatu KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau, Datuk Wetrom Bahanda mengesahkan bahawa beliau sudah menghantar surat peletakan jawatannya sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Beliau dalam pada itu turut mengesahkan akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Marudu atas tiket parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)."Saya secara sah telah keluar daripada Bersatu, saya umumkan untuk bertanding sebab melihat keadaan di Kota Marudu dan aspirasi rakyat pada dasarnya."Saya sudah hantar (surat) peletakan jawatan ahli Bersatu. (Bagaimanapun jawatan Pembantu Menteri), itu di luar bidang kuasa saya, itu terpulang kepada Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Noor)."Ini adalah prerogatif (kuasa) Ketua Menteri, saya tidak boleh melebihi kuasa beliau," katanya ketika sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Makan Malam Solidariti KDM di Dewan Hakka, Likas, di sini, pada malam Jumaat.Sementara itu, Presiden KDM, Datuk Peter Anthony berkata, kebiasaannya apabila seorang wakil rakyat menyertai mana-mana parti politik lain secara automatik akan gugur keahliannya."Jadi sama ada mereka terima atau tidak, itu normal dalam politik," jelasnya.Sebelum itu, kehadiran Wetrom pada majlis rasmi KDM merungkai segala persoalan berhubung status beliau dalam Bersatu selain dikatakan berhasrat untuk bertanding di Kota Marudu.Media sebelum ini melaporkan Wetrom keluar daripada Bersatu dan berhasrat untuk menyertai Parti Warisan pada Sabtu lalu.Perkara itu turut disahkan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,namun memaklumkan bahawa permohonannya akan dipertimbangkan tetapi tanpa sebarang tawaran jawatan.Bagaimanapun, selepas tiga hari kemudian tular sekali lagi di media sosial gambar Wetrom yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri bersama Peter dan dikatakan beliau telah menyertai KDM.
malay
[ "Wetrom Bahanda", "Datuk Wetrom Bahanda", "Datuk Peter Anthony", "Datuk Seri Hajiji Noor", "Datuk Seri Mohd Shafie Apdal" ]
[ "Dewan Hakka, Likas", "Kota Kinabalu", "Parlimen Kota Marudu" ]
5
3
okay
PRU15: Hans, Xavier nafi bertanding kerusi Parlimen Kuala Langat SHAH ALAM - Pengarah dan pelakon, Datuk Gerald Hans Isaac, 51 serta bekas Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar menafikan diri mereka bertanding merebut kerusi Parlimen Kuala Langat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).Ia berikutan sebuah poster tular dalam media sosial pada Sabtu memaparkan kedua-dua mereka bersama Ketua Wanita MIC, Datuk Mohana Muniandy Rama dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.Namun Hans Isaac ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan dirinya tidak mengetahui tentang dirinya terpilih sebagai calon yang akan bertanding merebut kerusi Parlimen tersebut."Sudah empat hari saya dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur kerana ada jangkitan paru-paru, hari ini baru keluar."Yang itu (poster tular) saya tidak tahu, apa-apa saya kena tunggu pucuk pimpinan atau presiden hubungi seperti biasa," katanya pada Sabtu.Dalam pada itu, Xavier memaklumkan ingin berehat seketika daripada sebarang aktiviti politik buat masa ini walaupun banyak pihak inginkan beliau bertanding dalam PRU15.Bagaimanapun, beliau tetap dengan keputusannya untuk berhentikan kegiatan politik buat sementara waktu."Penduduk, ketua komuniti dan sebagainya nak saya bertanding kerana saya masih terus bertugas hingga ke hari ini."Tapi saya nak ambil rehat sedikit daripada politik, sekarang (suasana politik) memang sangat panas," katanya.
