Dataset Viewer
Auto-converted to Parquet Duplicate
title
stringlengths
26
159
content
stringlengths
414
63.9k
Vespa Primavera Colour Vibe tiba di Malaysia – RM22k
Vespa Malaysia telah memperkenalkan satu lagi versi baru bagi model Primavera, dikenali sebagai Primavera Color Vibe, yang dijual pada harga RM22,500 tidak termasuk insurans. Jaminan yang diberikan adalah selama dua tahun atau 20,000 km. Masih menggunakan ciri teknikal sama seperti Primavera 150 yang lain, versi Color ...
PANDU UJI: Mazda CX-8 2.5 Turbo High Plus AWD 2023 – prestasi padu dan imej premium jadi bonus utama
Bagi yang mencari SUV enam-tempat duduk, kini memang sudah ada pilihan Proton X90 yang baru dilancarkan awal Mei lalu. Namun, bagi yang inginkan ‘jenama bukan nasional’, dan mempunyai bajet kewangan lebih padu, mungkin boleh mempertimbangkan Mazda CX-8. Biar pun tidak sepopular adiknya, CX-5, namun Mazda CX-8 tetap ad...
Ducati buka pusat sehenti baru di Kuala Lumpur
Ducati Malaysia dalam langkah memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna telah membuka sebuah pusat sehenti baru untuk motosikal jenama Itali tersebut, yang dikenali sebagai Ducati Kuala Lumpur di Wisma Pahlawan, Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Attap, 50000 Kuala Lumpur. Terletak di aras bawah sebuah bangun...
Careplus tandatangan perjanjian dengan GoAuto untuk Neta EV – kilang CKD di Negeri Sembilan
Syarikat pengeluar sarung tangan getah Careplus, telah menandatangani satu perjanjian dengan GoAuto berkenaan pengimportan, pengedaran, pemasangan dan pengilangan kenderaan elektrik melalui usaha sama dengan beberapa syarikat lain. Careplus adalah sebuah syarikat yang termasuk dalam senarai Bursa Malaysia dan perjanjia...
Kerajaan cadang tambah jumlah kamera AWAS
Disebabkan keberkesanan kamera Automated Awareness Safety System (Awas) atau yang dahulunya dikenali sebagai Automated Enforcement System (AES), kerajaan bercadang untuk menambah lagi jumlah penggunaan peranti tersebut, lapor Bernama. Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, kajian yang dijalankan ...
Toyota GR Prius 24h Le Mans Centennial GR Edition – model konsep sempena ulangtahun ke-100 Le Mans
Sempena sambutan 100-tahun perlumbaan Le Mans 24 Jam pada hujung minggu ini, Toyota telah mendedahkan model konsep Prius 24h Le Mans Centennial GR Edition. Model konsep ini dihasilkan berasaskan Prius generasi baharu dan dibina sebagai penghormatan kepada perlumbaan ketahanan berkenaan di mana ia menjadi platform untuk...
‘Abang Sado’ tunjal kepala wanita sudah ditahan polis
Semalam tular satu video yang dipercayai berlaku di Cameron Highland, di mana seorang lelaki berbadan sasa ‘menunjal’ kepala seorang pemandu wanita kerana tidak berpuas hati wanita berkenaan memotong kenderaannya secara merbahaya. Susulan kejadian itu, Berita Harian melaporkan bahawa Polis Perak telahpun menahan seora...
Honda Elevate diperkenalkan di India – SUV segmen B baru dengan enjin 1.5L NA, transmisi CVT atau 6MT
Honda Elevate telah membuat penampilan global pertama di India, dan ia menjadi tanda kemasukan semula jenama tersebut ke dalam pasaran segmen SUV di negara itu (sebelum ini ada CR-V dan BR-V tetapi telah dihentikan). Tempahan untuk model baru ini akan dibuka pada bulan Julai dan harganya rasminya hanya akan diumumkan p...
80% pelanggan di Jawa Timur masih pilih transmisi manual berbanding automatik – Daihatsu Indonesia
Kalau kita lihat kebanyakkan model-model baharu yang dilancarkan di Indonesia, masih banyak yang hadir dengan pilihan varian dengan kotak gear manual. Tidak seperti Malaysia di mana antara model mampu milik yang ditawarkan dengan kotak gear manual adalah Proton Saga Standard, dan juga Perodua Axia E generasi terdahulu ...
Kamera AWAS tingkatkan pematuhan undang-undang trafik, kurangkan risiko kemalangan jalan raya – MOT
Menerusi pelaksanaan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS), Kementerian Pengangkutan (MOT) mengesahkan ia dapat meningkatkan pematuhan undang-undang trafik, sekaligus mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Timbalan Menteri MOT, Datuk Hasbi Habibollah berkata, menerusi kajian yang dijalankan oleh mend...