malay
[ "Datuk Gerald Hans Isaac", "Datuk Dr Xavier Jayakumar", "Datuk Mohana Muniandy Rama", "Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi" ]
[ "Parlimen Kuala Langat", "Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur", "Selangor", "Kuala Langat" ]
4
4
okay
Biar BN kekal sebagai pembangkang berintegriti: Megat Zulkarnain GOMBAK - Barisan Nasional (BN) perlu kekal sebagai pembangkang untuk memainkan peranan semak dan imbang bagi kepentingan rakyat.Pandangan itu dikemukakan Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin menerusi kemas kini di Facebook beliau pada Ahad."Secara peribadi saya berpendapat biarlah BN kekal sebagai pembangkang yang berintegriti dan menjadi suara rakyat serta melakukan semak imbang untuk kepentingan rakyat," katanya.Pada Ahad, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustaffa Billah Shah menitahkan gabungan parti-parti politik yang dipersetujui perlu mengemukakan nama seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri ke-10 kepada Istana Negara sebelum jam 2 petang Isnin.Ia selepas tiada mana-mana parti berjaya memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada keseluruhan jumlah 219 kerusi dipertandingkan bagi peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Dalam pada itu, Megat Zulkarnain yang turut bertanding di Parlimen Gombak pada PRU15 akur dengan keputusan rakyat yang memilih Datuk Seri Amirudin Shari dari Pakatan Harapan (PH) sebagai Ahli Parlimen Gombak yang baharu.Beliau berterima kasih kepada penyokong yang telah memberi undi kepadanya dan menghargai kepercayaan yang telah diberikan."Jutaan terima kasih juga buat semua jentera BN Gombak yang telah bertungkus lumus membantu saya. Hanya ALLAH SWT dapat membalas segala pengorbanan dan penat lelah kalian semua."Kepada rakyat Gombak yang dikasihi, saya akan terus berada dan berkhidmat di bumi Gombak yang bertuah ini. Boleh jumpa saya di kompleks silat saya," ujarnya.Megat Zulkarnain juga mengucapkan tahniah kepada Amirudin atas kejayaan menawan Gombak dan berharap Pengerusi PH Selangor itu dapat melaksanakan tugas sebagai ahli Parlimen dengan baik.PRU15 menyaksikan Amirudin berjaya menewaskan empat pencabar lain termasuk penyandang selama tiga penggal, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan majoriti 12,729 undi.Beliau memperoleh 72,267 undi diikuti Mohamed Azmin (PN) dengan 59,538 undi, Megat Zulkarnain (30,723), Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir (Pejuang) 2,223 undi dan Ir Zulkifli Ahmad (Bebas) 675 undi.
malay
[ "Megat Zulkarnain Omardin", "Yang di-Pertuan Agong", "Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah", "Datuk Seri Amirudin Shari", "Datuk Seri Mohamed Azmin Ali", "Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir", "Ir Zulkifli Ahmad" ]
[ "Gombak", "Istana Negara", "Parlimen Gombak", "kompleks silat Megat Zulkarnain" ]
7
4
okay
'Isu calon PM hanya pandangan peribadi Kian Ming' TELUK INTAN - Naib Pengerusi DAP Pusat, Nga Kor Ming menyifatkan kenyataan bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming mengenai calon perdana menteri sebagai pandangan peribadi.Menurut beliau, dalam negara yang mengamalkan demokrasi, pemimpin DAP itu bebas untuk memberikan pendapat termasuk berkaitan isu politik."Baik ahli Parlimen atau pemimpin, mereka bebas untuk memberikan pendapat peribadi."Bagaimanapun setiap pemimpin itu adalah terikat dengan keputusan parti, jelas. Itu sahaja," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pasar Besar Teluk Intan di sini pada Jumaat.Beliau berkata demikian ketika mengulas pandangan Kian Ming agar bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Sufian Hamdan patut menyertai DAP kerana parti itu ketiadaan calon perdana Menteri.Ong Kian menyuarakan pandangan berkenaan ketika sesi temu bual menerusi siri audio siar 'keluar sekejap' bertajuk 'Kenapa Melayu Tak Suka DAP?'.Pada Januari lepas, Khairy Jamaluddin yang merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO dipecat daripada UMNO sementara Shahril Sufian digantung keahlian.