Kembar Perodua Alza, Daihatsu Xenia hanya terima 3-Bintang dalam ujian keselamatan ASEAN NCAP
Ketika Perodua Alza 2022 dilancarkan Julai tahun lalu MPV berkenaan telahpun diumumkan menerima pengiktirafan lima-bintang dalam ujian pelanggaran keselamatan Penilaian Kereta Baharu untuk Asia Tenggara (ASEAN NCAP). Namun baru-baru ini ASEAN NCAP telah menguji kembar Alza untuk pasaran Indonesia iaitu Daihatsu Xenia, ...
Toyota C-HR 2024 — generasi kedua dengan gaya lebih berani; 1.8L dan 2.0L hibrid, 2.0L PHEV
Toyota C-HR 2024 generasi kedua kini secara rasminya telah diperkenalkan di Eropah. Dan, ia tidak terlalu berbeza berbanding rekaan C-HR Prologue yang pernah ditunjuk pada Disember lalu. Model serba baru ini direka di Eropah, untuk menepati keperluan pasaran Eropah. Dengan pendekatan rekaan luaran yang mempamerkan “rek...
Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dibuka semula – KKR
Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan bahawa Jalan Gua Musang-Kuala Lipis telah pun kembali dibuka sejak petang semalam. Pembukaan jalan tersebut pastinya mampu melancarkan lagi perjalanan orang ramai menuju ke Kelantan, terutamanya pada Aidiladha yang bakal disambut Khamis ini. Sebelu...
Honda Forza 250 2023 tiba di Indonesia – bentuk dan kelengkapan sama seperti Forza 350 tapi enjin 250 cc
Oktober tahun lalu kita telah menyaksikan pasaran Thailand menerima Forza 350 baru yang dipertingkat pada banyak bahagian. Panel badannya adalah serba baru, meter juga adalah baru sementara enjin ditingkatkan menjadi 329 cc, dengan kuasa 28.8 hp pada 7,500 rpm dan 31.5 Nm tork pada 5,250 rpm. Penggemar skuter di negara...
Mazda CX-3 1.5L Core 2023 di Malaysia – varian asas dengan 114 hp/149 Nm; CBU Thai; dari RM108k
Barisan Mazda CX-3 telah pun diperluaskan pada tahun lalu termasuk dengan dua varian baharu, salah satunya yang ditampilkan menerusi artikel ini, 1.5L Core. Ia dijual pada harga atas jalan mencecah RM107,920 tanpa insurans, dengan varian asas ini diposisikan di bawah 2.0L Core (RM118,359) dan 2.0L High (RM131,559). Var...
Harley-Davidson X440 – bunyi enjin 440 cc pula disiar
Dalam masa beberapa hari lagi, Harley-Davidson (H-D) akan memperkenalkan model kapasiti rendah terbaru mereka yang dihasilkan bersama syarikat dari India, Hero Motocorp. Demi menaikkan keterujaan terhadap model yang dipanggil sebagai X440 ini, beberapa teaser sudah dikeluarkan sejak beberapa minggu lalu. Bentuknya kese...
Proton S50 dijumpai lagi sedang diuji; pemanduan sebelah kanan, ADAS, pelancaran semakin hampir?
Sedan terbaharu dari Proton iaitu model yang dijangka akan digelar sebagai Proton S50 kini dijumpai sekali lagi diuji di atas jalan raya awam. Imej unit prototaip tersebut diambil oleh pembaca paultan.org, Putra Azran ketika berkeliaran sekitar Subang Jaya, Selangor. Berdasarkan kedudukan pengelap cermin hadapan, unit ...
VIDEO: Hyundai Ioniq 5 N lengkapkan ujian di Nürburgring; bunyi enjin dan tukar gear macam real!
Pembuat automotif dari Korea Selatan, Hyundai mengumumkan bahawa model elektrik penuh (EV) dengan lencana sayap perlumbaan Hyundai N iaitu Ioniq 5 N kini telah pun melengkapkan ujian ketahanan 10,000 km di litar ‘The Green Hell’ Nürburgring Nordschleife, di Jerman sebelum ia membuat kemunculan sulung di Goodwood Festiv...
Lorong SmartLane diaktifkan di wilayah tengah Lebuhraya PLUS hingga 2 Julai sempena Aidiladha
Sempena dengan perayaan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut pada 29 Jun ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang mengaktifkan lorong SmartLane untuk Lebuhraya Utara-Selatan bagi wilayah tengah. Ia sudah pun bermula sejak 24 Jun lalu dan akan dilaksanakan hingga 2 Julai ini. Bertujuan untuk menambah kapasiti lorong s...
JPJ, JSPT laksana Ops Khas Motosikal Modifikasi di DUKE – 691 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan Ops Khas terhadap motosikal diubahsuai secara ekstrem yang menggangu dan menjejaskan kesejahteraan penduduk sekitar melalui aktiviti rempit dan lumba haram. Menurut Bahag...
Honda Malaysia bawakan siri jelajah Gen H di Stadium Bukit Jalil pada 17-18 Jun – pelbagai acara diadakan
Selepas Pulau Pinang, Honda Malaysia bakal membawakan siri jelajah Gen H ke Stadium Bukit Jalil pada hujung minggu ini pula. Menantikan kehadiran para pengunjung pada 17 hingga 18 Jun ini, mulai jam 10 pagi hingga 10 malam, pelbagai acara bakal diadakan termasuklah funfair dan banyak lagi. ‘Gen H’, dengan ‘H’ mewakili ...
BYD pintas Tesla sebagai jenama EV paling laris di Singapura bagi lima bulan pertama tahun 2023
Pembuat automotif dari China, BYD telah memintas kedudukan Tesla sebagai jenama EV paling laris di Singapura bagi lima bulan pertama tahun ini, lapor Straits Times. Berdasarkan data dari Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura, BYD telah mendaftarkan sebanyak 303 unit EV di republik berkenaan dari Januari hingga Me...
Polis minta saksi kejadian kemalangan maut babitkan penunggang Ducati di SUKE tampil bantu siasatan
Ekoran kes kemalangan yang membabitkan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang maut akibat kecederaan parah selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar penghadang sebelah kiri jalan di KM 22.2 Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang, semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya memint...
Jejambat Bangsar ke Semantan dibuka Julai ini
Untuk yang menetap atau bekerja di Bangsar dan Damansara Height dan sering menggunakan Lebuhraya Sprint dari PJ ke KL, ini ada berita baik untuk anda. Sebahagian jejambat (flyover) dari Jalan Maarof ke Jalan Semantan bakal dibuka mulai 1 Julai ini. Walau bagaimana pun, menurut laporan The Star yang menghubungi sendiri ...
Perodua umum sejumlah 606,756 unit Axia sudah terjual di Malaysia dari 2014 sehingga 31 Mei 2023
Ketika pelancaran semula Perodua Axia E generasi pertama ke pasaran pagi tadi, pengeluar automotif dari Rawang berkenaan mengumumkan bahawa sehingga 31 Mei 2023 lalu, sejumlah 606,756 unit Axia sudah pun diserahkan kepada pelanggan di Malaysia. Jumlah berkenaan sudah tentu termasuk model generasi pertama Axia yang dipe...
Mangsa penipuan ‘kereta terpakai murah dari negara jiran’ meningkat tahun ini, kerugian cecah RM9.7 juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan bahawa kes penipuan jual beli kenderaan secara dalam talian dilihat meningkat tahun ini, lapor Kosmo. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, modus operandi yang dijalankan sindiket adalah menawarkan kenderaan import terpakai k...
Perodua Axia E diperkenalkan semula — generasi pertama, 1.0 liter 67 hp/91 Nm manual; harga RM22k
Ketika pengenalan Perodua Axia 2023 Februari lalu, pengeluarnya memaklumkan yang model paling murah varian E akan tetap ditawarkan. Dan hari ini, Perodua memperkenalkan varian berkenaan; lebih kepada pengenalan semula Axia E yang pernah ada sebelum ini — dari generasi pertama yang diperkenalkan pada 2014 (yang diberika...
Lebuhraya SUKE Fasa 2 dibuka pada 16 Jun – kadar tol di Plaza Tol Alam Damai percuma hingga 29 Jun
Kumpulan Syarikat PROLINTAS menerusi anak syarikatnya Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd telah pun melancarkan Fasa 2 bagi Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) secara rasminya hari ini. Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Bagi SUKE Fasa 2 ...
MyEG dan Oyika jalin kerjasama program pertukaran bateri skuter elektrik bagi tempoh percubaan
September tahun lalu, penyedia khidmat penukaran bateri pintar Oyika mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk melancarkan “Battery-as-a-Service” untuk skuter elektrik di Malaysia dalam masa terdekat, dengan stesen penukaran bateri mula dibuat pada awal tahun ini. Hasil daripada langkah ini semakin hampir apabila MyEG S...
Ducati DesertX RR22 tiba di Malaysia – RM115,900
Ducati Malaysia mengumumkan, Desert X RR22 kini sudah tiba di Malaysia, dengan harga jualan RM115,900 tidak termasuk insurans. Tidak semua pasaran menerima Desert X RR22 ini, dan Malaysia menjadi antara yang bertuah dengan sekarang lima unit sudah tersedia untuk pembeli. Model yang menjadi tambahan kepada Desert X bia...