malay
[ "Kian Ming", "Naib Pengerusi DAP Pusat", "Nga Kor Ming", "bekas Ahli Parlimen Bangi", "Ong Kian Ming", "Ahli Parlimen", "pemimpin DAP", "Khairy Jamaluddin Abu Bakar", "Shahril Sufian Hamdan", "bekas pemimpin UMNO", "Khairy Jamaluddin", "Shahril Sufian" ]
[ "Teluk Intan", "Pasar Besar Teluk Intan" ]
12
2
okay
Wujud Parlimen berpenggal tetap, hapus 'teka-teki' tarikh PRU PUTRAJAYA - Pembubaran Parlimen di masa akan datang dicadang hanya dilakukan apabila penggal tamat iaitu selepas lima tahun, supaya Pilihan Raya Umum (PRU) mempunyai tarikh tetap.Penganalisis politik, Prof Wong Chin Huat berpendapat, selain memberi tarikh PRU yang lebih terjangka, Parlimen berpenggal tetap ini dilihat mampu memberi prospek lebih meyakinkan kepada pelabur asing, untuk melabur ke dalam negara."Bila PRU tiada tarikh tetap, ini menyusahkan rakyat di peringkat akar umbi, kalau anda seorang polis, cikgu penjawat awam, malah wartawan juga, tidak boleh rancang cuti untuk kenduri kahwin dan sebagainya."Ini pun menyusahkan menteri kerana tidak dapat buat perancangan jauh dan menyusahkan pelabur, kerana mereka tidak tahu bila kerajaan tukar,” katanya.Pensyarah dari University Sunway itu berkata demikian ketika pembentangan bertajuk Kestabilan atas Musyuwarah, bukan Dominasi: Peranjakan Paradigma Politik dalam Keluarga Malaysia, sempena Simposium Keluarga Malaysia: Pencapaian dan Harapan di sini hari ini.Chin Huat berkata, berbeza sebelum ini, di mana Perdana Menteri mempunyai budi bicara untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi mengadakan PRU lebih awal sebelum tamat tempoh lima tahun, selepas ini, dicadangkan Parlimen hanya boleh dibubar di bawah dua keadaan."Apabila perdana menteri hilang kepercayaan dan jika dua pertiga ahli Parlimen mahukan pembubaran awal, maka dia (perdana menteri) boleh memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen."Jika tidak, biarkan Parlimen habis (lima tahun), ini juga bermaksud (dalam keadaan sekarang) kerajaan harus diberi peluang habiskan kerja sampai 15 Julai 2023,” katanya.Sementara itu Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz dalam pembentangannya bertajuk Undang-Undang dan Kesejahteraan Keluarga Malaysia berkata, pencapaian pentadbiran kerajaan yang diketuai Ismail Sabri dalam konteks undang-undang adalah amat baik."Ini kerana pihak legislator (Ahli Parlimen), telah berjaya meluluskan lebih kurang 40 Rang Undang-Undang, termasuk beberapa undang-undang penting, tiga RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan, termasuk bagi membaikpulih hubungan dalam sebuah negara Persekutuan dan banyak pindaan Akta,” katanya.Beliau berkata, kejayaan menggubal undang-undang anti bertukar parti juga adalah satu lagi pencapaian besar, di bawah pentadbiran Ismail Sabri."Walaupun undang-undang ini belum lagi pasti berjaya menghalang perubahan kerajaan pada masa akan datang, namun sekurang-kurangnya ia dapat ‘menyukarkan’ perkara ini untuk berlaku,” katanya. - Bernama
malay
[ "Prof Wong Chin Huat", "Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz", "Ismail Sabri", "Yang di-Pertuan Agong" ]
[ "PUTRAJAYA", "University Sunway" ]
4
2
okay
Fahmi nafi PKR tawar KJ jawatan Timbalan Presiden parti SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Permatang Pauh, Fahmi Zainol menafikan PKR menawarkan jawatan Timbalan Presiden parti kepada bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.Beliau berkata, zaman sekarang terlampau banyak sindiket penipuan dengan pelbagai taktik untuk meraih perhatian masyarakat."Scam zaman moden macam-macam jenis," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Isnin.Beliau berkata demikian merujuk kepada surat rasmi yang tersebar di media sosial.Surat tersebut kononnya dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung PKR pada Isnin, yang menawarkan bekas Menteri Kesihatan berkenaan untuk menyertai PKR termasuk memberikan jawatan Timbalan Presiden parti secara lantikan.Dalam kandungan berkenaan juga meminta Khairy untuk memberi jawapan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat itu dikeluarkan.
malay
[ "Fahmi Zainol", "Khairy Jamaluddin Abu Bakar" ]
[ "SHAH ALAM", "Permatang Pauh" ]
2
2
okay
PRN: Gerakan tanding di semua negeri KUALA LUMPUR - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyuarakan hasrat meletak calon parti itu bertanding di semua negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menjelaskan, rundingan pemilihan kerusi pada PRN akan datang juga telah dibuat bersama rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN)."Kita menghantar kurang daripada 70 nama kepada Majlis Tertinggi Perikatan Nasional untuk dipertimbangkan," katanya pada sidang media Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan Yang Ke-51 di ibu negara pada Sabtu.Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook baru-baru ini berhubung Gerakan patut dibubarkan kerana tidak dapat mandat rakyat.Menurut Dominic, walaupun tidak mendapat mandat daripada rakyat tetapi Gerakan akan terus kekal relevan.Beliau berkata, Anthony Loke tidak faham kenapa Gerakan terus kekal relevan walaupun sudah kalah dalam beberapa pilihan raya."Ini kerana Gerakan bukan seperti DAP. Mendapat mandat daripada menipu rakyat dengan janji-janji kosong."Sebelum pilihan raya mereka cakap ingin iktiraf UEC (Sijil Peperiksaan Bersama), AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971), dan pilihan raya kerajaan tempatan. Mana janji-janji itu? Penipuan ini dibuat untuk mendapat mandat rakyat tetapi mereka hanya diam selepas mendapat mandat," jelasnya.Tambah Dominic, Gerakan akan terus kekal relevan kerana mempunyai prinsip dan akan menunaikan janji-janji sekiranya diberi mandat pada pilihan raya akan datang.