Shell FuelSave 95 Challenge 2023 umum pemenang – juara bawa pulang RM20k dengan rekod 28.23 km/l
Pada Februari lalu, Shell Malaysia telah memperkenalkan Shell FuelSave 95 baharu dengan formulasi bahan api gred utama terbaik ciptaannya setakat ini yang didakwa dapat membuktikan perjalanan 15 kilometer (km) lebih jauh bagi setiap tangki. Susulan pelancaran itu, Shell Malaysia telah menganjurkan Shell FuelSave 95 Ch...
Perodua Nexis dibayangkan dari Toyota Yaris Cross – rupa paling hampir untuk pesaing baru Proton X50?
Sebelum ini berberapa lakaran digital telah dibuat bagi membayangkan rupa SUV baharu yang sedang dibangunkan oleh Perodua, setakat ini dikenali dengan kod projek D66B. Lakaran-lakaran tersebut dibuat secara rawak tanpa rujukan dari unit prototaip sebenar, dan hanya mengambil elemen-elemen dari model-model terbaharu Per...
Jualan kenderaan di M’sia pada Mei 2023 naik 32.7%
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengeluarkan data jualan kenderaan untuk bulan Mei 2023, menyaksikan sejumlah 61,795 unit kenderaan telah dihantar kepada pembeli. Ini melibatkan kenaikan sebanyak 32.7% berbanding bulan April 2023 dengan mencatatkan jualan sebanyak 46,583 unit. Menurut MAA, terdapat beberapa fa...
Nissan Sylphy facelift 2024 diperkenalkan di Amerika Syarikat – rupa lebih segar, 2.0L NA 149 hp/198Nm
Selepas China, kini giliran Amerika Syarikat pula menerima Nissan Sylphy facelift yang diberikan rupa lebih segar bersama beberapa tingkat taraf perincian. Di negara berkenaan, Sylphy dikenali dengan Sentra, dan ia hadir dalam varian S, SV dan SR, bakal dijual bermula akhir musim panas nanti. Sentra facelift 2024 ini m...
UMW Toyota bakal lancarkan Innova Zenix 21 Jun ini
Laman web rasmi UMW Toyota hari ini mula menunjukkan serta membuka pendaftaran minat kepada semua model baru yang bakal dilancarkan sedikit masa lagi. Dan, tempoh singkat pelancaran yang terpapar dalam iklan berkenaan mencadangkan bahawa pengenalan model terbabit bakal berlangsung dalam dua hari lagi, iaitu pada Rabu. ...
Mazda CX-60 2023 dilancarkan di Filipina – 3.3T hibrid ringkas, 8AT, AWD; dari RM231k; bakal tiba di M’sia?
Mazda CX-60 telah pun diperkenalkan di pasaran ASEAN buat pertama kalinya dan Filipina dipilih sebagai lokasi pertamanya untuk rantau ini. Untuk negara berkenaan, ia ditawarkan dengan dua varian, dengan harga bermula PHP2.79 juta (sekitar RM231k). SUV ini pertama kali diperkenalkan di peringkat global pada hujung Mac l...
Yamaha Tracer 9 GT pasaran Malaysia kini ditawarkan dalam dua warna baru – RM70k tidak termasuk beg
Yamaha Tracer 9 GT yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada November tahun 2021 kini diberikan pembaharuan grafik dengan sekarang ditawarkan dalam warna Pure White dan Midnight Black. Harga cadangan yang dikeluarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) adalah RM69,998 tidak termasuk insurans. Selain penampilan, baha...
Suzuki Jimny Rhino Edition tiba di Malaysia – RM175k
Satu varian baru bagi Suzuki Jimny dilancarkan oleh Naza Eastern Motors untuk pasaran Malaysia, iaitu Jimny Rhino Edition. Model ini hanya terhad kepada 30 unit dan dijual pada harga RM174,900 tidak termasuk insurans. Jimny Rhino Edition datang dengan warna badan utama Pure Pearl White, dan diserlahkan dengan pelekat b...
Hayden Haikal dinobat juara keseluruhan Junior Idemitsu Super Turbo Championship 2023 di Thailand!
Pelumba muda touring car negara, Hayden Haikal telah mencapai sasarannya untuk menjadi juara keseluruhan Idemitsu Super Turbo Championship 2023 untuk kelas Junior (enjin NA berkapasiti sehingga 1,550 cc) di Thailand, selepas memenangi dua perlumbaan terakhir dalam pusingan ketiga kejohanan tersebut yang berlangsung pad...
Lebuhraya CSR Pakej 5A dan 5B dibuka mulai 25 Jun; 500k kenderaan dijangka melaluinya Aidiladha ini
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad mengesahkan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (Central Spine Road atau CSR) akan mula dibuka kepada pengguna pada 25 Jun 2023. Di mana laluan berkenaan melibatkan keseluruhan jajaran jalan di dalam CSR Pakej 5B dan sebahagian jajaran jalan di dalam CSR Pakej 5A...
JPJ eBid: Siri ANB dan TCT dibuka bidaan
Kali ini giliran siri nombor pendaftaran terkini dari Perak dan Terengganu bakal dibuka untuk bidaan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid. Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), siri nombor pendaftaran terkini dari Perak, ANB, sedang dibuka bidaan sejak 10 Jun 2023. Bidaannya akan berakhir jam 10 malam pada 14 J...
TASKL 2023: Van & MPV turut meriahkan suasana
Jika anda berkunjung ke acara sebenar Tokyo Auto Salon (TAS) yang berlangsung di Jepun, dewan Makuhari Messe berkenaan bukan hanya dipenuhi oleh kereta-kereta sport, ia turut dimeriahkan dengan pelbagai barisan kenderaan ubahsuai lain seperti SUX, 4X4, Kei-Car, MPV, Van dan lain-lain. Oleh itu bagi memberikan vibe sebe...
FF1 bernilai RM1.2j dimiliki Sultan Johor – kutipan tertinggi untuk satu nombor plat kenderaan setakat ini
Nombor plat kenderaan dari siri FF yang menerima sambutan amat menggalakkan sewaktu ia dibuka bidaan menerusi JPJ eBid pada Mei lalu telah berjaya memperoleh keuntungan mencecah RM35.4 juta. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menerusi Facebook rasminya tengahari tadi selepas selesai...
TASKL 2023: Koleksi replika kereta watak Initial D dipamerkan; AE86, RX-7, Subaru WRX dan banyak lagi
Satu perkara yang tidak boleh dipisahkan dari scene dunia modifikasi Japan Domestic Market (JDM), sudah tentulah siri animasi yang diadaptasi dari buku komik Initial D. Siri ini sudah diperkenalkan sejak pertengahan era 90’an, dan ia adalah antara penyebab mengapa sukan drift menjadi fenomena di seluruh dunia, dan juga...
Tren tambahan Ekspres Lambaian Aidiladha ke Pantai Timur disediakan – tiket dijual mulai 8 malam ini
KTM Berhad (KTMB) telah mengumumkan bakal membuka jualan tiket tambahan bagi perkhidmatan Tren Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA) ke Pantai Timur sempena dengan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut hujung bulan ini. Ia melibatkan penambahan dua lagi perkhidmatan ELA melibatkan 952 tiket termasuk koc katil, koc tempat ...
Stesen Petronas baharu dibuka di laluan Sungai Dua-Permatang Pauh arah selatan di Lebuhraya PLUS
PLUS Berhad telah mengumumkan stesen Petronas bakal dibuka di laluan KM131.8 di antara Sungai Dua ke Permatang Pauh (arah selatan), Pulau Pinang. Stesen minyak berkenaan akan beroperasi sepenuhnya mulai esok, 10 Jun 2023, jam 10 pagi. Menurut PLUS, pembukaan stesen minyak ini diharapkan dapat memudahkan lagi urusan pe...
TASKL 2023: Nissan Skyline GT-R R34 J-Tune milik Tunku Panglima Johor, hasil restorasi dari Nismo
Kita biasa dengar model-model Nissan dengan lencana Z-Tune, R-Tune atau S-Tune iaitu versi istimewa talaan sayap perlumbaan rasminya, Nismo kan? Tapi anda pernahkah anda dengar model Nismo dengan lencana J-Tune seperti Nissan Skyline GT-R R34 yang sedang dipamerkan di Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 ini? Kalau anda ...
Nissan Almera, X-Trail, Serena, Leaf Tokyo Auto Salon Edition di M’sia – satu unit setiap model untuk dijual
Sempena dengan penganjuran acara pertunjukan automotif Tokyo Auto Salon (TAS) Kuala Lumpur 2023 yang telah membuka tirainya mulai hari ini, Nissan menerusi pengedar rasminya Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah memperkenalkan edisi khas TAS yang melibatkan empat modelnya di sini. Model terbabit iaitu Almera, Lea...
TASKL 2023: Garage Active Nissan Skyline R32 GT-R Carbon-R; satu badan karbon, RB30, turbo besar pasu!