malay
[ "Parti Gerakan Rakyat Malaysia", "Gerakan", "Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai", "Perikatan Nasional", "Majlis Tertinggi Perikatan Nasional", "Anthony Loke Siew Fook", "DAP" ]
[ "Kuala Lumpur" ]
7
1
okay
UPKO cadang kerusi Parlimen Kota Belud ditambah KOTA BELUD - Kerusi Parlimen Kota Belud dicadangkan supaya ditambah apabila kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya dilaksanakan di negeri ini pada 2025.Cadangan itu dikemukakan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Belud yang melihat kawasan Parlimen Kota Belud luas dan mempunyai penduduk yang ramai.Naib Presiden UPKO yang juga Ketua Bahagian UPKO Kota Belud, Datuk Ewon Benedick berkata, ia selaras dengan komitmen kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan semula jumlah 35 peratus kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak."UPKO mencadangkan supaya Parlimen Kota Belud dipecahkan kepada dua iaitu Kadamaian dan Kota Belud."Ini juga selaras dengan komitmen kerajaan Persekutuan untuk menyemak semula jumlah wakil Sabah dan Sarawak dalam Parlimen."Saya juga bersetuju dengan langkah mendapatkan semula 35 peratus kerusi Parlimen seperti yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini," katanya.Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat UPKO Kota Belud di Pejabat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian di sini pada Isnin.Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi komitmen bahawa kerajaan akan memberi perhatian terhadap isu berbangkit di Sabah dan Sarawak, termasuk berkaitan jumlah wakil di dua negeri itu di Parlimen.Mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ewon yang juga ADUN Kadamaian berkata, walaupun PRU15 mungkin tidak diadakan tahun ini, namun parti-parti gabungan Pakatan Harapan (PH) sudah mengadakan persiapan awal dari segi pembahagian kerusi seterusnya mengenl pasti calon yang sesuai.
malay
[ "UPKO", "Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu", "Datuk Ewon Benedick", "Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob", "Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963", "Pakatan Harapan" ]
[ "Parlimen Kota Belud", "Kota Belud", "Kadamaian", "Sabah", "Sarawak", "Pejabat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian" ]
6
6
okay
Hanya ada satu kem dalam UMNO - Ahmad Zahid KUALA LUMPUR - Tidak wujud sebarang kem dalam UMNO pada pemilihan parti kali ini, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata hanya ada satu kem dalam parti berkenaan, iaitu kem UMNO Malaysia."Tidak ada kem. Satu kem saja, kem UMNO Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Mara Halal Industrial Park di sini hari ini.Ahmad Zahid ditanya mengenai dakwaan kewujudan tiga kem dalam UMNO pada pemilihan kali ini iaitu kem yang menyokong beliau, kem yang tidak menyokong dan kem yang berpendirian neutral.Ditanya mengenai apa yang beliau sifatkan mengenai dakwaan itu, beliau menjawab beliau tidak menyifatkan apa-apa."Tidak ada sifatkan apa-apa. Kem (dalam UMNO) memang tidak ada. Tidak wujud pun,” katanya.Ditanya mengenai sama ada beliau menyokong Datuk Seri Dr Noraini Ahmad untuk jawatan Ketua Wanita UMNO, beliau berkata Noraini dan pencabarnya Tan Sri Shahrizat Abduk Jalil diberi peluang yang sama."Saya pergi ke rumah kedua-duanya, rumah Shahrizat dan Noraini. Ini memperlihatkan saya adil dan memberi peluang kepada kedua-duanya,” katanya.Ahmad Zahid berkata beliau akan mengetuai rombongan memperkenalkan calon-calon yang bertanding pelbagai jawatan dalam parti di peringkat nasional, pada hujung minggu ini.Beliau berkata seramai 330 calon disahkan bertanding pada pemilihan UMNO kali ini, terdiri daripada lapan calon bagi jawatan Naib Presiden, 93 (Majlis Tertinggi), dua (Ketua Wanita) dan enam (Ketua Puteri), manakala sebanyak 61 calon bertanding bagi jawatan exco Wanita, 113 (exco Pemuda) dan 42 (exco Puteri).Pemilihan UMNO diadakan bermula 1 Feb hingga 18 Mac ini, dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan pada 1 hingga 26 Feb.Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Pusat pula, bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac.Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac. - Bernama