Hari ini kami bersiaran langsung dari Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) sempena berlangsungnya Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2023. Mungkin ada yang bertanya, apa yang best ada di sini? Nissan Skyline GT-R R32 milik Garage Active dari Jepun ini adalah satu sebabnya. Seperti yang anda bole...
JPJ eBid: Siri BRM dan VKY dibuka untuk bidaan
Bagi yang mencari-cari plat nombor pendaftaran untuk kenderaan baharu, ini ada lagi dua pilihan siri yang baru diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti biasa, bidaan dilakukan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid. Siri nombor pendaftaran terkini Selangor, BRM, telah pun dibuka bidaan sejak 7 Jun lal...
Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam pengangkutan awam mulai 5 Julai 2023 – KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan Standard Operating Procedure (SOP) terbaharu bagi pemakaian pelitup muka. Mulai 5 Julai 2023 ini, pemakaian pelitup muka (face mask) tidak lagi diwajibkan di hospital dan di dalam pengangkutan awam (termasuk e-hailing). Walau bagaimana pun, pemakaian pelitup muka ...
Harga minyak 29 Jun-5 Julai – semuanya dikekalkan
Untuk minggu bertarikh 29 Jun hingga 5 Julai 2023, Kementerian Kewangan memutuskan bahawa tiada perubahan harga runcit bagi ketiga-tiga bahan api iaitu petrol RON 97, RON 95 dan diesel. Di mana petrol RON 97 kekal pada harga RM3.37 seliter. Manakala harga runcit bagi RON 95 yang telah mencapai harga siling masih dikeka...
Toyota Hilux MHEV prototaip diuji di Safari Rali WRC 2023 — sistem 48V mild-hybrid tiba pada 2024 nanti
Toyota baru-baru ini mengesahkan yang Hilux akan dilengkapi dengan sistem 48-volt mild hybrid pada 2024. Lebih menarik, jentera dengan teknologi yang hampir sama ini telah pun dicuba ketika acara Kejuaraan Rali Dunia (WRC) pusingan ketujuh di Kenya tahun ini — model konsep Hilux MHEV (Mild Hybrid Electric Vehicle). Men...
Hyundai Malaysia siar lagi teaser Ioniq 6 – tarikh pelancaran EV baharu ini semakin hampir?
Akhir tahun lalu laman Facebook rasmi Hyundai Malaysia ada memuatnaik teaser beberapa model yang akan dilancarkan ke pasaran tempatan tahun ini, antaranya adalah satu lagi model elektrik penuh (EV) jenama Korea Selatan tersebut iaitu Ioniq 6. Dan hari ini, Hyundai Malaysia sekali lagi memuatnaik teaser untuk model berk...
MRT Laluan Putrajaya catat kenaikan penumpang harian sejak Fasa 2 dibuka, dari 23k ke 93k – Loke
Pembukaan Fasa 2 bagi MRT Laluan Putrajaya (MRT2) telah mencatatan lonjakan jumlah penumpang harian sehingga 305%. Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, jumlah bagi penumpang harian meningkat dari 23,000 orang ketika Fasa 1, menjadi 93,000 orang sehari bagi Fasa 2 ini. Loke berkata demikian dalam sesi soal jawab ...
GAC tunjukkan kereta terbang konsep GOVE – gabungan drone penumpang dengan casis empat roda
Guangzhou Automobile Group (GAC Group) telah mendedahkan sebuah kereta terbang konsep yang dipanggil sebagai GOVE. Nama itu datang daripada perkataan ‘GAC, On the Go, Vertical Flight and Electric Vehicle (EV)’. GOVE adalah sebuah kenderaan elektrik yang boleh naik dan turun secara menegak (eVTOL) yang menggabungkan dro...
Mitsubishi Outlander PHEV 2023 dijumpai di Malaysia – SUV 7-tempat duduk ini akan kembali ke sini?
Buat masa sekarang, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hanya ada dua model yang dijual di bilik pameran iaitu trak pikap Mitsubishi Triton dan juga MPV tujuh tempat duduk Mitsubishi Xpander. Jadi ini mungkin ada sinar bagi peminat Mitsubishi yang mahukan pilihan lebih banyak kenderaan jenama tiga berlian itu di sini – se...
Honda Beat ditawarkan dalam warna baru – RM5,990
Honda Beat yang diperkenalkan pada tahun 2020 sekali lagi diberikan perubahan grafik dengan sekarang ditawarkan dalam empat warna iaitu merah, biru, hitam dan kuning. Harga yang dikeluarkan oleh Boon Siew Honda Sdn Bhd untuk skuter ini adalah RM5,990 tidak termasuk insurans. Bahagian lain skuter ini tidak berubah, berm...
Triumph Speed 400, Scrambler 400 diperkenal – binaan serba baru, enjin satu silinder 398 cc, enam kelajuan
Barisan model klasik moden Triumph hari ini menerima versi permulaan dengan enjin berkapasiti lebih rendah apabila dua model baru iaitu Speed 400 dan Scrambler 400 X diperkenalkan kepada dunia. Ia akan mula dijual pada bulan hadapan di India, sementara pasaran lain cuma akan mendapatnya bermula awal tahun depan. Kedua-...
Polis laksana OP Lancar di seluruh negara pada 28 Jun-2 Julai 2023 sempena perayaan Aidiladha
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman telah mula melaksanakan OP Lancar sempena perayaan Hari Raya Aidiladha bagi memastikan aliran trafik bergerak dengan baik di seluruh negara mulai hari ini, 28 Jun hingga 2 Julai 2023. JSPT dalam kenyataannya berkata, OP Lancar pada kali ini berperanan memanta...
Kamera pengesan ekzos bising akan dipasang Sydney untuk buru pemilik kenderaan yang diubahsuai
Kerajaan tempatan di New South Wales, Australia iaitu Bayside Council bakal memasang kamera-kamera dengan teknologi pengaktifan bunyi di sekitar Bandaraya Sydney, bagi memburu pengguna jalan raya menggunakan ekzos bising pada kenderaan mereka. Menurut laporan Drive.com.au, kamera-kamera tersebut bakal dipasang di kawas...
MoT tubuhkan pasukan petugas khas bagi atasi masalah lambakan calon ujian lesen memandu
Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi mengatasi masalah lambakan calon yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan lesen memandu di institut memandu (IM) di seluruh negara. Di mana pasukan berkenaan akan dianggotai MoT dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kata Menteri MoT Anthony L...
PLUS aktifkan laluan Smartlane antara Persimpangan Senai Utara ke Kulai pada 28 Jun hingga 2 Julai
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengumumkan pengaktifan Smartlane di laluan antara Persimpangan Senai Utara ke Persimpangan Kulai (Arah Utara) KM19.0 hingga KM27.0. Pengaktifan Smartlane ini telah pun bermula hari ini dan berlangsung sehingga 2 Julai 2023, melibatkan jarak sepanjang 8 km dan waktu operasinya adalah d...
Acara KL Car Free Morning pada 2 Julai dibatalkan
Penganjur KL Car Free Morning (KLCFM) mengumumkan tiada KLCFM pada Ahad ini, 2 Julai 2023. Pembatalan acara berkenaan disebabkan sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha. Walau pun Hari Raya Aidiladha disambut pada 29 Jun (Khamis), bermakna ia akan melibatkan cuti hujung minggu yang panjang untuk kebanyakan orang. Walau...
Jadual Cadangan Waktu Perjalanan bagi 27 Jun-2 Julai di Lebuhraya PLUS sempena Hari Raya Aidiladha
Seperti amalan yang dilaksanakan pada musim perayaan yang lain, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) turut mengumumkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) di Lebuhraya Utara-Selatan yang bertujuan untuk mengagihkan trafik pada musim perayaan Hari Raya Aidiladha bagi tempoh bermula 27 Jun hingga 2 Julai 2023. Menurut PLUS, TT...
MoT masih kaji penguatkuasaan bagi kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah mengesahkan kerajaan masih mengkaji penguatkuasan bagi penggunaan kanak-kanak atau Child Restrain System (CRS) di dalam kenderaan biarpun usul mengenainya telah diluluskan di Dewan Rakyat sebelum ini, “Walaupun usul penggunaan kerusi khas kanak-kanak itu sudah dilulu...
Sistem parkir 2-Jam akan dilaksanakan oleh MBSA bermula 1 Julai ini; 8 pg-5 ptg, Isnin hingga Jumaat
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengumumkan bahawa tempat parkir di 67 lokasi di bawah bidang kuasanya akan dioperasikan dengan sistem parkir 2-Jam bermula 1 Julai 2023. Sistem itu dibuat di bawah Pewartaan Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (Majlis Bandaraya Shah Alam) Pindaan 2023. L...
Pra-tempahan untuk model produksi Mitsubishi XFC sudah dibuka di Indonesia, muncul 10 Ogos ini
Sebelum ini Mitsubishi sudahpun mengesahkan bahawa SUV kompak baharu syarikat berkenaan, iaitu versi produksi dari model konsep XFC bakal didedahkan sepenuhnya pada Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2023 yang akan berlangsung bermula 10 Ogos ini. Manakala dalam laporan Autonetmagz baru-baru ini menyebu...
Bengkel tawar khidmat modifikasi kenderaan yang menyalahi undang-undang dikesan – Polis KL
Awas bagi pemilik bengkel yang menawarkan perkhidmatan modifikasi kenderaan yang menyalahi undang-undang di sekitar ibu negara, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bakal menjejaki anda! Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur bakal melakukan pemeriksaan dan...