malay
[ "Ahmad Zahid Hamidi", "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi", "Datuk Seri Dr Noraini Ahmad", "Tan Sri Shahrizat Abduk Jalil" ]
[ "Kuala Lumpur", "Mara Halal Industrial Park" ]
4
2
okay
Komponen BN sahkan surat usul tak percaya terhadap Zahid KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon mengesahkan kesahihan surat usul tidak percaya terhadap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya meletakkan jawatan.Mereka bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kandungan surat berkenaan.Surat yang ditandatangani oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Datuk Arthur Joseph Kurup itu dihantar kepada Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.Dalam surat tersebut, ketiga-tiga pemimpin parti komponen itu meminta Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berundur secara terhormat serta-merta dan digantikan Timbalan Pengerusi, Datuk Seri Mohamad Hasan.Berdasarkan surat yang tular itu, tindakan tiga parti komponen itu dibuat selepas Ahmad Zahid didakwa mengkhianati keputusan dicapai menerusi mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada jam 10 pagi Selasa.Menerusi mesyuarat berkenaan, BN berpendirian untuk berkecuali dan tidak menyokong mana-mana pihak bagi menubuhkan Kerajaan Persekutuan termasuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.“Perkara ini sudah diusulkan Presiden MIC dalam mesyuarat semalam, tetapi perjalanan mesyuarat terganggu apabila Pengerusi membenarkan Ahli Parlimen BN memasuki bilik mesyuarat walaupun mesyuarat Dewan Tertinggi BN masih belum selesai.“Kami akan memanggil mesyuarat Majlis Tertinggi BN untuk mengambil tindakan tatatertib sekiranya Pengerusi enggan berundur secara terhormat pada hari ini,” kata surat tersebut.
malay
[ "Datuk Seri M Saravanan", "Datuk Chong Sin Woon", "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi", "Datuk Seri Dr Wee Ka Siong", "Tan Sri SA Vigneswaran", "Datuk Arthur Joseph Kurup", "Datuk Seri Zambry Abdul Kadir", "Datuk Seri Mohamad Hasan", "Datuk Seri Anwar Ibrahim" ]
[ "Kuala Lumpur" ]
9
1
okay
'Mana Bersatu, tak berkuasa lagikah?' - Tun M SHAH ALAM - Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan keberadaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan tindakan UMNO yang akan menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Beliau berkata, Bersatu yang sebelum ini ‘dirampas’, gembira kerana pemimpinnya dilantik sebagai Perdana Menteri selepas BN merampas kuasa daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui tindakan beberapa ahli Parlimen melompat parti.Menurutnya, apabila Perdana Menteri dari Bersatu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dijatuhkan oleh UMNO, parti yang kalah PRU14 itu pula menjadi kerajaan.“Parti yang ditolak oleh rakyat (kalah pada PRU14) jadi kerajaan. Sebagai kerajaan, UMNO akan tentukan bila PRU15 akan diadakan.“Mana dia Bersatu. Tidak berkuasa lagikah?,” soal Ahli Parlimen Langkawi itu dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.Beliau turut berpandangan, Bersatu tidak akan menang dalam PRU15 kerana tidak mendapat sokongan UMNO dan Pas.Tegas Dr Mahathir, itu adalah nasib kepada parti yang pernah tikam belakang kawan sendiri untuk menjadi kerajaan bersama parti lain melalui ‘pintu belakang’.“Sesungguhnya langkah Sheraton memulakan ketidakstabilan politik dalam negara. Sebelum langkah Sheraton, semua kerajaan dipilih melalui PRU.“Muhyiddin dan Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ) yang melangkah dan menjadi boneka dalam perancangan Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak),” ujarnya.
malay
[ "Tun Dr Mahathir Mohamad", "Tan Sri Muhyiddin Yassin", "Datuk Seri Mohamed Azmin Ali", "Datuk Seri Najib Tun Razak" ]
[ "SHAM ALAM", "Langkawi" ]
4
2
End of preview. Expand in Data Studio
README.md exists but content is empty.
Downloads last month
191

Collection including Scicom-intl/Malaysia-Multilingual-Entity