BYD lebar sayap ke Penang, JB — bilik pameran di pusat beli-belah Gurney Plaza, Mid Valley Southkey
BYD kini telah memperluas kehadirannya di Pulau Pinang dan Johor Bahru melalui pembukaan dua Pusat BYD terbaru. Cawangan di P. Pinang terletak di Gurney Plaza, sementara yang di JB pula di Mid Valley Southkey. Jarang-jarang dilakukan, kedua-dua bilik pameran ini terletak di dalam pusat membeli-belah. Dibangunkan oleh S...
chargEV, Gentari, JomCharge kini boleh saling akses — lebih 600 stesen pengecas EV di seluruh Malaysia
Pada Mac lalu, Gentari, EV Connection dan Yinson GreenTech umumkan yang mereka telah menandatangani persetujuan untuk membolehkan saling jejak dan saling akses kenderaan elektrik di dalam rangkaian pengecas Gentari, JomCharge dan chargEV menjelang Jun. Seperti dijadualkan, saling akses untuk pengecasan bagi ketiga-tiga...
Subaru Impreza 22B STI milik mendiang Colin McRae kini dilelong – harga dijangka cecah RM3 juta!
Kebelakangan ini ada beberapa Subaru Impreza 22B STI terjual dalam laman lelongan, dan boleh dikatakan kesemua unit berkenaan berjaya pada harga melebihi RM1 juta ringgit. Maklumlah, dalam barisan model Subaru Impreza, 22B merupakan model yang mempunyai nilai paling tinggi, bukan hanya kerana ia dibina dalam jumlah ter...
Proton, Affin Bank lancar Kad Kredit/-i Afiliasi – 3x mata ganjaran di cawangan Proton, kadar faedah 0%
Proton dan Affin Bank telah melancarkan kad kredit sekutu yang disasarkan untuk pemilik Proton. Dipanggil sebagai Kad Kredit/-i Afiliasi Affin Avance Proton, ia memberikan manfaat tambahan kepada pelanggan Proton yang menggunakannya untuk membuat bayaran di cawangan Proton. Antara keistimewaan yang boleh dinikmati oleh...
JPJ laksana Ops Khas Hari Raya Aidiladha pada 27-28 Jun dan 1-2 Julai – 9 kesalahan utama jadi tumpuan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang melaksanakan Operasi Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2023 mulai 27 hingga 28 Jun dan 1 hingga 2 Julai 2023 sempena perayaan Hari Raya Aidiladha 2023. Operasi khas ini dijalankan bagi memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang ingkar undang-undang...
ANIH keluarkan Jadual Cadangan Perjalanan untuk LPT1 dan Lebuhraya KLK sempena cuti Aidiladha
Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut pada Khamis ini, 29 Jun 2023, ANIH Berhad menjangkakan lebih satu juta kenderaan dari Lembah Klang bakal keluar menerusi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bermula hari ini, 27 Jun, untuk pulang ke kampung masing-masing. Menurut CEO ANIH Berhad Imran Gulch...
JPJ eBid: JWJ dan CEU bakal dibuka bidaan
Bagi yang mencari-cari plat nombor pendaftaran untuk kenderaan baharu, ini ada lagi dua pilihan siri yang baru diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti biasa, bidaan dilakukan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid. Siri nombor pendaftaran terkini Johor, JWJ, bakal dibuka bidaan mulai 29 Jun lalu dan ...
Toyota Hilux bakal terima sistem hibrid 48V pada 2024 – jimat bahan api 10% guna enjin 2.8L turbodiesel
Trak pikap Toyota Hilux diumumkan bakal menerima sistem hibrid ringkas 48V (MHEV) bagi model 2024. Perkara ini diumumkan secara rasmi oleh Toyota Australia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. Teknologi tersebut akan dipadankan dengan enjin 1GD-FTV 2.8 liter turbodiesel yang sama pada Hilux sedia ada. Buat masa sekar...
Mitsubishi The Champion Xperience – buka peluang rasai Triton di SS Rali dan laluan off-road sebenar!
Dulu ada pepatah berbahasa inggeris dalam dunia automotif yang menyebut “Win on Sunday, sell on Monday”. Pepatah ini popular sejak era 60’an hingga penghujung 90’an di mana pengeluar gemar menjadikan perlumbaan sebagai medan pengiklanan untuk menjual kereta – jika kereta berkenaan menang perlumbaan pada hari Ahad, ia a...
End of preview. Expand in Data Studio
README.md exists but content is empty.
Downloads last month
23